MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 7 Februari 2015

AKHIRNYA DIA KAN PERGI JUA

Malam tadi barulah semua dapat berkumpul setelah sekian lama berjuang untuk masa depan masing-masing. Alhamdulillah kakak telah melepasi syarat untuk terbang ke Seoul yang tinggal beberapa hari. Nenek juga Alhamdulillah telah serasi tinggal dengan kami. Dah tiga bulan emak aku berada di samping kami.....
Selepas ini kami hanya dapat berhubung dengan kakak hanya dalam dunia siber.....
Ilmu dan pegangan agama telah kami tanamkan kepada kakak sejak kecil,dan moga-moga dia teguh dengan prinsip itu walau di bumi mana dia berada...insha Allah
Eh anak usahawan kosmetik ni semalam menjengok kami......
Dan 1 Februari tempoh hari akhirnya aku dapat menemui sahabat lamaku Zul Kelang, di restoran mamak di hadapan Mydin Seksyen 18,bersebelahan asrama Kakak belajar...

10 ulasan:

umi alya berkata...

Kakak dah nak berlepas ke Seoul ya? Tahniah buat kakak..

Selamat maju jaya buat kakak, moga kejayaan sentiasa bersama dan jaga diri baik2 di tempat orang.. (saya pula terasa kehilangan, pelikkan..)

Kayu Manis berkata...

alhamdulillah
dh bg didikkn agama In shaa Allah
semoga beroleh kejayaan dunia akhirat..
blik nti pndailh kecek Korea...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Selamat berangkat Ila.
Cik doakan moga segalanya dipermudahkan.

Si ayah jgn nangis.. kan bleh jenguk Ila di Seoul nanti kalau ada rezeki. Inshaallah.

Mat Som berkata...

Amin yaRobbal Alamin
Kak Nor

Kat rumah ni kalau dia ckp Korea

Sepatah pun kami tak faham

Mat Som berkata...

Umi Alya....kita masih boleh jumpa dlm blog dia tu....kat bloglist saya tu


Tkasihlah kerana turut mrasakan akan kehilangan puteri kami ini
Lima tahun tak lama
Pejam celik sampailah ia

Mat Som berkata...

Tkasih Sam

Puan di selatan sana

Dan Ili di utara sana

Doakan kami murah rezeki

Agar dpt bertemunya di Seoul nanti

Mama Miraki berkata...

Selamat berangkat ke Seoul buat Ili....

~ Mummy Gee ~ berkata...

selamat jalan ili. semoga balik dengan kejayaan.

che mid berkata...

Selamat berangkat kakak...yang tinggal tu, jangan rindu-rindu sangat ya he he

Mat Som berkata...

Tkasih Mamamiraki, Mummy Gee dan Che Mid
Ili tgh sibuk paking barang,jadi dia berkirim salam kepada datin-datin semua....Tkasih atas ucapan dan doa kalian