MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 12 Ogos 2016

DUA PURNAMA PENUH CERITA SUKA DUKA


Assalamualaikum warohmatullahi wabaarokatuh......!
Selamat berjuang wahai para sahabat mayaku yang sudi membaca coretanku yang entah apa-apa ini...

Rasanya sudah terlalu lama aku tidak berkarya di sini, sedangkan blog ini adalah sebagai kedai utamaku untuk memperkenalkan produk-produk yang aku jual. Syukur kepada Allah melalui blog inilah dapat menghubungkan aku dengan para customer, dan sebahagiannya menjadi sahabatku sehingga sekarang. Setiap hari Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki yang tidak putus melalui blog aku ni. Semuanya melalui carian Google. Setelah aku buat tinjauan, blog adalah satu cara yang paling simple untuk memperkenalkan produk kita. Dan sekarang kena aktif pula dalam Instagram, kerana ramai juga yang membuat carian produk di sana. Dalam Facebook tidaklah beberapa memberangsangkan pada aku, mungkin sebab banyak yang aku perlu belajar tentangnya.

Kali ini, Aku cuma nak berkongsi gambar ....jeng..jeng
Gambar pertama....! 
Menerima Sijil Anugerah Cemerlang 2015 daripada Datuk Zul.
Datuk Zul seakan terkejut mendengar nama aku?

 Menziarahi anak saudaraku Sanisah di Cheras
 Di Hotel Hamilas, Seksyen 20 Shah Alam
 Sanisah suka sangat saudara mara datang
 Bersama isteri tersayang
 Di Umbai Melaka, Medan Ikan Bakar


 Kunjungan Anak Saudaraku Hafiz dan Isteri
 Di Majlis potong jambul anak saudara kawan Ili
 Ili sedang bercuti semester dari 23 Jun 2016-29 Ogos 2016..kejap lagi pulang balik ke Seoul
 
 Di majlis reunion kawan-kawan lama Midah, tapi dia tak ada masa bergambar ni...aku pulak yang reunion. Majlis ini di Muar
 Mengajar anak-anak servis hantar produk ke depan pintu rumah customer
 Seronok pulak mereka ni ikut aku berniaga
 ALIF MAIN DI SINI, BIAR MAMA DAN KAKAK SHOPING PUAS-PUAS
 MYDIN, MITC MELAKA 
Kunjungan kawan sepermainan yang kini hartawan Kota Tinggi

Begitulah ya....antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang duaa purnama ini.

Sebenarnya sepanjang raya itu aku tak dapat ke mana-mana sangat sebab emak aku tidak berapa sihat






Jutaan terima kasih kepada kekandaku yang berkorban dari kecil sehingga kini, sampai emak sakit kak Long setia menjaga emak sepanjang di hospital, sampai saat ini.....memandangkan adik-adik yang lain bekerja. 

Itu sahajalah coretanku hari ini.