Jumaat, 27 Februari 2015

DI MANA-MANA PUN ANDA BOLEH BERJAYA


Ibu bapa manalah yang tidak kecewa, kalau anak yang dapat 5A dalam UPSR dan 8A PMR akhirnya tidak dapat ke mana-mana asrama pun. Bukan asrama penuh sahaja malah (asrama tak penuh)sekolah harian biasa. Tertanya-tanya juga kenapa? Apa salahku?....Nak kata aku orang kaya, aku tak kaya...kawan-kawan aku lagi hebat, kerja bagus-bagus punya, tapi anak mereka dapat masuk MRSM, Sekolah Sains, dan ada yang ke sekolah elit yang lain.Malah ada keputusan peperiksaanya ada yang tak pun strait A. Itulah aturan Allah kepada anak aku ini, rupa-rupanya selama lima tahun Allah suruh kami menjaganya,kerana lima tahun akan datang dia akan pergi jauh sejauhnya meninggalkan kami......


ALHAMDULILLAH, sekolah yang berdekatan rumah itulah yang akhirnya telah menjanjikan kejayaan ini buat anakku. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SMKDS yang mengajarnya dengan penuh dedikasi, kalian setaraf dengan guru-guru sekolah elit,kerana telah menggilap batu-batu yang terbuang ini menjadi mutiara.....

Dan kini anakku yang ketiga mengikut jalan yang sama yang dilalui oleh kakaknya, dengan bersekolah di SMKDS. Namun anak lelaki, kami ibu bapa kenalah garang lebih sikit. Kerana budak lelaki ini suka bermain daripada study. Anak kami yang kedua pula memilih aliran vokasional.....dah itu yang diminatinya, kami kena ikut sajalah....tapi aku tak akan biarkan dia terus bekerja apabila tamat sekolah nanti. Kami nak sangat dia mempunyai cita-cita yang tinggi....

Anak kami yang keempat dan kelima kami tak nampak lagi ke arah mana....kecik lagi....Kami sentiasa doakan kejayaan mereka, juga anak-anak sahabat sekalian.....Moga-moga berjaya dan jadi anak-anak yang baik dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. In Sha Allah....



Itulah tugas kita sebagai ibu bapa. Kita tak ada harta untuk diwariskan kepada anak-anak. Ilmu inilah sahaja yang dapat kita berikan kepada mereka. Kerana dengan ilmu itulah mereka akan dapat hidup pada zaman yang semakin mencabar ini.

Dalam setiap doa kita,kita doakan ibu bapa kita, dan doa untuk anak-anak kita jangan SESEKALI dilupakan......  

Buat anda yang anak-anaknya tak dapat ke sekolah-sekolah terpilih, percayalah di mana-mana pun anak anda boleh gemilang. Kita ibu bapa dan guru-guru juga anak itu kenalah berkorban lebih daripada orang lain. Kerana usaha yang luar biasa in sha Allah akan menjanjikan kejayaan juga yang luar biasa.    

1 ulasan:

Kayu Manis berkata...

setuju cikgu rezeki kerja Allah
ada kemahuan ada kejayaan..
beljr hingga PHD klu tk ada agama satu sen pun tk guna...

Pengajian Habis Dah (PHD)