MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 28 Februari 2015

JUAL APA-APA JE MELALUI BLOG

Dulu mula-mula berblog aku ingat senangle nak cari duit daripada Google Adsense ke,Nufnang ke....rupa-rupanya bohong belaka....dah penat perah otak dah....

Bagi anda yang baru nak berblog elok je jual produk sendiri. Carilah pengusaha-pengusaha IKS atau apa-apa produk yang unik,lain daripada yang lain dan iklankan dalam blog anda.....Namun pengisian entri-entri blog tentang pelbagai aspek kehidupan mestilah tip top barulah orang berkunjung ke blog kita



Alhamdulillah,melalui carian daripada Google....ada saja customer yang order dengan aku....cubalah.....

Jumaat, 27 Februari 2015

JEMU MAKAN IKAN


Hari ni aku masak setelah dah berminggu tak tolong masak...ok tak?

DI MANA-MANA PUN ANDA BOLEH BERJAYA


Ibu bapa manalah yang tidak kecewa, kalau anak yang dapat 5A dalam UPSR dan 8A PMR akhirnya tidak dapat ke mana-mana asrama pun. Bukan asrama penuh sahaja malah (asrama tak penuh)sekolah harian biasa. Tertanya-tanya juga kenapa? Apa salahku?....Nak kata aku orang kaya, aku tak kaya...kawan-kawan aku lagi hebat, kerja bagus-bagus punya, tapi anak mereka dapat masuk MRSM, Sekolah Sains, dan ada yang ke sekolah elit yang lain.Malah ada keputusan peperiksaanya ada yang tak pun strait A. Itulah aturan Allah kepada anak aku ini, rupa-rupanya selama lima tahun Allah suruh kami menjaganya,kerana lima tahun akan datang dia akan pergi jauh sejauhnya meninggalkan kami......


ALHAMDULILLAH, sekolah yang berdekatan rumah itulah yang akhirnya telah menjanjikan kejayaan ini buat anakku. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SMKDS yang mengajarnya dengan penuh dedikasi, kalian setaraf dengan guru-guru sekolah elit,kerana telah menggilap batu-batu yang terbuang ini menjadi mutiara.....

Dan kini anakku yang ketiga mengikut jalan yang sama yang dilalui oleh kakaknya, dengan bersekolah di SMKDS. Namun anak lelaki, kami ibu bapa kenalah garang lebih sikit. Kerana budak lelaki ini suka bermain daripada study. Anak kami yang kedua pula memilih aliran vokasional.....dah itu yang diminatinya, kami kena ikut sajalah....tapi aku tak akan biarkan dia terus bekerja apabila tamat sekolah nanti. Kami nak sangat dia mempunyai cita-cita yang tinggi....

Anak kami yang keempat dan kelima kami tak nampak lagi ke arah mana....kecik lagi....Kami sentiasa doakan kejayaan mereka, juga anak-anak sahabat sekalian.....Moga-moga berjaya dan jadi anak-anak yang baik dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain. In Sha Allah....



Itulah tugas kita sebagai ibu bapa. Kita tak ada harta untuk diwariskan kepada anak-anak. Ilmu inilah sahaja yang dapat kita berikan kepada mereka. Kerana dengan ilmu itulah mereka akan dapat hidup pada zaman yang semakin mencabar ini.

Dalam setiap doa kita,kita doakan ibu bapa kita, dan doa untuk anak-anak kita jangan SESEKALI dilupakan......  

Buat anda yang anak-anaknya tak dapat ke sekolah-sekolah terpilih, percayalah di mana-mana pun anak anda boleh gemilang. Kita ibu bapa dan guru-guru juga anak itu kenalah berkorban lebih daripada orang lain. Kerana usaha yang luar biasa in sha Allah akan menjanjikan kejayaan juga yang luar biasa.    

Rabu, 25 Februari 2015

ORANG KATA YES BAGUS

Semalam aku ke kedai Yes, untuk meninjau rangkaian internet. Malang sekali rumahku yang terletak di pekan jugalah ini tidak ada rangkaian Yes. Aku dah bosan dengan Streamyx ni....asyik loading-loading...sebab tu aku tak dapat menulis komen di sesetangah blog rakan-rakan , bukan apa......masya Allah....nak bukak pun terkial-kial.....  

Rabu, 18 Februari 2015

SELAMAT TINGGAL MALAYSIA-ILI NABILAH

Assalamualaikum semua....... Oleh sebab saudara-mara dan sahabat-sahabat tertunggu-tunggu gambar Ili, maka saya uploadkan dulu gambar-gambar di KLIA,pada 16 FEBRUARI itu. Ada masa saya akan mengulas gambar-gambar tersebut. Saya belum sempat nak bercerita tentangnya...kerana masih kepenatan menguruskan pemergian Ili ke Korea Selatan ini...Terima kasih tak terhingga kepada semua, kerena telah mendoakan keselamatan penerbangan MH66 yang membawa Ili dan 68 rakannya ke bumi Korea dengan selamat dan dilindungi Allah SWT...







Bersama rakan baru di Intec yang sama-sama berjaya ke Korea

Nenek doakan Ili ya...



Tiada setitis air matapun yang dialirkan....Dia memang kejam, tak nak nangis

Pegawai-pegawai JPA mengedarkan pasport



Setibanya di Lapangan Terbang Seoul Korea.....


Solat berjemaah di atas bumbung bangunan, surau tak ada

Sabtu, 7 Februari 2015

AKHIRNYA DIA KAN PERGI JUA

Malam tadi barulah semua dapat berkumpul setelah sekian lama berjuang untuk masa depan masing-masing. Alhamdulillah kakak telah melepasi syarat untuk terbang ke Seoul yang tinggal beberapa hari. Nenek juga Alhamdulillah telah serasi tinggal dengan kami. Dah tiga bulan emak aku berada di samping kami.....
Selepas ini kami hanya dapat berhubung dengan kakak hanya dalam dunia siber.....
Ilmu dan pegangan agama telah kami tanamkan kepada kakak sejak kecil,dan moga-moga dia teguh dengan prinsip itu walau di bumi mana dia berada...insha Allah
Eh anak usahawan kosmetik ni semalam menjengok kami......
Dan 1 Februari tempoh hari akhirnya aku dapat menemui sahabat lamaku Zul Kelang, di restoran mamak di hadapan Mydin Seksyen 18,bersebelahan asrama Kakak belajar...

Jumaat, 6 Februari 2015

MAAFKAN AKU SAHABAT

Maafkan aku sahabat, kerana semakin kurang berada di sini untuk menukilkan sesuatu,seperti masa-masa yang lalu. Maklumlah anak yang semakin besar, memerlukan komitmen yang tinggi. Yang anak sorang pun aku tengok sibuk mengalahkan Datuk Seri Najib, apatah lagi aku yang anak dah lima orang ni.....sekejap ke sana,sekejap ke sini........

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan, tetapi.....tidak kecukupan waktu...

LOSEN BRO BIO ASLI


LOSEN BRO BIO ASLI
RM60.00
Termasuk Kos Penghantaran


Lelaki Yang cepat tewas dalam perjuangan,sila hubungi saya
010-3443 880 sms/call/whatsapp
Cara pembayaran dan lain-lain hubungi saya