Isnin, 31 Januari 2011

KITA DILANDA BANJIR LAGI?

 Sungai Simpang Kiri mula berbicara....

Perkampungan Orang Asli Kampung Dalam masih tenang.......

Pewaris-pewaris rumah di belakang itu, saksikanlah panorama ini....

Elok bawa anak-anak bermandi-manda di sini wahai blogger-blogger tegar.
Memenuhi permintaan Mummy Gee yang rindu akan kampung halamannya.


Dewan Orang Ramai batu 21.......yang mula menerima tetamu tak diundang.
Banjir kilat.....!

Air Hitam memang airnya hitam bener!

Parit Tegak tidak ketinggalan ikut tenggelam...cacing memang tak pernah
ada peluang untuk hidup di sini.

Jam 11.00 pagi tadi, aku mengikut Cikgu Zailani ke Kluang. Malangnya aku tertinggal membawa kamera cabuk itu. Kampung Melayu Kluang telah dinaiki air, sekaki dalamnya. Sungai yang merentasi bandar Kluang itu mengalir begitu deras sekali.

Hujan di Kluang terlalu lebat, berbanding Parit Sulong. Namun orang ramai tetap memenuhi bandar Kluang, sehingga jem. Bank penuh dengan orang terutama orang Cina yang hendak menyambut Tahun Baru Cina tak lama lagi. Kami berdua lepak di kedai Amran, kawan serumahku di Paloh dulu. Di depan kedainya kelihatan air sungai membuak-buak bagai ingin menghanyutkan mangsa.

Sepanjang jalan pulang, aku melihat kiri dan kanan. Ternyata beberapa rumah telah digenangi air, khasnya rumah yang terletak di antara Air Hitam dengan Yong Peng. Aku menelefon sahabatku, Ismail TV, yang tinggal di Parit Awang. Alahai, kasihannya dia. Dia sekeluarga sedang mendaftarkan diri sebagai mangsa banjir di Mesjid Lama Parit Awang.

Dan tibalah kami di Parit Sulong. Aku mengambil kamera itu, dan itulah sahaja panorama yang dapat aku persembahkan kepada kalian, wahai para perantau yang kini bermastautin di kota-kota besar di seluruh negara Malaysia yang tercinta.

Semoga banjir 2007 tidak akan berulang.....!

Ahad, 30 Januari 2011

HUJAN YANG TURUN, BAGAIKAN TANGISAN

Hari ini KS 747 menelefon aku dari Alor Star bertanyakan
adakah rumah aku sudah banjir? Ni hujan mencurah-curah
di belakang rumah aku. Dah 3 hari, hujan......

Terencat, hajatku hari ini untuk ke Tenang, Labis. Ingat nak tengok
suasana pilihan raya di sana.

Jam 12.00 tengah hari, tengok depan pulak...tak tau nak buat apa...nak jumpa kawan pun
tergendala. Lebih baik aku tidur saja. Hujan tak berhenti dari pagi tadi..

Ni jam 6.45 masih hujan.....Alamatlah sampai malam ni aku tak jumpa manusia selain
anak isteri aku.

Hujan berterusan begini mengingatkan aku banjir awal tahun 2007
(Gambar diambil sepupu aku di Pekan Parit Sulong Januari 2007)

Lebih dahsyat lagi, aku teringat detik hitam banjir tahun 1984 di kampungku Seri Medan.
(Gambar menunjukkan seorang lelaki sedang berehat di atas bumbung
kedai di pekan cowboy Seri Pasir tahun 1984). 

Ketika itu orang kampung di Seri Medan
cukup derita kerana banjir itu memakan masa empat bulan lamanya.

Dah tak tau nak buat apa, ambik-ambik gambar sajalah

Sabtu, 29 Januari 2011

TOYOL ASYIK KENA FITNAH

Pada era ini, di mana kenaikan harga barang dan perkhidmatan menjadi-jadi di seantero dunia, sehinggakan berlakunya rusuhan di beberapa buah negara.

Kadang-kadang kita baru keluar gaji RM 1000, sekali kira-kira macam duit kita tinggal sedikit. Mana perginya RM 170 ni?  Tercicirkah? Dicuri TOYOL kah? Mesti TOYOL Pak Margono ni? Dah fitnah TOYOL, fitnah pulak orang bela toyol....!

Apabila dikira-kira terlupa rupa-rupanya tadi kita isi minyak RM 30, beli roti dan jem RM 9, Topup RM 30, dan macam-macam lagilah....

Cuba bandingkan harga barang dalam 4 tahun lepas. Dan bezakan dengan harga sekarang. Lihat perbezaannya, mari kita analisis .....sebagai contoh: KIRAAN DALAM SEBULAN


Cukup-cukup....! Pening aku! Tu yang aku siang malam cari duit tu. Tu belum yuran sekolah yang melambung-lambung. Kononnya yuran dimansuhkan, tetapi hakikatnya terus meningkat. Setiap anak perlukan dalam RM 400 seorang kalau nak serba lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Kiralah sahaja perbezaan harga barang empat tahun lepas dengan harga sekarang. Itulah yang terpaksa kita tanggung.

Bagi mengatasi masalah ini, kita kena buat perkara-perkara berikut:

  • Buatlah pekerjaan sambilan, apa-apa sahaja yang kita boleh buat. Sekarang ni ramai yang ada dua tiga pekerjaan.
  • Ahli keluarga diajar supaya tidak membazir, bukan berjimat dan ikat perut ya. Tidak membazir ni maksudnya, usahlah buang-buang makanan, dah beli tak dimakan. Beli alat permaianan, baru beli dua hari sudah masuk tong sampah. Baju baru pakai dua kali buat lap meja.
  • Jika ada tanah, tanamlah sayur-sayuran...tu kata kerajaan lah ya bukan saya.
  • Tak payahlah beli produk yang berjenama sangat, yang penting berkualiti. Tak semestinya yang murah tu dan tak terkenal tu tak ada kualiti.
Sekarang ni kita tidur pun duit, ekon, kipas yang berpusing....singgit-singgit-singgit...tu. Apa lagi kalau kita dah celik, serba-serbinya duit. Mandi kena bayar...habis bil air tu free ke? Buang air pun kat rumah sendiri pun dah tak free lagi. Jadi bagaimana kita nak menyimpan banyak-banyak. Setiap bulan kita jadi pungguk moden. Pungguk yang rindukan hujung bulan!

PREPAID TERMURAH DI MALAYSIA

DENGAN XOX ANDA
JIMAT 50% KOS PREPAID ANDA!


Malam ini aku mengaturkan temu janji dengan Sdra Sukor XOX, Sdra Suhood Kanapi
dan Zailani Ahmad. Aku menunggu Sdra Sukor dari Pt Raja di
Petronas Parit Sulong.

 Sdra Sukor XOX datang dengan Kelisa Kuning

Sdra Suhood membawa sahabat Tabligh. Lokasi pertemuan
JFC TOMYAM.

 Sdra Sukor XOX menerangkan selama 1 setengah jam tentang kelebihan XOX.
Panggilan serendah 8 sen 30 saat pertama, dan 7 sen 30 saat kedua. Seminit 15 sen sahaja.
SMS percuma sebanyak 2000 sms selama setahun.
No bermula dengan 010.


Harga yang terbaik jadi pilihan ialah RM 60 yang mengandungi RM 45 nilai panggilan.RM 15 UTK KEAHLIAN.
Jika biasanya kita guna prepaid RM 100 sebulan, dengan talian XOX ini, kita akan hanya menggunakan
RM 50 sebulan. Menjimatkan bukan?


Kan aku dah pakai setengah tahun, aku memang rasa sangat jimat berbanding nombor
hp aku yang satu lagi tu! Setelah 6 bulan aku pakai XOX, barulah aku cerita kepada kawan-kawan
supaya mereka juga dapat berjimat. Syarikat ini pun tak mengganggu macam yang satu lagi tu
asyik hantar SMS SPAM, iklan entah apa-apa. XOX tak pernah kacau aku macam tu.



CLOSING ....Macamana Cikgu Zailani, nak ambik line XOX ini?
"Saya berminat sangat, kerana ia menjimatkan, tetapi saya sayang nombor lama saya ni"
"Oh itu mudah saja Cikgu Zai, nombor lama boleh dikekalkan, ambil masa seminggu ok"
"Ok kalau begitu saya setuju jadi pelanggan XOX" 





Bagi mereka yang nak beli pakej paling murah, harganya RM 20.00
Sesiapa yang berminat hubungi saya seperti talian di atas banner blog itu!
010-3443 880  ingat 010-3443 880





Mengapa XOX DYMIUM murah? Cuba bandingkan
Syarikat W X DAN Y mengenakan bayaran untuk panggilan 
sebanyak 30 sen - 39 sen SEMINIT (berbual)
Tetapi XOX BAYARAN UNTUK PANGGILAN cuma
15 sen SEMINIT untuk ke line C
18 SEN ke Syarikat lain. (M dan D)





Kenapa syarikat W X dan Y mahal?
Mereka nak bayar iklan TV, Radio,Akhbar dan Majalah yang kosnya dibayar oleh kita!
Mereka juga nak buat papan iklan billboard di Highway dan kawasan strategik!
Harganya jangan tanya puluhan ribu sebuah.





XOX dipromosi melalui sistem orang ke orang
mulut ke mulut, 

Tunggu APA LAGI hubungi aku
010-3443 880

Jumaat, 28 Januari 2011

'PELANTIKAN' atau 'PERLANTIKAN'

EJAAN YANG BETUL IALAH:

PELANTIKAN



Petang-petang begini, sedang aku menghirup Teh Misai Kucing, tiba-tiba handphone aku menjerit-jerit. Aku ingat pemanggil itu nak beli Kopi Kelapa Dara macam biasanya.Pabila melihat nama yang timbul di screen HP, ternyata Cikgu Z. Dia ni kalau call aku mesti nak tanya fasal urusan BAHASA MELAYU. Dah cuti pun kacau aku lagi..ish ish. Nak rehatkan minda ni.

Dan soalan dia ialah seperti dalam gambar di atas tu. Aku pun rujuk DBP.


Jawapannya : Ejaan yang betul ialah....!

PELANTIKAN

Alasannya apa?
Kata seorang pakar dalam blognya, beliau kata

Jika perkataan itu tak bergabung dalam imbuhan BER  maka ia juga tak boleh ditambah dengan PER..

Ada ke BERLANTIK?


Cuba lihat perkataan BERSARA, maka ia boleh digunakan PERSARAAN

Perkataan PELANTIKAN kan tengah top sekarang ni, sejak isu SUK Selangor yang kontreversi tu!

Rabu, 26 Januari 2011

EN ME DI TASIK TAMAN BOTANI


EN ME seorang yang kukenal sangat rajin berkunjung ke blog blogger lain termasuk blog aku.
Sampai sekarang aku belum dapat gambarkan wajahnya bagaimana, adakah macam Anuar Zin, Nubhan? Jamal Abdillah? yang penting persahabatan siber tetap terjaga utuh. EN ME bukan sebarangan orang, kerana ada ketikanya beliau ada di Sydney, kadang-kadang ada di Bumi Kenyalang, dan tengah hari itu tiba-tiba beliau muncul di Tasik Taman Botani Seri Medan! 

Selasa, 25 Januari 2011

UFO DI BERBAH SLEMAN INDONESIA





Jika akulah pemilik sawah padi ini, pasti ia bukan satu berita yang sangat mendukacitakan. Sampai hati UFO itu membinasakan pokok-pokok padi yang menunggu untuk berbunga itu. Kalian tahu betapa siksanya untuk menanam padi? 

Pihak polis Indonesia menolak ia perbuatan manusia, kerana bentuk bulatan itu begitu rapi dan kemas.

Menurut pesawah yang ditemui, lingkaran ini belum ada pada 22 Januari Sabtu yang lalu ketika mereka bekerja di situ.

Namun ramai juga yang percaya, ia perbuatan manusia. Mungkinkah sekarang mereka sedang tertawa terbahak-bahak melihat pihak berkuasa Indonesia terpinga-pinga dengan kejadian itu. Pakar-pakar harus membuat siasatan segera supaya orang ramai tidak tertipu.

Isnin, 24 Januari 2011

MENULIS BLOG BOLEH JANA PENDAPATAN

Tajuk BERITA MINGGU 23 Januari 2011, semalam benar-benar menggugah para pembaca akhbar tersebut. Lantas ada teman-teman yang mengusik ....

"Oh diam-diam, kau dapat income ribu-ribu..."

Oh nak terbatuk aku...!

Lalu aku terpaksa membuka mulut, bukan mudah untuk mencapai seperti blogger-blogger yang hebat tersebut.

"Aku? Sebulan nak dapat duit Nufnang RM 5 pun payah, dah putus asa dah ni."
"Nufnang tu apa benda?"
"Itu kena duduk kedai kopi, kena terangkan sekurang-kurangnya satu jam"

Blog ni kan seperti televisyen. Kalau blog tu ramai pengunjung. Satu hari sampai ribuan orang yang melawatnya, letak iklan apa pun tentu dapat sambutan. Makin top blog tu, makin banyaklah pengiklan nak iklankan bisnes mereka kat blog dia.

Oklah, aku nak perkatakan sedikit apa yang diperkatakan dalam akhbar itu semalam:
  • 50-100 mendaftar sebagai blogger baru dalam sehari kerana teruja dengan income daripada blog.
  • Ada 150 000 blog berdaftar dengan Nufnang.
  • Ada blogger jual cerita peribadi raih pendapatan RM 70 000 sebulan
  • Paling bertuah  blog kekasih Khairul Fahmi Che Mat JEJARIRUNCING  kerana dalam masa yang singkat telah mencapai hit 2,039,533 pada 22 Jan (dan pengikut 9264 pengikut)
  • Blogger juga kena bayar cukai kepada LHDN. Tu bagi mereka yang sudah mencapai pendapatan ribuan tu.

Apabila bercerita tentang blog, usah fikir blogger Melayu  sahaja kat Malaysia ni. Blogger berbangsa Cina rasanya yang lebih banyak dapat income sebab pengunjung mereka lebih satu billion di dunia ini. Nak harapkan pengujung dari Indonesia, bahasa kita pun sudah agak berbeza dengan Indonesia. Search engin tak jumpa dengan key word yang aku tulis kut? Untunglah mereka yang mahir menulis dalam bahasa Inggeris tu.

Nasib baiklah aku ada iklan bisnes BIO ASLI aku kat atas tu. Itulah yang memberi semangat kepada aku untuk terus menulis entah apa-apa di sini. Semalam ada seorang anak muda dari KL, call aku, tanya aku fasal MLM. Dia nak dengar sendiri aku bagi panduan MLM kepadanya. Dia ingat aku ni dah jadi jutawan....kah kah kah....! Dik dik....Aminnnn 

Ahad, 23 Januari 2011

TIP SUPAYA SELIPAR TIDAK HILANG

Gambar Kredit untuk rakan Facebook aku, DIL FAZILAH ROSDI

Selepas ini tak hilang lagilah selipar kita kalau buat begini. Satu lagi supaya tak hilang, pakai kasut yang dah buruk. Yang dah dua tahun tak dikiwi.   

Khamis, 20 Januari 2011

TUNJUK PERASAAN KERANA BAWANG.

Tengok tu, harga bawang naik harga di negara pengeksport, India menyebabkan ada rakyatnya yang buat tunjuk perasaan. Kita tak tunjuk perasaan pulak apabila minyak makan ghaib dari kedai-kedai? Nampaknya kenaikan ini bersifat global, dan antara puncanya ialah perubahan cuaca dunia yang tidak seimbang. 

Rabu, 19 Januari 2011

BERKAHWIN MURAH REZEKI...KENAPA TAKUT BERKAHWIN?


Ramai lelaki di luar sana yang belum berkahwin. Lihat sekeliling anda. Di kampung anda. Di tempat kerja anda. Memang ramai yang belum berkahwin. Umur bukan lagi 25 tahun, tetapi sudah menginjak ke 40 tahun. Dan ada yang sudah menjadi warga emas. Soalnya kenapa mereka takut berkahwin?

Sepanjang perjalanan hidup  aku, ke sana-ke sini, aku selalu bertemu dengan golongan ini. Soalan pertama biasanya ...Anak berapa? Jika mereka tersipu-sipu tu, adalah yang tak kena. Kawan baik aku pun ada yang belum berkahwin. Mereka mempunyai fahaman yang sangat berbeza. Biasanya akibat dikecewakan. Golongan ini mesti dipaksa oleh ibu bapa mereka, jika mereka masih hidup.

Aku kenal sorang ni. Kenal melalui dunia MLM. Dia pencen askar. Umur dalam 44 tahun masa aku jumpa dia tu. Aku selalu ke rumahnya di daerah Muar tu. Rumah dia janganlah tanya, macam stor. Maklumlah dia duduk sorang kat situ.  Rumah tu tak ada seri langsung. Kereta pun berkarat, Nissan Sunny tahun 80an. Dalam setiap kali bertemu dia, aku bagi semangat. Aku bagi doa PENDEKAT JODOH yang aku simpan lama dah tu. 

Dua bulan kemudian, dia menemui aku. Aku tanya dia tentang doa itu. Wah. Dia dah hafal doa itu! Dia kata, sekarang ni masalah pulak. Ada 5 pilihan dah ni. Aku cakap, biar betul?  

Minggu lepas, dia dah datang rumah aku. Hon kereta kuat-kuat. Siapalah ni? Alhamdulillah.....sekarang dah memandu Naza berkilat. Kereta lama dia buat angkat kelapa sawit. Dah kahwin, dan ada anak seorang yang comel (berusia 6 bulan). Aku datang masa majlis gilang-gemilang itu. Aku pun dah berkali-kali ke rumahnya semenjak dia dah berumahtangga ni. Rumah dah cat baru.  Segala koleksi barangan yang menyerabutkan sebelum ini, telah dibuang jauh-jauh di belakang kebun. Setiap kali aku datang pun siap dah dihidang air jus. Tak macam dululah. Nampak sangatlah perbezaannya tu...! Kan kahwin tu rezeki murah. Kenapa ada yang takut nak berkahwin? Jumpa lagi.....entri seterusnya.

Isnin, 17 Januari 2011

AKTIVITI BARU HUJUNG MINGGU

Irfan...Irfan... tak sempat butang baju.
Iwan tak sabar nak jumpa abangnya.
Kami boleh bawa Irfan jalan-jalan, tetapi sekitar Muar sajalah
Penyanyi Jalanan ....Bestnya abang kita ni menyanyi lagu SURAYA


Kioks menjual makanan

 Tak sahlah kalau ke sini tak makan asam pedas.

Ahad, 16 Januari 2011

SEJARAH KEKEJAMAN TENTERA SALIB


Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Behemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150 000 askar, kemudian menyeberang Selat Bosfur dan melanggar wilayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum muslimin yang hanya 50 000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.


Satu persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke satu benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.


Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tetapi penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota suci itu selama satu bulan.


Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan kaum Salib, dan tercapailah cita-cita mereka.


Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.


Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang-orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak ada tempat punya lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai-bagai menara untuk mencari perlindungan terutama di mesjid-mesjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.


Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi beberapa adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infranri dan kaveleri lari tunggang-langgang di antara para buruan. Di tengah-tengah huru-hara itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Tentera Salib memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri itu.


Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu  dengan mata kepalanya sendiri menulis: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda".


Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat sahaja, iaitu ketika kaum Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenagan mereka. Tetapi sebaik upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.


Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak-puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, ditarik ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang gantungan.


Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Jesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonyasama sekali tidak dapat meredakan nafsu membunuh kaum kafir itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berjaya melarikan diri dimusnahkan dan dikurangan bilangannya dengan perhambaan dan kerja paksa yang mengerikan.


Gustav Le Bon telah menyifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: " Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai-bagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri daripada kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberi pertolongan kepada mereka yang jumlahnya 60 000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh kesemuanya dalam masa lapan hari sahaja. Perempaun, orang tua dan kanak-kanak tidak terkecuali.


Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill menulis: " Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap orang Islam. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan di bunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki disiksa dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerussalem ditaburi mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa yang mengerikan itu".

Dipetik daripada MINGGUAN PERDANA 16 Januari 2011

Demikianlah kisah kekejaman tentera kafir Kristian dalam perang Salib, sebelum kedatangan penyelamat Sallahuddin Alayubi. Dalam sejarah perang tidak pernah orang Islam melakukan kekejaman sedemikian rupa. Kisah yang menyayat ini dalam era moden berlaku ke atas orang Bosnia oleh puak Serb. Kisah di Sabra dan Shatila oleh puak Kristian yang didalangi Israel, yang kini dalang utamanya Arel Sharon sedang nazak bertahun-tahun tak dapat mati.  

  

Sabtu, 15 Januari 2011

CEGAHLAH KEMUNGKARAN



Jika kita lihat kemungkaran di depan kita, lalu kita tiada apa-apa perasaan, dan menganggap itu perkara lumrah, maka itu menunjukkan hati kita telah rosak.

Jika kita melihat kemungkaran, lalu kita marah saja dalam diam, itu membuktikan kitalah selemah-lemah hamba Allah. Kerana kita disuruh mengajak kepada kebaikan, dan mencegah yang mungkar.

Ustaz aku pernah mengibaratkan orang yang melakukan kemaksiatan itu diumpamakan seperti:

"Seseorang yang menebuk dinding kapal laut yang sedang berada di tengah lautan, dan perbuatan itu dibiarkan oleh orang-orang lain yang melihatnya. Mereka seakan tidak sedar bahawa perbuatan itu akan menjahanamkan mereka semua ke dasar lautan yang ganas"

Maka, seseorang yang melakukan maksiat dan kemungkaran MESTI kita tegah. Pernah suatu hari, aku ke kolam Air Panas Grisek kira-kira tujuh tahun dulu. Aku terlihat sepasang kekasih sedang bercumbuan dan adegan itu dilihat orang ramai termasuk anak-anakku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana badan pemuda itu lebih tegap daripada aku.

Tiba-tiba muncul Pak Aji, datang dari rumah penduduk di situ, dan dengan wajah yang sangat murka dan merah, dan menegur secara kerasnya kepada pasangan itu. Pemuda itu terus melarikan diri dengan motosikal bersama kekasihnya yang tidak secantik mana. Aku tabik dengan Pak Aji itu! Pak Aji itu berjiwa besar walaupun tubuhnya tidak segagah Sazali. Kenapa aku begitu penakut? Kalau anda bagaimana? Bukankah perbuatan itu ada di mana-mana? Artis yang datang dengan separuh bogel dalam majlis anugerah di negara kita sudah sama tarafnya dengan artis-artis kafir di bumi Amerika! Kenapa ulama-ulama kita membisu? Mahukah kita ditimpa bala....!

Lebih malang lagi, mereka sentiasa ada jawapan:
Jawapan orang-orang yang tidak sekolah agama.

"Walaupun kami tak menutup aurat, tetapi hati kami baik, kami tak pernah menyakiti orang"

Dan seribu satu lagi alasan yang menerima panduan daripada otak mereka sahaja.

Ada juga yang kata dan membela mereka.

"Itu antara mereka dengan Allah"

Apa? Mereka ikon yang diikuti remaja. Cukuplah mereka yang rosak. Usahlah merosakkan orang lain yang ada di ceruk Parit Bengkok, atau remaja yang ada di Ulu Tembeling dan pedalaman Sabah.

Jumaat, 14 Januari 2011

LAGI ARTIS DIDENDA KERANA BERKHALWAT


PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon Veteran (A.S) kelmarin dikenakan hukuman denda RM3,000 ($1,265) atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat. Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad turut menjatuhkan hukuman sama terhadap pasangan pelakon itu, R , 33 tahun, kerana kesalahan yang sama.

A.S, 57 tahun, tiba di mahkamah sekitar 10.30 pagi dengan ditemani seorang kenalannya.Cik R yang berkebaya jingga tiba ke mahkamah seorang diri kira-kira setengah jam kemudian. Mengikut fakta kes, A.S dan R, yang juga ibu tunggal dua anak, ditahan selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya menerima maklumat orang awam berhubung perbuatan sepasang lelaki dan wanita bukan mahram melakukan maksiat sehingga menimbulkan syak di sebuah kuarters kerajaan pada 26 September tahun lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Abu Zaky berkata tindakan tertuduh yang hanya membuka pintu selepas 23 minit diketuk dan kejadian berlaku pada 12.15 pagi menimbulkan syak berlebihan berlakunya kegiatan tidak bermoral dalam kediaman berkenaan.

Beliau, yang menasihatkan mereka melakukan taubat nasuha, berkata selain menyalahi hukum syarak, tatasusila dan akhlak juga perlu dijaga tanpa mengira profesion seseorang supaya tidak melakukan perbuatan mengaibkan diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Sementara itu, A.S dalam rayuannya meminta mahkamah mengurangkan denda kerana mendakwa beliau kini sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa depan. 'Saya mohon ampun pada Allah dan mahkamah, saya betul-betul menyesal dan berikrar tidak melakukan kesalahan sama.

Pada hari berlaku, saya ada masalah dan tidak boleh berfikir panjang,' katanya sambil menundukkan kepala. Cik R pula memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda yang tinggi kerana terpaksa memelihara dua anak, selain menanggung perbelanjaan adiknya yang masih belajar.

Kedua-dua tertuduh membayar denda.A.S, ketika ditemui wartawan, enggan mengulas tetapi hanya berkata: 'Saya sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan sama. Wartawan tak boleh ampun dosa saya, hanya Allah saja.' -

Laporan berita tentang artis kita. Siapa A.S? Jangan sebut nama dia.  Klunya senang je, dulu orangnya hensem giler. Lagunya ada yang popular semasa raya. Dah cukup! Iktibar, kalau dah tua tu banyakkanlah bertaubat. Banyak-banyaklah mendekati orang alim. Jangan dekati tempat-tempat maksiat.

Khamis, 13 Januari 2011

BELAJARLAH WALAUPUN SUDAH LANJUT USIA


KOMPAS.com — Jika saat ini belum tepat waktunya untuk merealisasikan mimpi Anda melanjutkan pendidikan, yakinlah suatu saat pasti akan datang waktu yang tepat. Kuncinya, meyakini bahwa Anda, perempuan yang punya banyak peran, juga bisa mengembangkan diri melalui pendidikan, baik pendidikan formal maupun informal.

Kompas Female menemui sejumlah perempuan dari kalangan muda maupun yang telah berusia lanjut yang membuktikan kegigihan menempuh pendidikan. Kesibukan, baik dalam profesi maupun peran lain sebagai ibu atau istri dalam keluarga, tak menyurutkan semangat para perempuan ini untuk terus mengembangkan diri.

Ibu Mooryati Soedibyo (83) memutuskan untuk kembali ke dunia akademik menjelang tahun 2003 berbarengan dengan pencalonan dirinya sebagai anggota DPD RI dari Provinsi DKI Jakarta. Saat itu usianya menginjak 74 tahun. Keputusan untuk berkuliah lagi di Program Koktoral Ilmu Manajemen  Universitas Indonesia disampaikannya melalui pertemuan bersama ke lima anaknya. Pertemuan keluarga yang sekaligus juga menjadi momen untuk membicarakan generasi penerus bisnis keluarga miliknya. Tahun 2007, Mooryati berhasil menyelesaikan disertasi dan meraih gelar doktor di tengah berbagai kesibukannya yang saat itu masih menjabat Presiden Direktur Mustika Ratu.

Kegigihan Mooryati dalam mengembangkan diri melalui jalur pendidikan formal ini menjadi pendorong semangat banyak perempuan muda. Di antaranya, perempuan yang pernah menyandang gelar Puteri Indonesia. Sebut saja Valerina Daniel (runner up Puteri Indonesia 2005), Nadine Alexandra Dewi Ames (Puteri Indonesia 2010), dan Alessandra Khadijah Usman (runner up II Puteri Indonesia 2010).


Ibu Mooryati? Takkan tak kenal? Mustika Ratu sudah tersohor satu Nusantara. Daripada cerita di atas, yang aku nak ketengahkan ialah bagaimana Ibu Mooryati melanjutkan pelajaran pada umurnya sudah menjangkau 74 tahun! Aku? Kenapa aku dah tak sanggup? Sebab aku tak minat belajar. Sebab aku lebih minat macam nilah.....jual herba....! Kepada kalian yang masih berkobar-kobar nak dapat ijazah, master, Phd, jangan hentikan. Teruskan! Selagi masih ada nyawa. Selagi ada kemampuan. 

Satu lagi Puan-puan, walaupun kini usianya sudah 83 tahun, beliau masih sihat! Jadi rajin-rajinlah makan jamu dong! Kurang-kurangpun kapsul minyak kelapa dara! Huhuhu kempen pilihanraya dah bermula!

TAK SANGKA

Tiba-tiba sahaja pengunjung blog aku yang satu lagi ni, blog yang tidak berapa aku hiraukan ini, dua minggu ini mengatasi jumlah pengunjung harian blog aku yang 24 jam aku bermati-matian di sini. Semuanya kerana cikgu-cikgi nak cari bahan seperti minit mesyuarat, pelan strategik dan pelan taktikal. Selain itu bahan tatabahasa untuk UPSR dan PMR.


Cikgu-cikgi silalah ke BLOG PANITIA aku ni....KLIK

Selasa, 11 Januari 2011

PENTINGNYA MENYIMPAN IDEA


Tadi aku ada idea nak tulis entri kali ini. Tiba-tiba sahaja idea itu hilang. Maklumlah dah berumur. Patutlah semasa AMSUDA mendaftarkan kerja di perbadanan tempoh hari, pengarah syarikat itu dalam ucapannya mengharapkan semua kakitangannya sentiasa membawa buku kecil (seperti buku 5) dalam poket, apabila ada saja idea untuk kemajuan perbadanan itu, kita cepat-cepat tulis idea itu. Kalau sedang memandu, berhenti sekejap tulis idea itu. Kalau tengah masak juga cepat-cepat tulis.  Kalau dapat idea dalam mimpi, cepat-cepat bangun dan tulis. Bila-bila ada mesyuarat, kita boleh kemukakan cadangan kita itu, yang mungkin baik untuk perkembangan tempat kerja kita.

Begitulah menulis blog ini. Kita tak boleh kering idea. Sentiasa berfikir cari ilham macam M Nasir cipta lagu. Walaupun Nuff aku belum mencapai lagi RM 20, aku tak pernah peduli dengan Nuff. Mengejar sangat trafik sudah bukan agenda aku lagi. Yang penting aku ada idea, aku tulis. Ada orang baca atau tidak, pun bukan masalah aku.

Teringat bagaimana Tun Abdul Razak mencari idea sangat baik, yang kesannya sampai sekarang bermanfaat kepada bangsa dan agama. Pada masa bila Tun Abdul Razak dapat idea menubuhkan Felda? Kalau tak silap aku, Tun berkurung dalam bilik sambil hisap rokok....push...push......ya!!!! ya!!! FELDA! Begitu juga bagaimana Profesor Engku Aziz dapat idea tubuhkan Tabung Haji yang kini tersohor di seluruh dunia Islam itu. Profesor dapat idea mesti melalui kajian-kajian ilmiah setaraf PHD.

Hang Nadim dapat idea spontan menahan serangan todak dengan batang pisang. Dia melihat menteri-menteri di Singapura pada masa itu begitu dungu dengan menahan serangan todak hanya dengan betis! Ketawa terbahak-bahak budak tadika itu.....!

Juga Tun Dr Mahathir dapat idea buat Proton. Aku ingat lagi bagaimana ada orang persendakan beliau, kereta yang nak dihasilkan itu macam kereta lembu.

Anda ada idea baik untuk kemajuan umat? Sebarkan di mana-mana macam Wong Khoo Lai yang aktif menulis dalam komen pembaca di akhbar-akhbar.

Hari ini orang kita banyak idea. Tetapi idea dan ilham lebih banyak digunakan untuk sama-sama jatuh-menjatuhkan sesama kita. Tengok ajelah dalam komen-komen blog politik kita. Dua kumpulan ini sama-sama memaki hamun menegakkan benang yang basah. Diam-diam sudahlah, tak puas hati pilihan raya nanti pangkah parti yang kita suka. Ini buat malu dengan bangsa lain saja!

Ahad, 9 Januari 2011

MASALAH BEG BERAT

Adeh.......berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Siapa yang kata jadi cikgu senang silalah jadi cikgu selama sebulan....mari....mari....

Petang tadi, kami menghantar Irfan ke asrama. Minggu ni cikgunya benarkan dia balik, kerana menambah mana-mana barang yang kurang.

Entah kenapa, apabila cikgu dia kata, lepas ni balik sebulan lagi, dia terus meleleh air matanya....!!!

Tetapi aku tidak hairan, anak kawan aku tu yang masuk Tingkatan 4, hari-hari call dia suruh jengok. Rupa-rupanya anak dia baru masuk sekolah itu. Aku ingatkan tak kanlah dah tiga tahun pun nak ingat emak lagi?

Gambar-gambar sedih tu tak tergamak aku uploadkan kat sini. Miss Miror tentu rasa, bagaimana? Yang kesian dia dah basuh baju sendiri. Perubahannya balik ini sungguh ketara. Solat pun dah tak payah kami suruh lagi.

Semuanya kita lakukan ini untuk masa depan anak.   

ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

Baru keluar dari pertapaan. Lagu Shahir selalu aku dengar kat dalam kereta.
Menang ke malam ini?


Sedang aku sibuk menyiapkan kerja sekolah yang tak ada sudahnya ni, telinga aku dengar pengacara AJL Faizal, Ally Iskandar dan Cheryn Samad berceloteh (gandingan mereka nampak mantap), mengingatkan aku dulu antara jutaan  peminat rancangan itu. Zaman Francisca Peter menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran, atau Zaiton Sameon Menaruh Harapan, lagu Isabella oleh Amy dan macam-macam lagilah. Maklumlah dah 25 tahun dah usia AJL tu. Cuma sekarang sebab aku dah semakin tua, maka minat tu dah hilang. Juara tahun lepas pun aku tak ingat. Tahun ni siapa agaknya? Yang aku tahu cuma Shahir dengan lagunya Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Tomokkah? Atau Faizal Tahir dengan Selamat Malamnya?
Kalau aku jadi juri, persembahan terbaik aku pilih Faizal Tahir?

Aku dah tak sempat memikirkan semua itu. List tugasan dah ada di depan aku......!

Jumaat, 7 Januari 2011

RAIS YATIM TERFITNAH


Alih Bahasa:
Cipanas (ANTARA News) - Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat memastikan tidak ada pemerkosaan atas seorang TKI bernama Rubingah oleh Menteri Malaysia Datuk Seri Rais Yatim.

"Sudah ada keterangan langsung dari ibu Rubingah dan juga kenyataan bertulis bahawa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja di Malaysia," kata Jumhur di Cipanas, Jabar, Jumat, di sela-sela Rakornis BNP2TKI 5-7 Januari 2011.

Jumhur menyampaikan hal itu setelah mendapat laporan dari stafnya dari Balai Perkhidmatan Penempatan dan Perlindungan TKI (BP3TKI) Labuan yang menemui Rubingah di rumahnya di Desa Pagelak Kecamatan Madukara Kabupaten Banjarnegara, Jateng,  pagi Jumaat tadi.

Kepala BNP2TKI sudah melaporkan perkembangan soal itu kepada Mennakertrans Muhaimin Iskandar melalui telefon.

"Saya juga sudah melaporkan penjelasan ibu Rubingah kepada pak Muhaimin," kata Jumhur.


(Aku bukan penyokong mana-mana parti. Tetapi apa yang berlaku kepada Datuk Seri mempunyai persamaan dengan kaedah yang digunakan untuk menyingkan Anwar dan Abu Hasan Omar daripada karier politik.) 

Dahlah tu, hentikanlah fitnah-memfitnah. Rakyat kamu sedang bergelut dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi. Ada ibu-bapa yang tak mampu bayar yuran sekolah anak-anak mereka, tak ada siapa nak pedulikan. RMT dan BAUCER TUSYEN pun dah dikurangkan sebanyak-banyaknya. Banyak sangat masalah rakyat tak habis, kamu asyik cerita liwat, cerita rogol pembantu rumah. Kami Dah bosan. Tak kiralah kamu daripada PKR atau BN. Selesaikan masalah rakyat negeri-negeri yang kamu perintah itu.

Secara logiknya, jika dakwaan mereka itu benar, kenapa dan mengapa kumpulan anti Malaysia di Indonesia tidak mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran seperti biasanya di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta? Yang mengulas berlebih-lebihan nampaknya media kita? Mengapa kumpulan BENDERA yang beria-ia hendak menyerang Malaysia pada tahun lepas menyepikan diri?