Rabu, 27 Februari 2013
RAHSIA SUAMI ISTERI BAHAGIA-PROF DR MUHAYA
Marilah sama-sama dengarkan, moga-moga mendapat manfaatnya.
Selasa, 26 Februari 2013
KENANGAN PAHIT MANIS BELAJAR MENGAJI
Pejam celik pejam celik sudah setahun juga, aku mengajar sendiri anak aku (yang ketiga) mengaji. Sebelum tu Ikhwan belajar dengan ustazah. Sampailah masa, sampailah ketika ustazah tersebut berpindahlah pulak ke Tongkang Pechah. Anak aku yang sulong dan kedua juga sudah khatam belajar dengan ustazah Helimah tu.
Anak ke empat Arina, mula-mula belajar Iqro' dengan ustazah Anim pula, sampailah separuh Muqadam, kerana risaukan gelap-gelap dia balik rumah, akhirnya aku mengambil keputusan mengajarnya sendiri. Kini sudah sampailah masuk surah Al-Baqarah. Irfan pun bersetuju mengajar Ikhwan. Aku bagilah elaun kepada abangnya tu.....Ikhwan pula kalau belajar dengan bapaknya ni, dia akan muncung dan mencuka sahaja, sebab muka aku ni memangle bengis, salah sikit kena marah, terus menitik air mata dia!
Teringat dulu masa aku kecik, aku mula-mula belajar mengaji dengan abang aku. Baru hendak masuk ke Quran, dia sudah pergi ke Brunei selama tiga tahun. Terkapai-kapailah aku belajar sendiri.Nak belajar dengan ayah aku, lagi aku takut, lagipun ayah aku tu sibuk bekerja, balik sudah penat.
Tahun 1980 akhirnya aku belajar dengan bilal mesjid kampung aku. Nak belajar dengan pak imam, ramai sangat orang mengaji rumah dia. Pak bilal ni, bekerja sawah. Waktu aku sampai di rumahnya selepas Magrib, kadang-kadang dia belum balik dari sawah lagi. Kalau dah balik pun, dia akan mengentel-gentel rokok daun dulu...disedut dalam-dalam....lepas tu dihembus, asap memenuhi ruang tamunya yang berdindingkan papan dan tiada tingkap lagi.
Masa tu masih pakai lampu pelita lagi. Aku dan lebih kurang 10 orang budak yang mengaji di rumahnya tu, bergilir-gilir membawa sebotol minyak tanah. Satu hari tu, entah bagaimana minggu itu tiada seorang pun yang membawa minyak tanah. Pak bilal tu menghidupkan pelita dengan minyak makan. Kecik benor cahaya lampu tu, tengah-tengah mengaji terus padam.....aku dan kawan-kawan aku terus terdiam, nak bercakap takut pak bilal naik angin.....
Dalam senyap-senyap tu kami keluar rumah seorang demi seorang,....senyap.....pak bilal pun tidak menegur langsung.....agaknya susahlah sangat, atau malu ....maklumlah masa tu zaman memang sangat susah.....nak makan pun tak cukup, lagilah nak beli minyak tanah.
Sebulan kami tak berani nak ke rumah pak bilal. Aku dan kawan-kawan aku berpakat nak berpindah ke rumah pak imam pula. Mungkin pak bilal kecik hati, tapi nak buat macamana....? Yang pelik terjadi lagi ketika itu, seorang rakan mengajiku, budak perempuan yang berumur 15 tahun tu (yang kupanggil kakak) menerima pinangan seorang lelaki tua dari kampung sebelah,umurnya 70 tahun......Aku dan kawan-kawan aku sangatlah pelik, kenapa dia sanggup nak kahwin dengan atuk tua itu?
(Dan kawan aku tu setia dengan orang tua itu sehingga atuk tu meninggal dunia, dan mempunyai lapan orang anak!) Eh...lari pulak tajuk....
Dengan pak imam pulak, aku sempat mengaji selama dua tahun. Paling tak boleh lupa, anak pak imam yang masih kecik tu suka membuli kami, satu hari tu dia pijak Quran yang aku baca....Anak pak imam ni nak kena, nampaknya.
Entah bagaimana, pada tahun tersebut kecoh khabar angin orang cari kepala nak masukkan ke Jambatan Pulau Pinang. Cikgu kat sekolah pun siap bagi nombor plat kereta pemburu kepala kepada kawan aku. Sejak tu aku ketakutan untuk pergi mengaji.....!
JARAK ANTARA BATU PAHAT DAN PEKAN SEKITARNYA
Dalam pencarian yang dikesan dalam blog aku ni, segelintir pengunjung mencari jarak antara Batu Pahat dengan pekan-pekan sekitarnya,malah ada yang SMS bertanyakan hal itu. Mungkin mereka tidak tahu, Google Map telah menyediakan kemudahan itu. Tak apalah, aku paparkan sedikit jarak antara lokasi-lokasi yang beriku:
- Jarak Batu Pahat - Pt Raja 21.0 km perjalanan 20 min
- Jarak Batu Pahat - Rengit 36.6 km perjalanan 35 min
- Jarak Batu Pahat - Air Hitam,Johor 33.9 perjalanan 39 min
- Jarak Batu Pahat - Parit Sulong - ikut Jalan Pt Jalil Tongkang Pechah 24 km 24 min
- Jarak Batu Pahat - Pt Sulong -ikut Jalan Simpang Lima 26.7 km 31 min
- Jarak Batu Pahat - Yong Peng 30.3 km perjalanan 37 min
- Jarak Batu Pahat- Seri Medan 22.8 km perjalanan 34 min
- Jarak Batu Pahat - Parit Yaani 21.2 km 25 min perjalanan
- Jarak Batu Pahat - Senggarang 10 km 20 min (banyak selekoh,trafiklight)
- Jarak Batu Pahat - Minyak Beku 8 km 15 min (banyak selekoh yang mencabar)
- Yang lain cari sendiri......penat dah aku taip ni....
Ahad, 24 Februari 2013
INTISARI CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS 23 FEBRUARI
Kredit kepada
saudara Akhi Akmal.
Kuliyah Ustaz Azhar Idrus di Masjid lama Gopeng, Perak malam SEMALAM..23/2/2013
1- Manusia berasal dari air mani kecuali Nabi Adam,
Nabi Isa, dan Siti Hawa. air mani ni benda yang di benci
bila ditengok. tapi apa yang orang benci itu lah diri kita sebenarnya.. Jd, tidak perlu kita berasa sombong, bongkak dan angkuh (samada dengan Allah atau dengan makluk).
2- Kalau kita tidak tahu perkara sebenar, jangan kita kondem (bantah @ kutuk dsb).. belajar dulu baru kita tahu..tanya dulu Ulama2, jangan terus kata tidak boleh..
3- Sebab kita malas mari belajar ilmu agama, malas pergi surau masjid sebab tidak dapat duit..
4- Orang tidak marah pun mu hendak tengok tv 24 jam, tapi biar pada waktu nya.. ni tidak, time (masa) maghrib hingga isyak time itu lah dia duduk tengok tv.. orang lain duduk pergi surau blajar ilmu agama, kita belajar dengan tv..
5- Cari duit tidak salah..carilah sampai 3 billion sekali pun.. tapi ilmu akhirat jangan tinggal.. nanti kita jahil, bila kita jahil sembahyang kita tidak betul.. bila sembahyang tidak betul, semua ibadat jadi rosak, sia-sia..
6- Agama Islam tidak larang pun mu hendak jadi kaya, masalahnya cari duit sahaja, akhirat tidak cari. yang ini lah orang yang kena tipu oleh dunia..
7- “Jika telah diletakkan jenazah untuk diusung di leher mereka, jika Jenazah orang soleh maka ia (ruh nya) berkata : percepatlah..!, jika bukan orang baik maka ia berkata : wahai celakalah tubuh, ke mana mereka akan membawa tubuh ini..!, suara itu di dengar oleh segala sesuatu kecuali manusia, jika manusia mendengarnya ia akan roboh pengsan/wafat” (Shahih Bukhari).
8- Jadi modal yang paling berharga sekali yang kita ada ialah NYAWA YANG DIKANDUNG BADAN SEKARANG.. Jadi balas lah jasa Allah dengan tolong agama Allah.. Jangan tunggu hendak mati baru hendak tolong agama Allah, baru hendak kenal Allah..
9- Dunia ialah apa yang kita ada skrg..cari dunia tidak salah, yang salah pegang dunia dalam hati sampai lupa akhirat.
10- Macam sudah Allah bagi kepada kita, degree, kahwin, dapat anak, dapat rumah, dapat kereta.. Itu nikmat Allah bagi kepada kita supaya kita tidak lupa pada Dia.. tapi ramai manusia bila makin banyak dapat nikmat Allah, makin lupa ia pada Allah. (Nauzubillah).
11-Tidak ada sesiapa pun yang boleh tolong kita dalam kubur.. biar dia menteri 7 benua sekali pun, bila amal soleh tidak ada, tidak siapa boleh tolong.
12- Raja mana sekali pun tidak dapat jawab soalan dalam kubur, turut kena pukul oleh malaikat.. biar kita gagal SPM di dunia, jangan kita gagal Soalan Padang Masyar (SPM) dalam akhirat nanti.
13- Kita ni milik Allah, pada Dia jua kita kembali.. oksigen ni milik Allah, bukan milik TLDM, bukan milik Menteri Pertanian, tapi milik Allah, jadi
wajib kita tunduk pada Allah..jangan sombong..
14- Islam tidak suruh pun jadi ustaz, jadi ulamak, belajar agama sampai tidak balik rumah.. belajar sekejap sahaja antara Maghrib dengan Isyak sahaja.. betulkan bacaan Al Fatihah,salah Fatihah tidak sah solat.. tapi sekejap pun, manusia tidak mahu mari jugak.. betapa sombongnya
manusia..
15- Kalau seruan pejabat, sanggup pergi awal, hujan sekalipun rela pergi..sebab takut punch card lambat.. kekgi (nanti) bos marah.. bila seruan masjid, tunggu pencen baru nak mari..
16- Air mani tidak ada dah, baru nak mari belajar.. haid habis dah, baru nak mari dengar..
17- Tadika 2 tahun, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun..13 tahun sudah cari dunia, tapi akhirat setahun pun tak sampai..
18- Time mati baru cari tok imam kat masjid, mengapa tidak cari kontarkator projek aja.. Mengapa tidak panggil reffree nya mari sembahyang mayat..time hidup tidak kenal surau, pergi main bola sokmo..bila mati, cari set
masjid..
19- Hidup kita ni jangan jadi seperti channel TV..mula2 diawal pagi, dengan bacaan Al-Quran, tapi pertengahan ada joget, nyanyi, cerita seksi.. Selepas itu tengah malam ada bacaan Al-Quran..kita pun macam itu juga lah...
baru dilahirkan, orang azan.. Tapi pertengahan hidup lawan Allah, lawan Ulama, kutuk Ustaz. bila mati, suruh orang baca talkin...
wallahualam..
Di khabarkan hampir 20 ribu yang hadir ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) malam tadi.
Kebanyankkan duduk bersila di atas tanah sahaja. Allahuakbar manisnya iman.
Share lah banyak2 gambar yang tidak boleh masuk surat khabar ini ya.
Sabtu, 23 Februari 2013
RAHSIA TIDAK AKAN PAPA KEDANA TERBONGKAR!
Dato' Dr Azlina Che Abdullah (DNAVECHEE) menulis dalam fan Facebooknya:
Salam Jumaat buat cinta hati semua....
Izinkan saya berkongsi satu cerita benar. Cerita ini berlaku sewaktu saya bekerja di sebuah pej guaman di Kota Bharu.
Suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yg tiba2 ada di depan saya lalu berkata "Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila2". Saya pantas menjawab "nak..nak.." Lalu org tua itu meminta saya kuarkan dompet duit saya ... Dlm fikiran saya mula mengesyaki yg org tua ini mempunyai niat yg tidak bagus tp dlm masa yg sama hati saya berkata tak apa saya cuba memenuhi permintaan org tua itu.
Org tua itu senyum, seolah2 dia tahu apa ada dlm fikiran saya lalu berkata "Jgn bimbang, Pakcik tidak berniat jahat".
Apb melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya berapakah duit yg ada. Hati saya berkata lagi.."Apakah maksud sbnr org tua ini". Saya jawab "Saya ni gadis miskin pakcik mana ada duit yg byk, dlm ni cuma ada RM10 jer, cukup utk tmbg balik & mkn saya hari ini".
Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% drp RM10 td bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 td & masukkan di celah dompet saya.
Inilah rahsia yg ingin pakcik sampaikan..."Insyaallah jika Cik amalkan ini sampai bila2 Cik tidak akn papa kedana".
Subhanallah Maha Suci Allah...saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akn mengambil 20% drp wang yang ada....melipat & menyelitnya di dlm dompet. Setiap bln apb saya keluarkan bkn ratus tersimpan malah ribuan ada di dlm selitan dompet. Setelah itu ambil & simpanlah dlm akaun simpanan.
Banyak membantu saya, krn kdg2 duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan...
Silakan mencuba...pasti anda akn mengetahui rahmat & nikmatnya..
Mungkin ada di ant anda yg pernah hadir dlm seminar saya, pernah mendgr rahsia ini & tlh mencubanya...
Silakan berkongsi dgn cinta hati saya, apakah yg tlh anda alami...
Love u all...
Salam Jumaat buat cinta hati semua....
Izinkan saya berkongsi satu cerita benar. Cerita ini berlaku sewaktu saya bekerja di sebuah pej guaman di Kota Bharu.
Suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yg tiba2 ada di depan saya lalu berkata "Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila2". Saya pantas menjawab "nak..nak.." Lalu org tua itu meminta saya kuarkan dompet duit saya ... Dlm fikiran saya mula mengesyaki yg org tua ini mempunyai niat yg tidak bagus tp dlm masa yg sama hati saya berkata tak apa saya cuba memenuhi permintaan org tua itu.
Org tua itu senyum, seolah2 dia tahu apa ada dlm fikiran saya lalu berkata "Jgn bimbang, Pakcik tidak berniat jahat".
Apb melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya berapakah duit yg ada. Hati saya berkata lagi.."Apakah maksud sbnr org tua ini". Saya jawab "Saya ni gadis miskin pakcik mana ada duit yg byk, dlm ni cuma ada RM10 jer, cukup utk tmbg balik & mkn saya hari ini".
Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% drp RM10 td bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 td & masukkan di celah dompet saya.
Inilah rahsia yg ingin pakcik sampaikan..."Insyaallah jika Cik amalkan ini sampai bila2 Cik tidak akn papa kedana".
Subhanallah Maha Suci Allah...saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akn mengambil 20% drp wang yang ada....melipat & menyelitnya di dlm dompet. Setiap bln apb saya keluarkan bkn ratus tersimpan malah ribuan ada di dlm selitan dompet. Setelah itu ambil & simpanlah dlm akaun simpanan.
Banyak membantu saya, krn kdg2 duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan...
Silakan mencuba...pasti anda akn mengetahui rahmat & nikmatnya..
Mungkin ada di ant anda yg pernah hadir dlm seminar saya, pernah mendgr rahsia ini & tlh mencubanya...
Silakan berkongsi dgn cinta hati saya, apakah yg tlh anda alami...
Love u all...
Rabu, 20 Februari 2013
KU DI HALAMAN RINDU
Lagu ini mengingatkan aku akan teman-teman seperjuangan sewaktu tinggal di Jalan Baiduri, Nong Cik, Johor Bahru dulu.....bla...bla....bla.... Sengaja melayan perasaan....teringat Mak Cik Tuan Rumah yang baik hati dan peramah,rajin menghulur aneka masakan kepada kami yang selalu kebulur masa tu. Tetapi suaminya sombong tak pernah senyum, pada hal anak perempuannya pun tak lawa mana....hahahahah. Entah hidup lagi mereka tu tak taulah aku...
Isnin, 18 Februari 2013
BERCANDA DI HUTAN DARA
Hutan dara ialah hutan yang masih belum diterokai. Jadi tajuk entri ni dah tak betul. Asal ada tajuklah hahahaha.....Itu ajelah entri aku malam ni. Busy sangat ni, kerja tengah banyak.
Ahad, 17 Februari 2013
Sabtu, 16 Februari 2013
SEPASANG MATA ANEH DI LANGIT
Lama juga aku tak menjengok blog aku ini. Entahkan ada
yang ingat akan diriku yang sudah semakin using ini…? heheheh. Sebenarnya jadual aku penuh pada minggu ini. Ini pun baru balik dari meraikan pengantin baru, anak saudara aku Hafiz yang kat Rengit tu. Oleh sebab abang aku ambik Katering, maka sempatlah aku mengeblog malam ini, sebab di sana aku hanya tolong makan sahaja.
Pada 12 – 14 Februari pula, aku berehat-rehat di Sungai Tuang 3 km dari Pangkalan
Balak. Nak pergi jauh-jauh pun tak larat. Sebenarnya, aku lebih suka membawa
keluarga ke kawasan Penyabung yang damai nan membiru. Tetapi cuaca yang
sentiasa hujan minggu ini di seluruhJohor agak merisaukan kami. Jadi, lokasi
yang paling selamat ialah Melaka. Dekat, murah dan jimat.
Di Melaka, cuaca baik, hanya sedikit gerimis. Sampai saja
di resort pilihan, kami solat jamak. Dan kemudian semuanya tidak sabar untuk
mandi di kolam renang yang disediakan.
Aku lebih memilih membaca Metro, Kosmo, majalah Wanita
hahahah…..sambil baring-baring dengan anak kecilku Alif Iskandar yang tertidur
dengan nyenyak sekali.
Sambil mendengar celoteh juruhebah TV yang aku tidak fokus
apa yang diperkatakannya, aku pun melihat langit yang mula dicorakkan dengan
awan hitam…..eh apa itu?
Sekonyong-konyong, aku terkejut….memandang sepasang mata
nan menyeramkan di langit itu. Aku mencapai kamera dan snap satu gambar.
Betulkah apa yang aku lihat ini? Atau hanya pandanganku yang tersilap sahaja.
Mungkin ia hanya tafsiranku yang mula kreatif membayangkan wajah-wajah aneh di
langit.
Ahad, 10 Februari 2013
SELAMAT BERCUTI
Selamat bercuti buat semua
Semoga gembira bersama keluarga
Boleh berjalan bersuka ria
Hiburkan hati lupakan kerja ,buat sementara
Duduk di rumah memasak resepi beraneka
Menjaga kesihatan jangan dilupa
Pagi-pagi berjoging, bersenam, jantung dijaga
Gratisan Musik
Langgan:
Catatan (Atom)