Rabu, 14 Mei 2014
TERNGIANG-NGIANG LAGI SUARA MEREKA ITU
Baru-baru ini aku menerima tetamu. Seorang sahabat baru yang sudah lama mengikuti blog aku. Kedatangannya kerana ingin menempah baju untuk raya nanti, kerana aku pernah menyiarkan entri tentang kerja sambilan isteriku.
Beliau seorang pendidik bangsa. Isterinya pula seorang doktor mata. Sebenarnya isteriku hanya membuat baju untuk perempuan sahaja. Itu pun macam tak cukup masa.
Bercerita punya bercerita, rupa-rupanya beliau itu pernah mengajar di sebuah sekolah menengah terkenal di bandar kami, dan aku juga pernah bertugas di situ, sebelum dia pula datang ke situ.
Yang amat menyedihkan aku ialah, kawan-kawan aku berborak dulu dah ramai yang telah menemui Illahi............Mereka cukup baik, peramah dan pemurah. Al-Maklumlah masa tu gajiku masih kecik lagi, jadi mereka selalu saja belanja aku makan. Dengan adanya senda gurauan mereka bertiga itu, kadang-kadang lupa tekanan kerja yang dihadapi.
Selepas berpindah sekolah, aku terus terputus hubungan walaupun tinggal di daerah yang sama. 1999 aku berpindah ke sekolah yang berhampiran dengan rumahku.
Aku rasa, aku menjadi sahabat yang kejam, kerana tidak bertanya khabar lagi tentang mereka selepas itu, sehinggalah tetamu aku ini membawa berita yang mengharukan ini.
Justeru jadilah sahabat yang baik kepada teman-teman anda, kerana kemuliaan peribadi anda akan sentiasa dikenang meskipun jasad anda telah sirna dari dunia yang sementara ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
selamat hari guru cikgu...
tak bertanya khabar tak semestinya kita lupa cikgu..
Selamat Hari Guru Cikgu MS.
Jahitan Kak Ida mmg superb!!. Kemas!. Sedap dipakai. Saya bagi 10 bintang!.
Catat Ulasan