Ahad, 21 September 2025

RITZY GLOSS SDN BHD

RITZY GLOSS SDN BHD
Tengok siapa pemegang sahamnya ..

Pemegang saham Ritzy Gloss seperti berikut:

Suez Capital Sdn Bhd — 51%
Scenic Starhill Sdn Bhd — 21.25%
Transworld Equity Sdn Bhd — 12.75%
Yedor Holdings Sdn Bhd — 10%
Yeoh Ah Tu — 5%. 

Kelima-lima Syarikat ini tidak didedahkan siapa CEOnya ...Kenapa tidak didedahkan CEO syarikat ini??? Hmmm

ChatGPT kata Pemaju ini yang terlibat dalam kes Kampung Sungai Baru?

UNJURAN PENDUDUK MALAYSIA MENGIKUT KAUM PADA TAHUN 2030

Selasa, 9 September 2025

ZAMAN KETIDAKADILAN SEDANG BERMAHARAJALELA!!!

Analisis komen aku melihat apa yang terjadi mutakhir ini....

Pada akhir zaman ni, dunia semakin dipenuhi dengan fitnah dan kekacauan, sebagaimana yang telah disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa akan muncul zaman di mana orang yang amanah dianggap khianat dan yang khianat dianggap amanah, yang benar didustakan dan yang dusta dipercayai.

Sedagher2 sekalian -,
Realiti ini dapat dilihat pada zaman sekarang, apabila keadilan sering dipermainkan oleh pihak yang berkuasa, manakala golongan miskin dan lemah terus tertindas kerana tidak mempunyai pengaruh dan harta. 

Tahukah Sedagher2, Sistem sosial dan ekonomi pula lebih menguntungkan mereka yang kaya sehingga jurang semakin melebar; yang kuat menindas yang lemah, manakala yang tidak berdaya terpaksa menerima keadaan dengan penuh penderitaan. 

Sedagher2 ku sekalian!!!Inilah tanda-tanda bahawa dunia semakin menuju ke arah zaman penuh ketidakadilan sebagaimana telah diperingatkan dalam al-Quran dan sunnah.

Akhir kata, kesimpulannya, dunia ini tempat mereka bermaharajalela, namun jangan lupa hukum karma tetap akan terjadi...dan di akhirat sudah pasti mereka akan dihadapkan di Mahkamah Allah, dan mereka akan menerima pembalasan yang amat pedih ....

~Mat Som Sadona

Selasa, 2 September 2025

PUNCA-PUNCA RAKYAT INDONESIA MEMBERONTAK

Ini Punca2nya Rakyat memberontak Antaranya: 

Akaun bank yg tak aktif selama 3 bulan dibekukan... 

Kebun yang tidak dikerjakan akan disita. 

Cukai jualan PPN naik sehingga 12%.

Peniaga kecil dilarang jual gas 3kg. 

PBB (Merujuk cukai bumi dan bangunan) naik ke ratusan peratus. 

Ada ahli parliment yang suruh mintak kerja dgn kawan-kawan, jgn minta dgn kerajaan.

Ada menteri yg cakap GURU BEBAN NEGARA. Walaupun hoax, tp itu kesimpulan drp ucapan Sri Mulyani.

Sahroni kata rakyat TOLOL. 

YB2 Joget2 di parlimen kerana elaun rumah mereka dinaikkan RM13000 sebulan, sedangkan rakyat merempat.

Jadi setelah diteliti punca2 ini memang wajarlah rakyat mengamuk sedemikian rupa. Kerana yang TOLOL ternyata para pemimpinnya.