*SURAH AL KAHFI*
Orang yang membaca surah al-Kahfi pada *hari Jumaat*, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)
Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan *terhindar dari fitnah Dajjal.* (Mafhum hadith)
Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?
Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔
Pernah terfikir camni?
Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain
Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan Dajjal.
Betul tak?
So here we go 🙌🏻
Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:
*Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman*
*Pemilik kebun - Fitnah harta*
*Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu*
*Zulqarnain - Fitnah kekuasaan*
Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱
Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan Dajjal?
Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!
Bagaimana?
*Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh.* Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat
*Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat*
*Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri.* Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir
*Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri,* sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah
Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🏻🙌🏻🙌🏻
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.
Tema utama surah ini ialah *DAKWAH!* 😱
Tak percaya? Hehe.
Bukankah para pemuda al-Kahfi *berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?*
Bukankah si sahabat pemilik kebun *menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?*
Bukankah *Nabi Khidir membimbing Nabi Musa,* seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukankah *Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya,* sepanjang pengembaraannya? ✨
*Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.!!* And it makes complete sense!
Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.
Orait kita beralih ke fitnah dajjal.
Ada 4.
Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.
Bagaimana?
*Fitnah Iman :*
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.
*Fitnah Harta :*
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
*Fitnah Ilmu :*
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.
*Fitnah Kuasa :*
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).
So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?
*Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je.* Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!
Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pun zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.
*Kalaulah hafal, dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!*
Tak gituuwwww
Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
Sumber : *Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.*
@quotephotovideo 📚📚📚