Selasa, 23 Julai 2013

MAKAM SAIDINA KHALID AL WALID DIMUSNAHKAN SYIAH HEZBULLAH

Serangan Syiah Hizbusyaitan ke atas makam Saidina Khalid Alwalid, gambar diambil pada 1 Ramadhan baru-baru ini 1434 Hijriah. 


Adakah saudara kenal akan nama Saidina Khalid Al Walid?
Adakah Saidina Khalid Al Walid sudah tidak penting untuk kehidupan kita lagi?
Adakah beliau tidak penting untuk agama kita?
Apakah beliau tidak penting untuk dibincangkan di jurnal Televisyen kita berbanding artis-artis rock kita?

ADAKAH BELIAU BENAR-BENAR MATI PADA KITA?

Beberapa bulan lalu, seorang seorang Jeneral Syiah daripada Hizbusyaitan berkata

"Kami menyampaikan pesanan, kami tidak akan berhenti membuat serangan selagi  kami belum memusnahkan orang yang menyerang nenek moyang kami di Homs. Yang dimaksudkannya ialah Panglima Islam terbilang Khalid Al Walid yang telah membunuh nenek moyangnya Musilamah Alkazab. (Siapa Musilamah? klik). Musilamah ialah seorang Nabi palsu.

Saidina Khalid AlWalid seorang pejuang yang tidak pernah tewas dalam peperangan. Pejuang yang digeruni dan terlibat dengan 100 peperangan di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar Asiddiq dan pada zaman pemerintahan Saidina Omar dalam memerangi golongan Al Khawarij dan menentang empayar Parsi.

Mereka tidak dapat membunuhnya ketika beliau masih hidup, kini mereka membunuhnya ketika kita tidur.

Dipetik daripada FB melalui Ustaz Nazmi Karim melalui Ustaz Zahazan Mohamed.

SUSAHNYA NAK TUKAR DUIT SERINGGIT

Duit kertas Malaysia-Kredit for Enferdgojes

Tahun ni aku dah malas nak tanya bank untuk tukar duit seringgit atau dua ringgit. Jawapan mereka tetap sterotaip. Kalau datang petang, dia suruh datang pagi. Kalau datang pagi, suruh datang esoknya pula. Kalau datang awal Ramadhan, suruh datang pertengahan Ramadhan. Apabila datang tengah Ramadhan dia suruh tunggu seminggu lagi. Hujung Ramadhan, Sodakallahul azim

Tahun ni aku dah kumpul duit awal-awal. Ada duit baru, ada duit buruk. Nasiblah kau budak-budak. 

Tahun lepas, entah macamana, seorang customer produk herba aku tu kerja bank sebagai pegawai bahagian pinjaman. Apabila aku tanyakan tentang duit seringgit. Dia kata kat bank memang susah nak dapat. Beliau itu suruh aku ke rumahnya. Masya Allah, patutlah beliau seorang sahaja dah simpan RM 4000 kat rumahnya Beliau kata, duit itu khas untuk kaum kerabatnya yang kirim. Masa tu aku dapatlah tukar RM 300.

Patutlah pun duit kat bank dah susah nak dapat.....lagi-lagi tahun ni, di mana pengeluaran duit baru agak terhad. Tapi katanya ada duit polimer? Aku nak tukar duit dengan Encik itu lagi malulah, sebab sejak setahun ni, beliau tak membeli produk aku lagi.

Yang pelik lagi, PM kita diam aje ni kenapa ya? Takkan lama sangat nak kaji pemberian bonus tu. Tak payah kaji-kajilah. Kesian yang nak balik kampung jauh-jauh tu.....!


Isnin, 22 Julai 2013

RAMADHAN MENGAJAR PELBAGAI HAL KEHIDUPAN

Google Image

" Waktu makan bersahur yang paling baik ialah sebelum Azan berkumandang...."Tegas Ustaz Syeikh Faisol dalam kuliah Subuh pagi Ahad semalam.

" Maksud bersahur itu bukan makan sahaja. Kita mungkin bangun jam 3.00 pagi, 4.00 pagi kemudian beribadat, itu juga termasuk maksud bersahur."  Ujarnya lagi.

"Imam Syafii menggalakkan diadakan waktu Imsyak untuk waktu berjaga-jaga (ibarat lampu kuning)."

Teringat masa kecil-kecil dahulu (tahun 70-an) ibu bapa kami dan ibu bapa seluruh kampung kami, bersahur seawal jam 3.30 pagi. Dan paling lewat ialah jam 4.30 pagi. Tetapi cuaca masa tu tak panas macam sekarang ni.

Google Image

Salah satu sebabnya ialah media masa pada masa itu kurang sangat ceramah-ceramah agama ni. Rakyat belum difahamkan apa itu waktu Imsyak. Dan satu lagi, mungkin ibu bapa kami semua terdiri daripada pekebun getah. Jadi, bangun pukul 3.00 atau 4.00 pagi adalah perkara biasa. Mereka mula menoreh seawal waktu itu, dan akan solat Subuh apabila sudah sampai masanya, dan kemudian menyambung semula kerja-kerja menoreh.

Hari ini, kita cukup semua kemudahan. Namun masalah untuk mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur adalah antara masalah yang menyelubungi sebahagian daripada kita. Sesetengah anak kita bagai digam mata mereka.

Satu lagi yang aneh, ketika aku menghantar anak-anak ke sekolah, ada beberapa lelaki tegap sedang bersahur dengan lahapnya, walaupun jam telah menunjukkan pukul 6.50 pagi? Aku terpaksa jelaskan, mereka mungkin orang bukan Islam dari Sarawak yang bekerja membawa lori di tempat kita ni....

Ahad, 21 Julai 2013

MUNAFIKUN MODEN-SYIAH

Catatan Ustaz Zahazan Mohamed dalam Facebooknya, elok dikongsikan
Mengenali munafiqun moden, mereka ada keliling kita !

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan sebahagian mazhab dalam Islam. 

Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah antaranya pada 15 ciri-ciri yang berikut ini:

1) Mengenakan serban hitam tanpa kopiah di dalamnya dengan bentuk tertentu, biasanya besar.Tidak seperti serban yang biasa dipakai oleh ulama ahlussunnah yang berkopiah di bawahnya, biasanya mempunyai saiz sederhana besar & ada ekor , serban mereka seperti serban dibelitkan di keliling kepala tanpa ekor, dibalut dgn lingkungan yg amat ketara besar .

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam ke kanan & kiri yg kita lakukan & semua kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat bersendirian atau jauh dari orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kuliah dan ceramah Ahlussunnah.

Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak menyebut Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum. Mereka memang menafikan sumbangan para sahabat & salafussoleh yg lain bahkan menganggap kesemua itu telah murtad.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.Malah mengucapkan laknat, cacian & lucah kepada para ulama ahlussunnah itu merupakan tradisi syiah, sila lihat diskusi sunni syi'i yg ada dlm you tube antara Al Syikh Adnan Ar'ur dengan ahli ilmu syiah.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah ( pura2 ) kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di kampung sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah. 

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah.

Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kemarahan di wajahnya.

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhum yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

mereka mendakwa mereka juga muslim padahal mereka dengan Islam sudah tiada titik pertemuan..

sebarkan fakta ini kpd setiap muslim yg anda kenal sebagai tanda sayang & rahmat pd mereka agar tidak tergelincir dari landasan aqidah yg benar..

ingat pesan Nabi saw ,bahawa 

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah Saw bersabda: “ Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, yaitu Al-Jamaa’ah.” HR. Sunan Ibnu Majah.

lagi sabda Nabi saw , maksudnya :
“Bani Israel telah berpecah sebanyak 72 firqah dan akan berpecah umatku kepada 73 puak , semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.” Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu golongan itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” HR Imam Tirmizi.

bicara di atas adalah dari sumber terjemahan lppimakassar
Baharin Bin Assar bersama penambahan hadis di bawah oleh saya (USTAZ ZAHAZAN) ..

Khamis, 18 Julai 2013

SEORANG LAGI GURU DITEMBAK MATI

Seorang lagi guru ditembak. Kali ini di Kedah pula.

KULIM: Seorang guru sebuah sekolah berusia 40-an mati akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Keladi, di sini, jam 12.15 tengah hari tadi. BHARIAN


Misteri pembunuhan Cikgu Hashim di Bachok tempoh hari belum terjawab, kini ada mangsa yang baru pula. Apa motif pembunuhan ini?