Khamis, 18 Januari 2018

DUNIA BERPUSING LIGAT

Wajah yang diedit untuk menghilangkan ketakutan menjadi tua

Semakin tua, kita semakin tajam melihat kehidupan. Dengan membaca sebaris ayat status dan komen orang dalam media sosial, kita sudah boleh membaca dalaman orang. Percayakah? Begitu juga status kita dan komen kita, orang boleh membaca peribadi kita. Adakah kita jenis orang yang zuhud, merendah diri, suka bersahabat, suka menunjuk dan 1001 sikap kita yang baik atau buruk...ah, sangat menakutkan...Melihat status media sosial mereka, aku dapat membuat kesimpulan, manusia di mana-mana sudut bumi ini dalam keadaan tertekan. Termasuk aku juga, hahahahaha....

Aku memang serius, susah nak senyum

Kaulihat sahajalah status Facebook mereka...5000 sahabatmu itu. Daripada 5000 itu sesetengahnya dah pun tiada di atas dunia ini. Kawan baikku baru saja meninggal. Melihat status hari-hari terakhirnya, kasihan.......Ia bagaikan tahu yang dia akan pergi....Dan kita juga, entah bila-bila, akan kembali kepadaNya. Saban hari dalam group wasap, ada sahaja sipulan meninggal...esoknya sianu pulak meninggal. Hidup ini tidak terlalu lama. Sahabatku itu baru sahaja berumur 37 tahun...Tak perlu tunggu usia 85 tahun untuk mati. Kau jangan bandingkan dengan Tun M dan isterinya..



  1. Video ini dihantar kepada aku pada malam sebelum Emy (dia) meninggal

AL FATIHAH
Video Sahabat Aku DJ AMY KECEMPRENG atau Helmi Twosiman yang dihantar kepada aku pada pkl 2.00 pagi 22 Disember 2017
Dan 22 Disember Jumaat 2017 jam 12.00 tengah hari *KLIK

1996, aku berhijrah dari kampungku ke bumi Parit Sulong yang bukan menarik sangat pada pandangan aku. Tapi, aku bagai ditarik-tarik tinggal di sini. Konon nak berguru dengan bekas ustazku. Namun, baru setahun aku tinggal di sini, beliau dah bertemu Illahi.

Dan di sini, ketika itu aku rasa bagai pendatang yang dianggap kelas kedua oleh orang-orang tua di sini. Ada antaranya tidak mahu senyum pun dengan aku. Mereka menabalkan diri sebagai ketua kawasan. Satu hari mereka memaksa aku buat kenduri. Di tengah-tengah ramai, aku diam tak berkata apa-apa. Bagaimana aku nak buat kenduri ketika itu, sedangkan nak makan sendiri pun bercatu?

20 tahun dah berlalu. Orang-orang itu telah pun tiada....Kini akulah yang menjadi orang tua di sini. Aku mesti menghormati semua manusia, termasuk kanak-kanak. Buat apalah nak eksyen sangat. Apabila kita dah terbaring, pakai pampers, masa tu baru tau, langit itu tinggi atau rendah.

Puas melihat ibuku diperbodohkan oleh rakan-rakannya , kini mereka semua sudah sedekad berada di perut bumi. Syukur Alhamdulillah, ibuku masih mampu ke sana ke mari.     

3 ulasan:

umi alya berkata...

Bermuhasabah diri.

Hidup kita umpama roda..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kawan2 saya pun ramai telah menjadi balu.
Sungguh menginsafkan.

aprilia berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)