Isnin, 3 Jun 2024

BUNTU YANG TERAMAT APABILA ANAK HILANG

Hafiz Fauzan Abd Halid masih belum ditemui. Ya Allah. Kembalikanlah dia kepada ibu bapanya...Kasihanilah mereka.

Org yg hilang anak ini...buntunya tak boleh digambarkan....

Tahun 1976 dulu, abang aku pernah hilang, abang aku yg bisu tu...

Orang kampung bawa dia bekerja di Ladang Mados tu, dlm 10 orang termasuk dia...kerjanya tanam kacang tutup bumi....

Baru seminggu kerja dia boring. Tak suka kerja tu.

Pagi kejadian, orang pergi kerja. Dia kemas beg lari naik bas Paloh Yong Peng. 

Masalahnya dia bisu. Dari Yong Peng dia naik bas pergi Air Hitam. Dari Air Hitam naik bas pergi JB.

Sampai Kulai dia turun. Termangu-manggu.

Arwah bapak aku diberitahu abang aku hilang. Sepanjang malam tu bapak aku yang selalunya macam pendekar tu menangis tak berhenti....

Aku yang masa tu darjah empat, ikut sama-sama tak boleh tidur. Tapi emak aku cool dan tenang je....

Esok pagi bapak aku kumpulkan orang kampung. Dlm 20 orang. Masing-masing suruh cari di semua bus station.

Dipendekkan cerita, seorang kenalan dari kampung Pt Jayus pergi ke JB sebab nak kerja ke Singapore. Dia dengar2 juga abang aku hilang.

Dia pun tak niat nak tolong sebab Time nak ke Singapore dah tiba seperti yang dirancang.

Dari Air Hitam dia tidur dalam bas sambung-sambung...Entah macam mana sampai Kulai dia terbangun. Bas pun kan berhenti-henti. 

Tiba-tiba di bus stop Kulai tu dia terpandang Abang aku tengah termenung. Masa tu bas dah mula bergerak. Sahabat ini tanpa membuang masa tekan loceng dan menerpa kepada abang aku.

Dia pun bawa balik abang aku. Disambut dengan kegembiraan keluarga aku dan orang orang kampung.

Salimin (arwah dah skrg) tiba2 jadi hero. Bapak aku sangat2 berterima kasih dan memberi saguhati yang termampu. Masa tu pun kami bukan senang sangat....

Sebab tu setiap kali ada budak hilang, lebih-lebih lagi anak kawan2 kita. Aku sangat2 merasai bagaimana peritnya ibu bapa yg kehilangan anak...

Kini abang aku pun dah berumur 64 tahun. Dah ada anak 3 orang. Kerja2 kampung...macam2 dibuat.

Sebenarnya Allah masih permudahkan urusan keluarga aku ketika itu. Kalau hilang terus , tak boleh bayangkan.

Sekian lah...ceritanya adanya....


Terima kasih yg sudi baca kisah benar ni gaisss

Cerita aku tadi menarik minat sahabatku Ustaz Halim Suparman. Aku kata kat dia...

Ustaz Halim,

Sahabat2 kita pun BYK cerita. Saja je tak nak cerita.

Bulan lepas, anak perempuan aku yg belajar kat PD tu balik senyap2 naik bas, aku punyalah marah.... Biar ayah hantar ambik...naik bas dari Telok Kemang ke PD , 1 bas. Dari PD pergi Seremban 1 bas. Seremban ke BP...semua 3 bas. BYK risiko itu. 

Dua hari kemudian nak balik sana, dia kata dah beli tiket. 

Okey Ayah BG peluang sekali je. Try tengok, sambil membebel jgn lupa baca Tiga Qul. 

Aku hantar pkl 9.00 pagi...sampai kolej dia pkl 8.30 MLM. 

Maka aku pun berceramah pjg....dia pun Alhamdulillah 

Dah serik..kalau aku hantar

Pergi pkl 10.00..pkl 12.00 dah sampai.

Selagi bapak ngko boleh memandu...akan ku hantar ambik...dah kawin besok , tjawab suami ngko pulak jaga

Baca berita, budak2 hilang dlm perjalanan pergi balik kampung merisaukan.

Tahu tak kat terminal bas tu dipenuhi warga asing...

Negara kita ni dah BYK penyangak sedaghaaa sedaghaaa ... Tp kalau sahabat2 dah TAK mampu atau takut memandu di lebuh raya, anak2 kena la berdikari. Tp ini bukan mcm zaman kita dah....

Ahad, 2 Jun 2024

ADA APA DI BATU PAHAT?

Ada apa di Batu Pahat? 

Apabila difikir2, Batu Pahat memang tak ada pusat pelancongan. Kalau makanan viral adalah 4,5 kedai makan. 

Dulu ada Wellwort Tasik Merdeka, kini jadi tempat jin beranak pinak. Dulu ada Tropical Village di Air Hitam, kini jadi hutan paranormal... Tinggallah Minyak Beku tu pun tak ada apa2 nak tgok. 

Kalau sekadar nak healing2 dan bergambar boleh ke Taman Botani Johor di Seri Medan...tp kat situ tiada kedai makan...untuk berjoging dan menikmati udara dan oksigen pagi okeylah. 

Jadi, kalau orang luar bertanya, ada apa di Batu Pahat. Aku blur nak cakap apa.