Ahad, 16 Januari 2011

SEJARAH KEKEJAMAN TENTERA SALIB


Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Behemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150 000 askar, kemudian menyeberang Selat Bosfur dan melanggar wilayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum muslimin yang hanya 50 000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.


Satu persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke satu benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.


Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tetapi penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota suci itu selama satu bulan.


Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan kaum Salib, dan tercapailah cita-cita mereka.


Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.


Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang-orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak ada tempat punya lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai-bagai menara untuk mencari perlindungan terutama di mesjid-mesjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.


Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi beberapa adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infranri dan kaveleri lari tunggang-langgang di antara para buruan. Di tengah-tengah huru-hara itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Tentera Salib memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri itu.


Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu  dengan mata kepalanya sendiri menulis: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda".


Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat sahaja, iaitu ketika kaum Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenagan mereka. Tetapi sebaik upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.


Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak-puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, ditarik ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang gantungan.


Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Jesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredakan nafsu membunuh kaum kafir itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berjaya melarikan diri dimusnahkan dan dikurangan bilangannya dengan perhambaan dan kerja paksa yang mengerikan.


Gustav Le Bon telah menyifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: " Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai-bagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri daripada kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberi pertolongan kepada mereka yang jumlahnya 60 000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh kesemuanya dalam masa lapan hari sahaja. Perempaun, orang tua dan kanak-kanak tidak terkecuali.


Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill menulis: " Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap orang Islam. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan di bunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki disiksa dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerussalem ditaburi mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa yang mengerikan itu".

Dipetik daripada MINGGUAN PERDANA 16 Januari 2011

Demikianlah kisah kekejaman tentera kafir Kristian dalam perang Salib, sebelum kedatangan penyelamat Sallahuddin Alayubi. Dalam sejarah perang tidak pernah orang Islam melakukan kekejaman sedemikian rupa. Kisah yang menyayat ini dalam era moden berlaku ke atas orang Bosnia oleh puak Serb. Kisah di Sabra dan Shatila oleh puak Kristian yang didalangi Israel, yang kini dalang utamanya Arel Sharon sedang nazak bertahun-tahun tak dapat mati.  

  

Sabtu, 15 Januari 2011

CEGAHLAH KEMUNGKARAN



Jika kita lihat kemungkaran di depan kita, lalu kita tiada apa-apa perasaan, dan menganggap itu perkara lumrah, maka itu menunjukkan hati kita telah rosak.

Jika kita melihat kemungkaran, lalu kita marah saja dalam diam, itu membuktikan kitalah selemah-lemah hamba Allah. Kerana kita disuruh mengajak kepada kebaikan, dan mencegah yang mungkar.

Ustaz aku pernah mengibaratkan orang yang melakukan kemaksiatan itu diumpamakan seperti:

"Seseorang yang menebuk dinding kapal laut yang sedang berada di tengah lautan, dan perbuatan itu dibiarkan oleh orang-orang lain yang melihatnya. Mereka seakan tidak sedar bahawa perbuatan itu akan menjahanamkan mereka semua ke dasar lautan yang ganas"

Maka, seseorang yang melakukan maksiat dan kemungkaran MESTI kita tegah. Pernah suatu hari, aku ke kolam Air Panas Grisek kira-kira tujuh tahun dulu. Aku terlihat sepasang kekasih sedang bercumbuan dan adegan itu dilihat orang ramai termasuk anak-anakku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana badan pemuda itu lebih tegap daripada aku.

Tiba-tiba muncul Pak Aji, datang dari rumah penduduk di situ, dan dengan wajah yang sangat murka dan merah, dan menegur secara kerasnya kepada pasangan itu. Pemuda itu terus melarikan diri dengan motosikal bersama kekasihnya yang tidak secantik mana. Aku tabik dengan Pak Aji itu! Pak Aji itu berjiwa besar walaupun tubuhnya tidak segagah Sazali. Kenapa aku begitu penakut? Kalau anda bagaimana? Bukankah perbuatan itu ada di mana-mana? Artis yang datang dengan separuh bogel dalam majlis anugerah di negara kita sudah sama tarafnya dengan artis-artis kafir di bumi Amerika! Kenapa ulama-ulama kita membisu? Mahukah kita ditimpa bala....!

Lebih malang lagi, mereka sentiasa ada jawapan:
Jawapan orang-orang yang tidak sekolah agama.

"Walaupun kami tak menutup aurat, tetapi hati kami baik, kami tak pernah menyakiti orang"

Dan seribu satu lagi alasan yang menerima panduan daripada otak mereka sahaja.

Ada juga yang kata dan membela mereka.

"Itu antara mereka dengan Allah"

Apa? Mereka ikon yang diikuti remaja. Cukuplah mereka yang rosak. Usahlah merosakkan orang lain yang ada di ceruk Parit Bengkok, atau remaja yang ada di Ulu Tembeling dan pedalaman Sabah.

Jumaat, 14 Januari 2011

LAGI ARTIS DIDENDA KERANA BERKHALWAT


PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon Veteran (A.S) kelmarin dikenakan hukuman denda RM3,000 ($1,265) atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat. Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad turut menjatuhkan hukuman sama terhadap pasangan pelakon itu, R , 33 tahun, kerana kesalahan yang sama.

A.S, 57 tahun, tiba di mahkamah sekitar 10.30 pagi dengan ditemani seorang kenalannya.Cik R yang berkebaya jingga tiba ke mahkamah seorang diri kira-kira setengah jam kemudian. Mengikut fakta kes, A.S dan R, yang juga ibu tunggal dua anak, ditahan selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya menerima maklumat orang awam berhubung perbuatan sepasang lelaki dan wanita bukan mahram melakukan maksiat sehingga menimbulkan syak di sebuah kuarters kerajaan pada 26 September tahun lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Abu Zaky berkata tindakan tertuduh yang hanya membuka pintu selepas 23 minit diketuk dan kejadian berlaku pada 12.15 pagi menimbulkan syak berlebihan berlakunya kegiatan tidak bermoral dalam kediaman berkenaan.

Beliau, yang menasihatkan mereka melakukan taubat nasuha, berkata selain menyalahi hukum syarak, tatasusila dan akhlak juga perlu dijaga tanpa mengira profesion seseorang supaya tidak melakukan perbuatan mengaibkan diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Sementara itu, A.S dalam rayuannya meminta mahkamah mengurangkan denda kerana mendakwa beliau kini sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa depan. 'Saya mohon ampun pada Allah dan mahkamah, saya betul-betul menyesal dan berikrar tidak melakukan kesalahan sama.

Pada hari berlaku, saya ada masalah dan tidak boleh berfikir panjang,' katanya sambil menundukkan kepala. Cik R pula memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda yang tinggi kerana terpaksa memelihara dua anak, selain menanggung perbelanjaan adiknya yang masih belajar.

Kedua-dua tertuduh membayar denda.A.S, ketika ditemui wartawan, enggan mengulas tetapi hanya berkata: 'Saya sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan sama. Wartawan tak boleh ampun dosa saya, hanya Allah saja.' -

Laporan berita tentang artis kita. Siapa A.S? Jangan sebut nama dia.  Klunya senang je, dulu orangnya hensem giler. Lagunya ada yang popular semasa raya. Dah cukup! Iktibar, kalau dah tua tu banyakkanlah bertaubat. Banyak-banyaklah mendekati orang alim. Jangan dekati tempat-tempat maksiat.

Khamis, 13 Januari 2011

BELAJARLAH WALAUPUN SUDAH LANJUT USIA


KOMPAS.com — Jika saat ini belum tepat waktunya untuk merealisasikan mimpi Anda melanjutkan pendidikan, yakinlah suatu saat pasti akan datang waktu yang tepat. Kuncinya, meyakini bahwa Anda, perempuan yang punya banyak peran, juga bisa mengembangkan diri melalui pendidikan, baik pendidikan formal maupun informal.

Kompas Female menemui sejumlah perempuan dari kalangan muda maupun yang telah berusia lanjut yang membuktikan kegigihan menempuh pendidikan. Kesibukan, baik dalam profesi maupun peran lain sebagai ibu atau istri dalam keluarga, tak menyurutkan semangat para perempuan ini untuk terus mengembangkan diri.

Ibu Mooryati Soedibyo (83) memutuskan untuk kembali ke dunia akademik menjelang tahun 2003 berbarengan dengan pencalonan dirinya sebagai anggota DPD RI dari Provinsi DKI Jakarta. Saat itu usianya menginjak 74 tahun. Keputusan untuk berkuliah lagi di Program Koktoral Ilmu Manajemen  Universitas Indonesia disampaikannya melalui pertemuan bersama ke lima anaknya. Pertemuan keluarga yang sekaligus juga menjadi momen untuk membicarakan generasi penerus bisnis keluarga miliknya. Tahun 2007, Mooryati berhasil menyelesaikan disertasi dan meraih gelar doktor di tengah berbagai kesibukannya yang saat itu masih menjabat Presiden Direktur Mustika Ratu.

Kegigihan Mooryati dalam mengembangkan diri melalui jalur pendidikan formal ini menjadi pendorong semangat banyak perempuan muda. Di antaranya, perempuan yang pernah menyandang gelar Puteri Indonesia. Sebut saja Valerina Daniel (runner up Puteri Indonesia 2005), Nadine Alexandra Dewi Ames (Puteri Indonesia 2010), dan Alessandra Khadijah Usman (runner up II Puteri Indonesia 2010).


Ibu Mooryati? Takkan tak kenal? Mustika Ratu sudah tersohor satu Nusantara. Daripada cerita di atas, yang aku nak ketengahkan ialah bagaimana Ibu Mooryati melanjutkan pelajaran pada umurnya sudah menjangkau 74 tahun! Aku? Kenapa aku dah tak sanggup? Sebab aku tak minat belajar. Sebab aku lebih minat macam nilah.....jual herba....! Kepada kalian yang masih berkobar-kobar nak dapat ijazah, master, Phd, jangan hentikan. Teruskan! Selagi masih ada nyawa. Selagi ada kemampuan. 

Satu lagi Puan-puan, walaupun kini usianya sudah 83 tahun, beliau masih sihat! Jadi rajin-rajinlah makan jamu dong! Kurang-kurangpun kapsul minyak kelapa dara! Huhuhu kempen pilihanraya dah bermula!

TAK SANGKA

Tiba-tiba sahaja pengunjung blog aku yang satu lagi ni, blog yang tidak berapa aku hiraukan ini, dua minggu ini mengatasi jumlah pengunjung harian blog aku yang 24 jam aku bermati-matian di sini. Semuanya kerana cikgu-cikgi nak cari bahan seperti minit mesyuarat, pelan strategik dan pelan taktikal. Selain itu bahan tatabahasa untuk UPSR dan PMR.


Cikgu-cikgi silalah ke BLOG PANITIA aku ni....KLIK