Rabu, 30 Ogos 2017

KARI KAMBING 40 HARI

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI
RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI terletak di antara Air Hitam dengan Yong Peng, Batu Pahat, Johor, ikut jalan biasa, jalan persekutuan, tetapi lebih dekat dari pekan Air Hitam. Restoran Kari Kambing 40 Hari dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 3.30 petang. Nak tau buka atau tidak sila call dulu nombor yang terpapar di dalam gambar di atas.

Seeloknya datang pagi, sebab masih banyak ruang kosong yang kita boleh masuk. Kalau tengah hari, dah penuh sangat dengan pelanggan, macam orang buat majlis perkahwinan.

Ini gambar yang saya snap pada jam 8.30 pagi. Selain nasi Arab, pagi ada sarapan roti canai cecah kari kambing.



Nasi Arab versi Restoran Kari Kambing 40 hari. Harga sedulang ni RM48. Kalau satu famili anak 3-4 orang masih kecik, cukup sangat. Air sirap satu jug percuma akan diberi. Kira berbaloilah....