Sabtu, 30 Januari 2016

SUSU KAMBING UNTUK ANDA



SUSU KAMBING TINGGI KALSIUM

Susu Kambing isian 500 Gram
Dengan Lima Perisa- Coklat, Strawbery, Madu, Vanila dan Susu Kambing Asli tanpa perisa
Sesuai untuk mereka yang ingin susu berkalsium tinggi
Dan untuk ibu yang anaknya SAKIT KUNING

Harga:
SEMENANJUNG: RM 45.00
SABAH SARAWAK RM50.00

Harga tersebut adalah termasuk kos penghantaran Pos Laju.

CARA ORDER:


MAYBANK: 1514 6320 9083 HAMIDAH ALI 
CIMB : 7043 9284 74 MAT SOM HAMIDAH  
BSN : 01126-41-0000-3090-5 MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

Ahad, 17 Januari 2016

PUTU BAMBU RAKAN SEPERMAINAN

Masa kecik-kecik dulu aku selalu bermain bola di padang dengan rakan sekampung. Antaranya ialah Masod Jamal.  Memang tak tau reti susah masa tu. Kalau dapat main bola gembiranya dibawa sampai masa nak tidur.

Antara ramai-ramai tu, aku ingat dengan Masod Jamal. Lajunya dia berlari mengejar bola macam lipas kudung sampai kawan-kawan tak terkejar. 

Semasa di sekolah menengah aku tak jumpa dia. Entahlah...dia sekolah di mana...Kat Kampung pun jarang nampak.

Semasa Zulian sedang meletup tahun 1990an....Tiba-tiba Masod muncul dengan imej kemas, baju kemeja putih bersih, kasut hitam berkilat. Seluar bergosok rapi. Aku tak pernah bertanya ke mana dia menghilang selama ini.

Syarikat MLM merudum pada tahun 1998 semasa kegawatan eknomi dan pemecatan Anwar. Masod hilang lagi, rupa-rupanya dalam diam-diam, dia membuka kedai makan di bandar Batu Pahat. Beberapa tahun kemudian aku terjumpa Masod mengusahakan kedai makan di pekan Sungai Balang pula.

Tiba-tiba dua hari lepas dia whatsapp aku, dengan bisnesnya yang sedang berkembang. Putu Bambu MBJ. Nampak sambutan putu bambunya sangat hebat. Kalah goreng pisang panas. Kedainya terletak di Hentian Bemban. Dari Pagoh sebelum RnR Air Keroh. Dari KL selepas RnR Air Keroh. Ya ada dua kedai di kanan dan kiri Lebuh Raya Utara Selatan tu.  

PUTU BAMBU MBJ
  
Kegigihan Masod Jamal sangat mengkagumkan. Usaha tanpa henti beliau telah membuahkan hasil. Putu Bambunya mendapat sambutan pelanggan pelbagai bangsa.

Gambar di bawah ni tiada kaitan. Muka tak malu penulis blog ini mesti ada. Nak tunjuk diri setelah lama tak bergambar. Sejak Jurukameraku Ili Nabilah berhijrah ke Korea aku dah jarang bergambar. Anak yang lain ni tak minat nak ambik gambar macam aku ...kena paksa baru nak buat.

Gambar ni aku upload sempena usiaku setengah abad pada 2 Januari 2016 yang lalu.Alhamdulillah.
Sekian coretan aku untuk hari ini. Terima kasih kawan-kawan sudi membaca blog aku ini. Assalamualaikum!