Ahad, 30 November 2008

BERPENGAKAP TERUS TERPERANGKAP

LAPORAN BERITA HARIAN

SESAT PUN SEMPAT BERPOSING


BERITA HARIAN 1987




Jumaat, 28 November 2008

SAHABAT ADALAH PERMATA


KAWAN-KAWAN PMPS

AKU NIKAHKAN SAADON (PERCAYA TAK?)




PMPS-DI BELAKANGKU SYAITH KHAIRIZAM, S BAZRI, OSMAN MAT DAN A GHAFAR ATAN




www.bio-asli.com/?id=msom

Sebelum kita melelapkan mata, apakah yang kita fikirkan? Tentu pelbagai perkara dari kerjaya, anak-anak dan masa depan mereka. Namun kadang-kadang kita teringatkan kawan-kawan lama yang dulu sama-sama susah, hidup di perantauan. Kini mereka menjawat jawatan itu dan ini, yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bagi saya, saya mula meninggalkan ibu bapa pada tahun 1985. Roomate saya yang pertama ialah Shairul Bazri dari Kedah. 1986 saya mula duduk di rumah sewa di Jln Baiduri, Nong Cik Johor Bahru. Teman serumah saya ada 10 orang termasuk saya. Saya masih mengingati sebahagian besar daripada mereka. Saadon, Baharuddin Basir (sekarang Timbalan Pengarah Pendidikan Khas di Putrajaya), Fauzi, Zaidi (dari Melaka), Jefri, Razi dari Perak, Razali, Rosley dan Aziz Atan dari Muar.

Saya bercerita tentang perkara ini kerana pada Ahad 23 Nov 2008 yang lalu, Saadon tiba-tiba sahaja muncul di depan rumah saya tanpa diduga. Di belakang rumah sewa saya ketika itu, saya berkawan rapat dengan Redzuan dan Yunos. 14 Jun 2008 yang lalu, Yunos tiba-tiba ingin ke rumah saya, namun ketika itu saya sedang sibuk menguruskan pengkebumian anak saya Aulia Safiah di kampung saya, maka pertemuan saya dengan Yunos terpaksa ditunda.

Teman-teman PMPS di MPTI ada 22 orang. Jadi saya tidak dapat menyebutkan semuanya di sini. Masing-masing ada karektor sendiri. Ada beberapa pasangan yang bercinta dan menjadi pasangan yang bahagia sehingga sekarang termasuk Cyril Francis dengan Pauline Gusup dari Sabah. Saya tertanya-tanya ke mana perginya Osman Mat yang kacak itu? Ghafar Atan, adakah telah menjawat jawatan tinggi? Zulkifli dari Kelantan yang menjadi teman berbual dan berbincang. Saya cuma menyimpan nombor telefon Syed Khairizam. Sdra Rozi Romli entah ke mana menghilang. Khairizam dan sdra Rozi pernah saya bawa ke kampung saya di Seri Medan, 1986, ketika itu bumi Seri Medan gersang, miskin kerana kesan banjir yang dahsyat pada tahun 1984. Kedua-dua teman saya menjadi insaf kerana selama ini mereka hidup serba ada.






INGAT KEPADA ALLAH

Ingatlah sentiasa kepada ALLAH. Hari ini kehidupan semakin punah
dan binasa, lantaran manusia sudah melupakan ALLAH. Mereka bertuhankan harta, tahta dan nafsu.Berlakulah penindasan, penipuan, jenayah yang tiada hentinya di seluruh bumi ini.

Khamis, 27 November 2008

MOTIVASI UNTUK RANGKAIAN


Para sahabat saya, tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah turut sama berjuang dalam bisnes kita ini. Anda semua haruslah berjiwa besar untuk
meluaskan empayar bisnes kita. Masa lalu usah terlalu dikenang, kerana kehidupan akan datang lebih penting.

Setelah saya menaja sekian ramainya orang, maka telah terpapar di sana, ramainya orang kita yang susah dan menderita jiwa dan raga. Gaji mereka boleh bertahan selama 10 hari sahaja. Lebih 20 hari lagi mereka dalam kesusahan. Jika kita dapat mengajak orang-orang seperti ini membina pendapatan tambahan, alangkah indahnya hidup kita, kerana dapat mengatasi masalah mereka.


TERCARI-CARI BISNES YANG MUDAH?

RAMAI daripada kita telah melakukan pelbagai bisnes sampingan untuk memperolehi income tambahan. Kita lakukan kerana gaji kita tidak dapat menampung kos hidup yang semakin tinggi.
Pelbagai syarikat yang hebat kita join, tetapi malangnya syarikat sahaja yang hebat, tetapi kita tetap seperti dulu. Kita penat mengusung produk ke hulu dan ke hilir.
Justeru itu, kerana menyedari hal tersebut, ada sebuah syarikat yang menemui kaedah terkini, dengan mengamalkan konsep MLM, tetapi dalam masa yang sama downline kita dapat memperoleh produk secara on-line tak kira di mana mereka berada di atas muka bumi ini.
Segala bonus, penajaan, jualan ahli di stokis dijalankan semuanya secara pantas. anda boleh meminta bonus pada masa anda kekeringan kewangan. Banyak syarikat MLM menghadapi masalah dalam menghantar bonus mereka. Kita tertunggu-tunggu posmen, kadang-kadang kita marahkan posmen yang tidak tahu apa-apa tentang syarikat anda.
Jadi jika anda tercari-cari MUDAH DAN MURAH, layarilah
www.bio-asli.com/?id=msom
Hubungi saya di talian 24 jam 0197630678. Kita kongsikan pengalaman masing-masing
untuk membina kejayaan untuk diri dan keluarga kita. Kita haruslah keluar dari kepompong kesusahan yang tiada kesudahan ini.


MLM telah menjadi darah daging saya sejak 1989. Pelbagai syarikat saya telah ceburi. Drp syarikat A hingga Z. Upline saya ramai yang berjaya dan kaya. Yang
menjadikan mereka dapat income hingga 5 angka adalah disebabkan kerja mereka yang buat sesuatu dengan penuh bermati-matian. Itu yang tak sanggup saya buat.
Kini saya menemui bisnes yang saya cari-cari selama ini. Gabungan IT, MLM dan BISNES MEL ORDER terangkum dalam BIO ASLI yang saya sertai sekarang. Kini saya sudah tidak lagi ke hulu dan ke hilir mengusung barang. Ketuk pintu rumah orang, hingga segala ceruk di Johor ni saya dah pergi. Kadang-kadang Tuan rumah memandang saya seperti penjenayah.

Dan saya dapat membuat catatan dalam blog ini pun kerana Bio Asli. Kalau tak mustahil saya nak ambil internet kalau tak mendatangkan income kepada saya.
Oleh sebab segala urusan perlukan online, maka saya memohon Broadbrand Streamyx ini. Jadi bayaran bil streamyx dapat dibayar daripada bisnes ini.

Saya tertarik dengan bisnes ini, kerana bayaran bonusnya cepat. Kita boleh minta bila-bila. Bagi saya yang bergaji bulan ni, saat getir saya ialah pada 20 hb - 25 hb(Kakitangan kjaan gaji 25 hb) Banyak syarikat MLM menghantar bonus pada hujung bulan, dan itu tidak begitu membantu. Kerana kadang-kadang bonus itu lambat hingga 5 hb - 10 hb. Saya sentiasa tertunggu-tunggu posmen. Beberapa kali bonus hilang dalam perjalanan pos.

Kini saya tiada masalah lagi. Dengan menuntut bonus melalui internet atau panggilan telefon, bonus akan masuk ke akaun kita dengan selamat! Kita boleh memintanya ketika kita sesak.

BARU BELAJAR

Saya baru saja belajar sendiri buat blog. Ada 3 misi iaitu saya ingin mengembangkan bisnes internet saya. Jika berminat layarilah www.bio-asli.com/?id=msom Kedua, ingin nyampaikan ilmu kepada orang lain dan ketiga saya ingin menjejaki kawan-kawan lama saya TERUTAMA 7 sahabat yang sesat di hutan Jengka, Pahang.