Sabtu, 25 Oktober 2025

MASA BERJAYA JANGAN SIBUK DENGAN KERETA MEWAH!!!

Saya dapati cikgu yg buat MLM ni jadi kucar kacir apabila terbawa-bawa trend  beli kereta mewah semasa bisnes TGH Naik..

Ada dua org yg begitu ..saya dah pesan dulu.. belilah kebun..

Masa bisnes tengah naik tulah dia resign cikgu. Aduh .. akhirnya skrg menyesal ... Keluarga pun berantakan ...Abang berwang abang sayang, Abang tak ada wang, abang melayang.

Upline Ntdot saya ok..dia kumpul duit hampir RM satu juta dari bonus yg dia dapat... (ya lah sebulan RM50ribu selama 2 tahun) beli kereta cash 1 Honda Ketam RM140K, 2 kereta Myvy second hand, tanah kebun sawit 5 ekar...

Tahun lepas meninggal ... Duit ada lagi setengah juta ..difaraid .,.. Anak2 4 org kaya semua ..Honda Ketam jadi milik isteri lah

Dia tak meninggalkan hutang...

Tp dulu2 memang miskin habis... Kereta buruk bumbung berkarat...Bateri Kong pun tak mampu nak beli...

Jalan hidup org ni tak sama...Sesiapa yg beringat masa berada di puncak, insya Allah...Dia aman damai


Tp kalau masa di puncak ..sibuk tunjuk kereta mewah .. akhirnya biasanya tersungkur masyhur...

Itu byk yg kita saksikan

Macam Ambo ni memang Allah tak bagi Ambo kaya...mungkin kalau Ambo kaya ..Ambo lagi teruk daripada mereka itu...

Masuk MLM setakat untuk dapat RM4-5 Ribu.... Ni dah tua, sedar diri ..balik kepada pekerjaan leluhur Berkebun sawit 🤣🤣🤣

Cuba bayangkan 2011, harga emas ketika itu sekitar RM170, saya beli 305 gram .... Lepas saya beli harga emas tak naik-naik sampai 9 tahun!!

Malah pernah turun hingga RM125 satu ketika

Akhirnya terpaksa saya jual...punyalah susah nak jadi kaya!🤣🤣🤣

Yg untung yg melabur awal tahun ni...sekarang kalau jual dah RM500 lebih..

Tp kena ingat, harga emas pernah melalui zaman sukar itu...

Khamis, 23 Oktober 2025

TIGA DOSA YANG DISEGERAKAN BALASANNYA DI DUNIA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Dosa Disegerakan Balasannya Didunia

حَدَّثَنَا بَكَّارُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ‏:‏ كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلاَّ الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، أَوْ قَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ

Daripada Bakkār bin ‘Abd al-‘Azīz, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: " Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali perbuatan zalim (melampaui batas), derhaka kepada kedua ibu bapa, dan memutuskan silaturahim. Sesungguhnya Allah akan segerakan hukuman ke atas pelakunya di dunia sebelum kematiannya." (HR Abu Daud No: 4902) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, hadis ini menunjukkan bahawa Allah Maha Pengampun, dan banyak dosa manusia ditangguhkan balasannya hingga hari kiamat kecuali beberapa dosa berat yang tidak akan ditangguhkan  malah akan disegerakan azab atau bala di dunia.

2.  Tiga Dosa yang disegerakan balasannya semasa didunia
i) الْبَغْي – Kezaliman termasuk menindas orang lain, mengambil hak tanpa izin dan menganiaya atau menyakiti orang lain

ii) عُقُوق الْوَالِدَيْن – Derhaka kepada Ibu Bapa termasuk menyakiti, mengabaikan, tidak menghormati ibu bapa, bercakap kasar, meninggikan suara, enggan membantu, serta memalukan mereka

iii) قَطِيعَة الرَّحِم – Memutuskan Silaturahim dengan keluarga

3.  Dosa yang melibatkan hak manusia lain (seperti kezaliman, derhaka, dan memutuskan silaturahim) lebih berat kesannya, kerana ia merosakkan hubungan sosial dan kekeluargaan.

4.  Kezaliman terhadap sesama manusia adalah antara dosa yang Allah sangat murka, dan boleh menyebabkan kehancuran hidup, kehilangan berkat, atau ditimpa bala secara langsung.

5.  Hormat dan taat kepada ibu bapa adalah perintah Allah, dan kedurhakaan membawa kesan langsung dalam kehidupan, seperti rezeki disekat, hati tidak tenang, dan umur tidak diberkati.

6.  Memelihara hubungan kekeluargaan membawa keberkatan umur dan rezeki, manakala memutuskannya membawa kesempitan hidup dan kemurkaan Allah.

7.  Hadis ini memberi amaran dan juga peluang  bahawa selama belum mati, masih ada ruang untuk bertaubat dan memperbaiki kesalahan. Tidak semua dosa menunggu hari pembalasan. Ada dosa yang dibalas segera di dunia, seperti hidup susah, tidak diberkati, dihina, tidak tenang, ditimpa bala dan sebagainya.


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Selasa, 14 Oktober 2025

SELAMAT ASRIN SEMAKIN HEBAT

 



Sekitar tahun 1985-1987 semasa aku di JB, tempat yangg biasa aku pergi adalah KOMTAR. Kerana ia dekat dgn rumah sewa aku, berbanding HOLIDAY PLAZA.

Jadi masa tunggu bas nak balik ke rumah sewa di Nong Chik, aku kerap terpandang busker menyanyi. Kadang-kadang orang buta, kadang-kadang orang berambut gondrong..dan kerap kali dengan orang yang dalam gambar bersama ZRA ini...

Beliau kerap dipanggil oleh ZRA, untuk berbual bicara .. kadang-kadang menyanyi... Aku perati betul-betul memang tak salah, inilah budak yang aku jumpa nyanyi lagu Alleycats, KERANA KAU dgn gitar plastik mainan sekitar tahun 1985-1987 itu ..Bagiku pada masa itu, suara dia tak berapa sedap ..tapi dia nyanyi dengan penuh yakin di tengah kesibukan orang lalu lalang...

Aku fikir ketika itu dia mungkin anak gelandangan...kerana yang aku lihat orang ramai ada yang memasukkan ke tabung diletakkan di depannya. 

Tak sangka setelah 40 tahun berlalu ,,kini dia sering jadi tetamu istimewa ZRA.

Iktibarnya .... Orang-orang aneh yang kita temui di mana-mana itu, tidak boleh dipandang sebelah mata...dia ada keistimewaan tersendiri.

Siapa beliau itu? Itulah Selamat Asrin..

~Catatan Mat Som Sadona