Selasa, 23 Januari 2024

KADAR TARIF AIR DI SELURUH NEGARA TAHUN 2024

 

KADAR TARIF AIR DI SELURUH NEGARA TAHUN 2024

Selasa, 16 Januari 2024

MASJID PARIS SIMIS DIBAKAR ANGKARA KHIANAT


Surau Parit Bangas Seri Medan dibakar pada hari Isnin malam Selasa 15 Januari 2024.

Kejadian cepat disedari orang kampung.

Sehari sebelum itu 14 Januari 2024, Masjid Kg Parit Simis dibakar sehingga menggemparkan netizen seluruh Malaysia. Kerugian dianggarkan sebanyak RM150000.

Perbuatan keji sepertinya berlaku di Gaza oleh zionis. 

Polis masih menjalankan siasatan. 

Malangnya netizen sudah berani komen yang bukan-bukan. Komen-komen seperti itu boleh menggugat ketenteraman awam.

Semoga pelaku dapat diberkas dengan segera, sebelum membakar lagi masjid-masjid di kampung kawasan Seri Medan ini. 
Mimbar Masjid Parit Simis. Pendingin Hawa, karpet yang baru dibeli rosak teruk.







Rabu, 3 Januari 2024

WARUNG GORENG PISANG RANGGUP AGAK KURANG

Kredit : Sumber (En SAIMUN SAIDI) Google Map 
                                                      KREDIT : EN BERN ( Sumber Google Map)                          

Aku suka kalau lepas Asar tu lepak warung goreng pisang yg sedap sambalnya...

Parit Sulong ni MCM tak ada...

Di Bandar ada, Jln Omar, boleh Waze@GgMap  ...namanya WARUNG TANDAN EMAS

Ini khas jual pisang goreng ranggup

Di Pagoh ada , Warung Hj Othman (tp bukan khusus pisang goreng, campur2)

Di Rengit ada, hari tu GB bersara Tuan JAIS AHMAD ajak makan satu warung goreng pisang ranggup...Nama warungnya Abang Halim Goreng Pisang..

Sri Sulong ada tak, warung spesis tu?

Teringat dulu lepas kuliah di maktab JB aku MKN di Warung Goreng Pisang di depan Tasik kat RTM JB tu..Atau Sesekali MKN donate dgn Milo di bangunan Komtar tahun 80an...dulu duit elaun RM345 tu MCM org kaya siap hantar duit KPD bapak kat kampung.

Lepak2 warung ni dapat hilangkan stress...tp tak bolehlah hari2...Nanti jadi tabiat kita dicop org pulakšŸ¤£

Isnin, 1 Januari 2024

UCAPAN ADMIN GROUP WHATSAP SEMPENA TAHUN BARU 2024

 PENUTUP TIRAI 2023 




Kami di pihak Admin GROUP PALOH ERA 90AN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang terus bersama kami sepanjang tahun 2023.


Maafkan kami saudaraku, yang terguris dgn persembahan berita dan pendapat , gurauan terlampau,  tercuit dsb. 


Semoga tahun baharu yang menjelang, kita semua turut sama2 berkongsi info dan perkembangan terkini masing2 atau apa2 saja yg memberi manfaat buat semua. 


Jutaan terima kasih kpd sahabat2 yang rajin berkongsi bahan media,  terima kasih byk2 juga kepada yg sudi membaca dengan senyap. 


Akhir kata, kami di pihak Admin ingin memohon maaf atas segala kekilafan dan kekurangan sepanjang menyampaikan maklumat.

Semoga kita terus sihat dan ditingkatkan iman,  dipanjangkan umur dan mari sama2 kirimkan Al Fatihah kepada sahabat2 yang telah pergi menemui penciptaNya..