Rabu, 21 Ogos 2024

BIODATA USTAZ NIK BAKRI BIN NIK MAT

 Siapakah Nama Ustaz ini Sedara2?


Beliau ialah Ustaz Nik Bakri Bin Nik Mat

MUDIR AKADEMI TAHFIZ & PENGAJIAN TURATH



Nama: Ustaz Nik Bakri bin Nik Mat

Asal: Kota Bharu,kelantan

Lahir: tahun 1976


Pendidikan:

Memulakan pengajian pada usia 10 tahun di pondok2 di kelantan termasuk Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Kemudian melanjutkan pengajian di Maahad Muhammadi Pengkalan Chepa, Kota Bahru. Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang bahasa arab.


Seterusnya mengikut pengajian Islam di Darul Musthofa, Hadramaut Yaman. Aktif menyampaikan dakwah khususnya di negeri Selangor, mengadakan kelas-kelas pengajian Al Quran selain menjai pengarah urusan Darul Bakri Resources serta mudir Madrasah Dakwah & Tarbiah Hasaniah di sek 15 Shah Alam.


Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang cahaya mata.


Antara guru-guru beliau:


1.Maulana Murrobina Syeikh al Habib Yusuf Muhyiddin Req Muhyiddin Req al Bakhour al Hasani.


2.Maulana Syeikh al Habib Omar bin Salim Al Husaini.


3.Maulana Muhaddith Syeikh Muhammad Awadh al Manqush


4.Maulana Syeikh Rohimuddin Nawawi al Bantanu


5.Almarhum Tuan Guru Haji Hashim


6.Almarhum Tuan Guru Haji Daud Mahligai


7.dan ramai lagi.


UPDATE:

*BIODATA*


Nik Bakri Nik Mat

Sek 30 Shah Alam


Pengasas & Mudir Maahad Dakwah & Tarbiah Darul Hasani Shah Alam


Pengajian:

Al-Azhar Universiti Kaherah 

Bidang Bahasa Arab

1996/97 - 2002


Darul Mustafa Tarem Hardramaut Yamen

Daurah Pengajian Islam

2005 - 2008


Universiti Sultan Syarif Kasim Riau

BA

Perbandingan Mazhab & Hukum


Universiti Sultan Syarif Kasim Pasca sarjana Riau 

Master Hukum

(Hukum Keluarga Islam) 


Universiti Sultan Syarif Kasim Pasca sarjana Riau 

Sedang mengikuti : Pengajian Peringkat Ph.D Hukum Islam

(Hukum Keluarga Islam) 


Pendakwah Bertauliah Jais


Ahad, 11 Ogos 2024

BERITA TERKINI DARI PALESTINE

 ðŸ›‘🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

Bekas ketua Bahagian tahanan dan Orang Hilang Mossad, Rami Igra: Kami fikir Sinwar sudah berakhir, dan kini ternyata dia mentertawakan kita semua, dia semakin kuat dan tidak lemah, bertentangan dengan semua anggaran.


🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

Media Israel:


Maklumat perisikan tentang niat pejuang untuk menyeberangi sempadan dari Lubnan menuju ke penempatan di utara..


🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

TERKINI


Pengawal Revolusi Iran: 

Entiti Zionis akan menerima balasan terhadap pembunuhan Haniyeh tidak lama lagi.


_Sabar Sedagha2, nak serang satu kuasa yg dinaungi kuasa2 besar dunia tidaklah mudah, perlu plan yg paling rapi, jika tidak membazir peluru berpandu saja_


🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

Media Zionis

Saluran 14:


"Israel" akan bertindak balas secara paksa kali ini kepada wilayah Iran jika ia diserang.


🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

Speaker Parlimen Iran: 


Menurut arahan Pemimpin Tertinggi, kami menganggap membalas dendam terhadap Haniyeh, yang mati syahid di tanah kami, sebagai tugas agama dan negara.


 Pembunuhan beramai-ramai Sekolah Al-Tabaeen di Gaza sekali lagi membuktikan bahawa Zionis hanya memahami bahasa kekerasan.


🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

Persatuan Ulama Palestin:


Jangan anda menyangka wahai anak-anak Islam dan penyokong kebenaran, bahawa kerajaan yang telah bernormalisasi dengan musuh Zionis akan bergerak kepada dan terhadap Zionis, atau akan menutup kedutaan Zionis dan Amerika, kerana mereka tidak akan melakukan demikian kecuali dengan taufan manusia yang menderu.


Sumber: Watan Media


🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑

Saksi pembunuhan beramai-ramai serangan solat Subuh Zion15 terhadap Sekolah Al-Tabi’in di Gaz4 mempersoalkan tindakan negara Arab yang hanya membisu dan menonton drama jenayah I5r43l di Gaz4.


Kanak-kanak G4za sememangnya terkenal dengan keteguhan iman mereka dan petah serta berani  berkata-kata.


Katanya, “kami sudah letih, bukan sahaja saya tetapi ramai kanak-kanak di Gaz4”.


“Kamu, negara Arab, saya tidak tahu nak cakap apa dengan kamu, kamu hanya berdiam diri, ramai kanak-kanak maut di bawah runtuhan, kepala, kaki, anggota badan mereka hilang putus.”


“Apa darah yang mengalir di tubuhmu, dari tanah mana kamu diperbuat?’’


“Aku tidak akan maafkan kamu bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat, dan aku mohon pada Tuhan tidak memaafkan kamu juga.”


Sumber : Quds News Network 


#BoikotSampaiPalestineMerdeka