MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 1 Mei 2014

KAWAN BAIK PUN MATI-MATI TAK PERCAYA



Kamera hand phone anak aku ni menjadikan aku perasan muda, sehingga kawan baik aku Juragan MJ mati-mati tak percaya apabila gambar tu aku jadikan gambar kulit FB aku, bagaimana mukaku yang berkedut nampak agak eksyen kat situ.

Kesibukan menyebabkan kita selalu lupa yang kita ni dah tua.

Ada kawan aku sorang tu, dah ada cucu enam orang pun tak mengaku tua lagi.....Ayatnya bunyi begini
"Dah tua rupanya aku ni?"
"Habis selama ni ko rasa muda lagi?" Laser sungguh mulut aku, sedangkan aku sendiri takut jadi tua...hahaha.
'Dunia makin tua semakin indah, Dunia makin tua semakin mewah' kata Al-Jawaheer. 

Kalau tak sedar-sedar lagi....Tanda-tanda kita dah tua ialah.
0. Banyak dah kawan-kawan kita jadi orang besar
1. Banyak dah kawan-kawan sebaya kita dah buat majlis kahwin anak-anak mereka
2. Banyak dah kawan-kawan kita meninggal sorang demi sorang.
3. Anak-anak kita dah ada lesen memandu kereta, dan dah ada yang mintak belikan kereta.
4. Anak-anak kita dah sibuk nak jumpa pakwe, makwe
5. Anak-anak kita dah kena latihan PLKN
6. Lutut dan sendi-sendi dah longgar, naik tangga sikit dah mengah.

Macam kereta tua, berkeriut di sana, berkerekot di sini...

Mengakulah aku bahawa aku telah tua, tapi iblis selalu membisikkan sebaliknya! Jangan tunggu matahari terbit dari barat, baru nak bertaubat. 

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

PLKN?. Lesen Memandu?. Kwn buat majlis kawin?.

Oh blommmmmm!!!!.
Maksudnyaaa..... aku masih MUDA lagi!!!. Yey!!

Knor berkata...

Knor pun rasa mcm muda jer...plkn dh, kereta pun dh belikan..tapi rasa muda jer...

bila kita sentiasa bersyukur, rasa muda je selalu..

umi alya berkata...

Saya ada anak sekecil ALYA, baru jer 5 tahun.. tentu muda lagikan??

Mat Som berkata...

MM,
Ya kau tetap muda,umur 60 tahun pun nanti masih muda macam Kak Ton

Mat Som berkata...

Kayanyaaaaa KAK NOR dah belikan anak kereta, saya belum dpt belikan lagi

Mat Som berkata...

Ya ....kalau masih ada anak yg tidur dengan emak dan ayahnya, masih mudalah lagi tu Umi Alya.....!

hana hadi berkata...

erm.. tua kah hana? erm.. biar tua asal jiwa muda. baru awet muda. ngeee cm xda kaitan.hahah

Mat Som berkata...

Cikgu Hana tu baru masuk dewasa, muda sgt lah hahahaha
Jangan risau cikguuuuu

hainom OKje berkata...

Heheh...terasa mak tau ...
Sedar diri pun dah tua sebab anak baru jer dapat lesen keta...yg menerima menantu tu beleum lagi yeh hehe ...so belum lagi terasa tua!boleh gitu?

Mat Som berkata...

Hainom
KALAU sendiri yg dapat menantu, rasa belum tua lagi sebab ada pulak yg kata eh...Hainom dgn menantunya tu macam sebaya je