Masa kecik-kecik dulu aku selalu bermain bola di padang dengan rakan sekampung. Antaranya ialah Masod Jamal. Memang tak tau reti susah masa tu. Kalau dapat main bola gembiranya dibawa sampai masa nak tidur.
Antara ramai-ramai tu, aku ingat dengan Masod Jamal. Lajunya dia berlari mengejar bola macam lipas kudung sampai kawan-kawan tak terkejar.
Semasa di sekolah menengah aku tak jumpa dia. Entahlah...dia sekolah di mana...Kat Kampung pun jarang nampak.
Semasa Zulian sedang meletup tahun 1990an....Tiba-tiba Masod muncul dengan imej kemas, baju kemeja putih bersih, kasut hitam berkilat. Seluar bergosok rapi. Aku tak pernah bertanya ke mana dia menghilang selama ini.
Syarikat MLM merudum pada tahun 1998 semasa kegawatan eknomi dan pemecatan Anwar. Masod hilang lagi, rupa-rupanya dalam diam-diam, dia membuka kedai makan di bandar Batu Pahat. Beberapa tahun kemudian aku terjumpa Masod mengusahakan kedai makan di pekan Sungai Balang pula.
Tiba-tiba dua hari lepas dia whatsapp aku, dengan bisnesnya yang sedang berkembang. Putu Bambu MBJ. Nampak sambutan putu bambunya sangat hebat. Kalah goreng pisang panas. Kedainya terletak di Hentian Bemban. Dari Pagoh sebelum RnR Air Keroh. Dari KL selepas RnR Air Keroh. Ya ada dua kedai di kanan dan kiri Lebuh Raya Utara Selatan tu.
PUTU BAMBU MBJ
Gambar di bawah ni tiada kaitan. Muka tak malu penulis blog ini mesti ada. Nak tunjuk diri setelah lama tak bergambar. Sejak Jurukameraku Ili Nabilah berhijrah ke Korea aku dah jarang bergambar. Anak yang lain ni tak minat nak ambik gambar macam aku ...kena paksa baru nak buat.
Gambar ni aku upload sempena usiaku setengah abad pada 2 Januari 2016 yang lalu.Alhamdulillah.
Sekian coretan aku untuk hari ini. Terima kasih kawan-kawan sudi membaca blog aku ini. Assalamualaikum!
1 ulasan:
Belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Cikgu, setengah abad tapi masih kacak bergaya.
Kalau dekat, pasti saya salah seorang peminat putu bambu.
Catat Ulasan