Khamis, 21 Mac 2019

MOHD HAZIQ RAKYAT MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN SYAHID


MOHD HAZIQ BIN MOHD TARMIZI


CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Selepas hampir seminggu mencari, sumber Sinar Harian memaklumkan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang sejak Jumaat lepas disahkan telah meninggal dunia.

Beliau memberitahu maklumat terkini tersebut menerusi satu panggilan telefon sebentar tadi.
Menurutnya, difahamkan esok Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dijangka terbang ke New Zealand untuk menghadiri majlis pengebumian.

“Dukacita dimaklumkan jenazah Mohd Haziq yang hilang sejak Jumaat lepas telah ditemukan.

“Dia meninggal dunia akibat ditembak dalam insiden di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan keluarga Mohd Haziq akan melakukan pengecaman mayat di Hospital Christchurch yang dijadualkan esok.

Maklumat itu dikongsi Rahasnan Abdul Rashid, 57, abang kepada Nazril Hisham Omar, salah seorang mangsa tembakan yang menerima rawatan di hospital sama.

“Saya sempat bertemu dengan keluarga seorang lagi mangsa Mohd Tarmizi Shuib, 42, pagi tadi (waktu tempatan).

“Kemungkinan Tarmizi esok boleh balik tapi anaknya seorang lagi (Mohd Haziq) masih hilang. Keluarganya sepatutnya hari ini pergi buat pengecaman mayat kerana ada satu lagi mayat belum dikenal pasti.

“Sepatutnya hari ini tapi tak jadi lagi, tak tahu sebab apa. Saya tanya mereka dan mereka kata belum buat lagi, mungkin esok (hari ini) buat. Ramai keluarganya datang ke hospital,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Sebelum ini, ibunya, Marina Hamzah,46, telah menyerahkan gambar dan nama anak sulungnya itu kepada polis New Zealand bagi memudahkan usaha mengesan remaja berkenaan dibuat.

Dalam kejadian itu, Mohd Haziq mengikut bapanya, Mohd Tarmizi ke masjid pada hari kejadian sebelum dilaporkan hilang selepas kejadian tembakan berlaku.

Sinar Harian akan cuba mendapatkan maklumat penuh dari semasa ke semasa dan buat masa ini, hanya ini sahaja maklumat diperoleh pihak kami.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/19247/KHAS/Christchurch/Haziq-damailah-kau-di-sana

Khamis, 14 Mac 2019

TIADA KEPERLUAN DARURAT DI PASIR GUDANG-PM

JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak untuk terus berhati-hati memandangkan situasi pencemaran masih belum berakhir.


“Tidak...belum sampai tahap itu (darurat). Kita tidak perlu isytihar darurat, tidak perlu pemindahan, tetapi kita perlu berhati-hati.


“(Dan) mereka yang ditugaskan untuk mengawal keadaan ini mesti bersedia menangani masalah (kesan pencemaran) yang berlaku,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa pencemaran di Hospital Sultan Ismail, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana dan keperluan untuk memindahkan penduduk dari kawasan zon bencana ekoran pencemaran berkenaan.


Ketika ditanya sama ada yang terburuk berakhir berdasarkan bilangan mangsa akibat kesan pembuangan kimia secara haram Khamis lepas, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak boleh mengatakan yang terburuk sudah berakhir."


Sebaliknya, kita tidak fikir ia akan menjadi lebih serius daripada sekarang. Tetapi yang penting ialah mereka tahu bagaimana menangani masalah ini," katanya.


Dr Mahathir turut memuji kecekapan dan kepakaran agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terutamanya petugas perubatan dan keselamatan kerana berjaya menangani dan mengawal impak pencemaran dari menjadi lebih teruk.


“Saya dapati dalam taklimat yang diberi dari pelbagai pihak bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah berlaku tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital sekolah dan lain lain, mereka telah menangani masalah ini dengan cekap dan berhasil,” kata beliau. 


Beliau turut menyifatkan kecekapan doktor dan petugas perubatan “luar biasa” kerana sedar dan tahu bagaimana menangani “gas beracun” seperti ini. 


“Saya yakin akan kebolehan kita untuk memulihkan mereka (mangsa) dari gas yang beracun.


“Masyarakat juga mesti menganggap ini (pencemaran) sebagai satu perkara yang serius tapi perlu ingat kebolehan mereka (petugas) yang bertugas berjaya menyelamatkan mangsa baik, berhasil...itu sebab keadaan terkawal,” kata Dr Mahathir.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.


Terdahulu, keduanya mendengar taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.


Taklimat yang berlangsung lebih sejam, turut dihadiri Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.


-- BERNAMA

TAJUK BLOG BERTUKAR MENUNJUKKAN TANDA-TANDA...



Apabila blog ini sudah bertukar tajuk, itu menunjukkan aku ingin kembali menulis dalam medan blogger, setelah berhempas pulas menulis status Facebook yang entah apa-apa. Kadang-kadang status ringkas pun orang copy paste. pelik betul dia orang ni. Apalah salah kalau share je, kalau nak copy paste pun, tulis cnp pun tak apa. Hai, manusia ini macam-macam. Tapi 1 peratus je ada manusia macam tu. 

Antara punca aku hilang semangat menulis blog dulu, sebab banyak gambar-gambar aku digodam oleh blogger.com sendiri. Tiba-tiba je sebahagian besar gambar-gambar itu bertanda tengkorak dan sebagainya. Bukan senang aku nak ambik gambar itu. lagi-lagi majlis bersejarah dan sebagainya, bagaimana hendak diulang kembali, kerana yang ada dalam kamera pun sudah aku delete. Ingatkan simpan gambar dalam blog ini selamat. Benarlah kata-kata Wak Gelas, blog bukanlah hak milik kekal.

Diam tak diam, usia blog aku ini sudah menjangkau sepuluh tahun. Macam-macam peristiwa aku lalui daripada penulisan blog ini. Daripada anak aku kecik-kecik, memancing di tepi sungai, kini mereka bertebaran di mana-mana....huhu...