Mat Som Sadono
Tahun lepas kami merancang cuti sekolah dua minggu ini, kami nak beraya di Seoul, kerana sejak Ili Nabilah belajar di sana, kami tidak pernah pun hatta sekali menjengoknya. Pejam celik pejam celik tempoh lima tahun sudah hampir berakhir! Hujung tahun ini tamatlah sudah pengajiannya di sana. Rasanya hari pertama kami menghantar dia ke Klia seperti baru lagi. Ternyata putaran masa begitu cepat beredar.Semangat kami berkobar-kobar untuk merealisasikan impian itu. Namun apabila melihat kalendar 2019, cuti kali ini berada di penghujung Ramadhan, dan cuti raya pun cuma sekitar empat hari, kami pun batalkan hasrat yang terpendam. Nak pergi bulan Ogos pula kata Ili, cuaca di Korea ketika itu panas terlampau. Nak pergi cuti bulan Disember pula dia tengah exam akhir. Jadi .... keputusan akhir, kami sekeluarga akan ke sana semasa majlis konvokesyen pada bulan Februari nanti. In Sha Allah.
Pada waktu ini, aku sudah mulakan channel Youtube aku. Kalau nak tengok Klik Channel aku KAT SINI ok. Jangan lupa SUSCRIBE ya! Aku pun telah membeli kamera idaman aku walaupun aku beli yang biasa-biasa je. Kamera GoPro Hero 7, tapi yang silver je. nak beli yang black, raya pun dah dekat. Banyak guna duit. Entah macamana anak aku pula, pinjamkan motosikalnya kepada kawannya. Last-last aku juga yang kena saman kerana membenarkan budak bawah umur menunggang motosikal. Tak fasal-fasal melayang duit aku RM250, derma kepada kerajaan Pakatan Harapan. Dan bulan Mei ni juga aku kena bayar cukai Pendapatan sebanyak RM300. Jadi bulan ni saja duit yang aku bagi kerajaan PH sebanyak RM550. Belum lagi duit-duit cukai lain yang tak nampak seperti Cukai SST. Sedangkan bonus yang aku dapat RM450 sahaja. Sesungguhnya aku patut bersyukur. Adalah juga bonus, daripada Atuk tak bagi. Maklumlah dia memang kedekut dari dulu lagi . Hahahahaha!
Betul, aku seronok share video youtube. Walaupun yang tengok tak capai target. Ada juga video aku yang capai ribu-ribu dalam channel aku yang terdahulu. Tetapi aku dah lupa paswordnya. kena buka channel yang baru. chanel yang baru ni paswordnya aku dah tulis besar-besar kat rumah aku, in sha Allah tak lupa! Siapa nak curi, silakan. tapi jangan menyesal kalau korang berenang di lantai rumahku...hahahahah!
Satu lagi aku nak bagi tau ngko, anak kedua aku pun dah besar panjang. Jadi kami suruh dia kerja. Lima bulan kerja di Pelabuhan Gelang Patah. Tapi oleh sebab asyik kena marah dengan omputeh, dia pun berhenti kerja. Senang je. Kalau aku boring jadi cikgu, aku berhenti, apa nak jadi. Budak muda begitulah. Rehat sebulan. Lepas tu mohon kerja kat Batu Pahat. Dapatlah kerja swasta. Industri Kain sebagai pengawal enjin. Biarlah dia berdikari. Gaji biasalah, lulusan diploma sekitar RM1600. Aku tahu itu masih dikira tahap golongan miskin (tentu Irfan marah baca entri ini). Sekurang-kurangnya dia dah tau susahnya cari duit.
Insha Allah akan datang, dia akan dapat kerja yang lebih baik. Juga anak-anak korang. Dalam keadaan ekonomi lembab ini, ada kerja sudah dikira beruntung. Manalah ada kerja yang tidak stress dan tidak penat. Kalau nak tau cikgu tu kerja macaman, jadilah guru kontrak sebulan dua.