Selasa, 11 Januari 2011

PENTINGNYA MENYIMPAN IDEA


Tadi aku ada idea nak tulis entri kali ini. Tiba-tiba sahaja idea itu hilang. Maklumlah dah berumur. Patutlah semasa AMSUDA mendaftarkan kerja di perbadanan tempoh hari, pengarah syarikat itu dalam ucapannya mengharapkan semua kakitangannya sentiasa membawa buku kecil (seperti buku 5) dalam poket, apabila ada saja idea untuk kemajuan perbadanan itu, kita cepat-cepat tulis idea itu. Kalau sedang memandu, berhenti sekejap tulis idea itu. Kalau tengah masak juga cepat-cepat tulis.  Kalau dapat idea dalam mimpi, cepat-cepat bangun dan tulis. Bila-bila ada mesyuarat, kita boleh kemukakan cadangan kita itu, yang mungkin baik untuk perkembangan tempat kerja kita.

Begitulah menulis blog ini. Kita tak boleh kering idea. Sentiasa berfikir cari ilham macam M Nasir cipta lagu. Walaupun Nuff aku belum mencapai lagi RM 20, aku tak pernah peduli dengan Nuff. Mengejar sangat trafik sudah bukan agenda aku lagi. Yang penting aku ada idea, aku tulis. Ada orang baca atau tidak, pun bukan masalah aku.

Teringat bagaimana Tun Abdul Razak mencari idea sangat baik, yang kesannya sampai sekarang bermanfaat kepada bangsa dan agama. Pada masa bila Tun Abdul Razak dapat idea menubuhkan Felda? Kalau tak silap aku, Tun berkurung dalam bilik sambil hisap rokok....push...push......ya!!!! ya!!! FELDA! Begitu juga bagaimana Profesor Engku Aziz dapat idea tubuhkan Tabung Haji yang kini tersohor di seluruh dunia Islam itu. Profesor dapat idea mesti melalui kajian-kajian ilmiah setaraf PHD.

Hang Nadim dapat idea spontan menahan serangan todak dengan batang pisang. Dia melihat menteri-menteri di Singapura pada masa itu begitu dungu dengan menahan serangan todak hanya dengan betis! Ketawa terbahak-bahak budak tadika itu.....!

Juga Tun Dr Mahathir dapat idea buat Proton. Aku ingat lagi bagaimana ada orang persendakan beliau, kereta yang nak dihasilkan itu macam kereta lembu.

Anda ada idea baik untuk kemajuan umat? Sebarkan di mana-mana macam Wong Khoo Lai yang aktif menulis dalam komen pembaca di akhbar-akhbar.

Hari ini orang kita banyak idea. Tetapi idea dan ilham lebih banyak digunakan untuk sama-sama jatuh-menjatuhkan sesama kita. Tengok ajelah dalam komen-komen blog politik kita. Dua kumpulan ini sama-sama memaki hamun menegakkan benang yang basah. Diam-diam sudahlah, tak puas hati pilihan raya nanti pangkah parti yang kita suka. Ini buat malu dengan bangsa lain saja!

Ahad, 9 Januari 2011

MASALAH BEG BERAT

Adeh.......berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Siapa yang kata jadi cikgu senang silalah jadi cikgu selama sebulan....mari....mari....

Petang tadi, kami menghantar Irfan ke asrama. Minggu ni cikgunya benarkan dia balik, kerana menambah mana-mana barang yang kurang.

Entah kenapa, apabila cikgu dia kata, lepas ni balik sebulan lagi, dia terus meleleh air matanya....!!!

Tetapi aku tidak hairan, anak kawan aku tu yang masuk Tingkatan 4, hari-hari call dia suruh jengok. Rupa-rupanya anak dia baru masuk sekolah itu. Aku ingatkan tak kanlah dah tiga tahun pun nak ingat emak lagi?

Gambar-gambar sedih tu tak tergamak aku uploadkan kat sini. Miss Miror tentu rasa, bagaimana? Yang kesian dia dah basuh baju sendiri. Perubahannya balik ini sungguh ketara. Solat pun dah tak payah kami suruh lagi.

Semuanya kita lakukan ini untuk masa depan anak.   

ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

Baru keluar dari pertapaan. Lagu Shahir selalu aku dengar kat dalam kereta.
Menang ke malam ini?


Sedang aku sibuk menyiapkan kerja sekolah yang tak ada sudahnya ni, telinga aku dengar pengacara AJL Faizal, Ally Iskandar dan Cheryn Samad berceloteh (gandingan mereka nampak mantap), mengingatkan aku dulu antara jutaan  peminat rancangan itu. Zaman Francisca Peter menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran, atau Zaiton Sameon Menaruh Harapan, lagu Isabella oleh Amy dan macam-macam lagilah. Maklumlah dah 25 tahun dah usia AJL tu. Cuma sekarang sebab aku dah semakin tua, maka minat tu dah hilang. Juara tahun lepas pun aku tak ingat. Tahun ni siapa agaknya? Yang aku tahu cuma Shahir dengan lagunya Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Tomokkah? Atau Faizal Tahir dengan Selamat Malamnya?
Kalau aku jadi juri, persembahan terbaik aku pilih Faizal Tahir?

Aku dah tak sempat memikirkan semua itu. List tugasan dah ada di depan aku......!

Jumaat, 7 Januari 2011

RAIS YATIM TERFITNAH


Alih Bahasa:
Cipanas (ANTARA News) - Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat memastikan tidak ada pemerkosaan atas seorang TKI bernama Rubingah oleh Menteri Malaysia Datuk Seri Rais Yatim.

"Sudah ada keterangan langsung dari ibu Rubingah dan juga kenyataan bertulis bahawa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja di Malaysia," kata Jumhur di Cipanas, Jabar, Jumat, di sela-sela Rakornis BNP2TKI 5-7 Januari 2011.

Jumhur menyampaikan hal itu setelah mendapat laporan dari stafnya dari Balai Perkhidmatan Penempatan dan Perlindungan TKI (BP3TKI) Labuan yang menemui Rubingah di rumahnya di Desa Pagelak Kecamatan Madukara Kabupaten Banjarnegara, Jateng,  pagi Jumaat tadi.

Kepala BNP2TKI sudah melaporkan perkembangan soal itu kepada Mennakertrans Muhaimin Iskandar melalui telefon.

"Saya juga sudah melaporkan penjelasan ibu Rubingah kepada pak Muhaimin," kata Jumhur.


(Aku bukan penyokong mana-mana parti. Tetapi apa yang berlaku kepada Datuk Seri mempunyai persamaan dengan kaedah yang digunakan untuk menyingkan Anwar dan Abu Hasan Omar daripada karier politik.) 

Dahlah tu, hentikanlah fitnah-memfitnah. Rakyat kamu sedang bergelut dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi. Ada ibu-bapa yang tak mampu bayar yuran sekolah anak-anak mereka, tak ada siapa nak pedulikan. RMT dan BAUCER TUSYEN pun dah dikurangkan sebanyak-banyaknya. Banyak sangat masalah rakyat tak habis, kamu asyik cerita liwat, cerita rogol pembantu rumah. Kami Dah bosan. Tak kiralah kamu daripada PKR atau BN. Selesaikan masalah rakyat negeri-negeri yang kamu perintah itu.

Secara logiknya, jika dakwaan mereka itu benar, kenapa dan mengapa kumpulan anti Malaysia di Indonesia tidak mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran seperti biasanya di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta? Yang mengulas berlebih-lebihan nampaknya media kita? Mengapa kumpulan BENDERA yang beria-ia hendak menyerang Malaysia pada tahun lepas menyepikan diri? 

Isnin, 3 Januari 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

Hantar Ili ke SMK 
Ikhwan ke SK 
Arina ke PASTI


DAN
Hantar Irfan ke sekolah men agama swasta


Hanya gambar ini yang dapat diambil
di sekolah baru Irfan.
Dia kata...best dapat kawan baru!
Sebulan sekali baru boleh balik...