Jumaat, 29 November 2024
UPSR DAN PMR TETAP DIMANSUHKAN
Jumaat, 1 November 2024
WAHABI BENCI TAHLILAN
Copy & Paste Sebab Huraian ini menarik. Sumber telah tidak dapat dikesan.
Nak buat Tahlil silakan. Sekiranya tak buat tahlil tak mengapa. Yang membid'ahkan sesatkan tahlil ni kerja wahhabi.
Ulamak nusantara dahulu menjadikan kenduri arwah sebagai program untuk dakwah umat Islam berkumpul beramai-ramai, kenal jiran tetangga dan dalam majlis tersebut membaca sebahagian ayat al Quran seperti :
1. Surah al Fatihah
2. Surah Yaasin
3. Surah Al Ikhlas (baca 3 kali surah al Ikhlas ada fadhilat yang besar termasuk pengisian surah ini yang pada akhir ayatnya mensucikan Allah dari diserupakan dengan makhluk. Bahkan seorang sahabat Rasulullah suka membaca surah ini SETIAP KALI solat fardhu)
4. Surah Al Falaq, Surah an Naas
5. Surah al Baqarah (permulaan surah al Baqarah dan beberapa ayat akhir Surah al Baqarah)
Membaca zikruLlah secara berjemaah (sabit dalam hadith yang sahih zikir berjemaah beramai-ramai dan orang yang bermaksiat juga memperolehi manfaat bila duduk bersama majlis zikir) iaitu :
1. La ilaha illaLlah (dalam hadith sahih mafhumnya siapa yang membaca la ilaha illallah semasa akhir hidupnya pasti akan masuk syurga)
2. SubhanaLlah
3. Ya Allah.
4. AstaghfiruLlah
5. Berselawat (kelebihan selawat ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam amat banyak, bahkan Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi)
6. Berdoa beramai-ramai (sabit dalam hadith hasan mengenai perbuatan Rasulullah berdoa beramai-ramai) agar amalan yang dilakukan seperti di atas hadiahnya pahalanya diberikan kepada simati. (ijmak ulamak doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka dan sampai pahala bacaan alQuran merupakan qaul muktamad dalam mazhab asy syafie)
Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.
عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».
Ertinya:Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.
(Riwayat Muslim)
Tazkirah Al-Qurtubi Imam Al-Qurtubi.
Memberi makan kepada jiran tetangga adalah sedekah. Dan ia merupakan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Kenduri arwah yang dikatakan larangan oleh ulamak nusantara adalah mitos dari wahhabi. Kerana ISU UTAMA yang MAKRUH kan adalah jamuan makan yang diberikan oleh ahli keluarga jenazah SEKIRANYA ahli keluarga TERPAKSA/DIBEBANKAN mengeluarkan wang bagi tujuan menyediakan makanan, hutang mayyit yang belum selesai, menggunakan harta anak yatim. Termasuklah MAKRUH bukan maksudnya HARAM. Bahkan hukum MAKRUH akan terangkat apabila perkara-perkara berkenaan tidak berlaku.
Di Malaysia, umat Islam bukan meratap di dalam majlis tahlil. Wahhabi selalu melakukan penipuan ini kononnya berlaku RATAPAN (merobek-robek pakaian, tidak menerima taqdir) di dalam majlis tahlil. Bahkan umat Islam juga menyumbangkan wang sumbangan kepada keluarga simati, tolong masakkan makanan, saudara terdekat dan jiran tetangga bersama-sama sediakan makanan untuk jiran yang datang.
Di zaman ini umat Islam semakin berpecah belah disebabkan parti, kedudukan, pangkat, nama. Apa yang menyatukan umat Islam ? Berapa ramai yang rajin untuk membaca ayat al Quran setiap hari ? Berapa banyak amalan sunnah yang dihidupkan dalam kehidupan kita seharian ?
Ajaran Wahhabi tidak memberikan solusi kepada persoalan ini. Sebab Wahhabi adalah agen pemecah belah umat Islam. Cukup dengan takfir, tasyreek dan tabdi' yang dilakukan oleh mereka terhadap majoriti ulamak dan umat Islam dalam tulisan dan kuliah mereka. Hingga yang hanya ada jaminan masuk syurga adalah Wahhabi sahaja. Majoriti ulamak dan umat Islam pergi ke mana ?
Selasa, 29 Oktober 2024
AMANAT TERAKHIR YAHYA SINWAR
*AMANAT TERAKHIR YAHYA SINWAR*
Wasiat terakhir Yahya Sinwar ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bersumberkan sumber bahasa Inggeris.
Aku adalah Yahya, seorang anak pelarian yang telah menukar pembuangan menjadi watan sementara, aku juga telah menukar mimpi menjadi pertarungan abadi. Di saat aku menulis kalam-kalam ini, daku terkenang semua saat-saat kehidupanku yang sudah pun berlalu: zaman kecilku ketika di lorong-lorong, hingga ke zaman aku dipenjarakan, aku teringat akan setiap darah yang ditumpahkan di tanah watanku ini.
Aku dilahirkan di kem pelarian Khan Yunis pada tahun 1962, pada ketika Palestin merupakan memori yang tercarik-carik dan menjadi peta yang dilupakan di atas meja para politikus. Aku adalah seseorang yang telah menjahit kehidupanku di antara api dan debu, dan sejak awal aku menyedari bahawa kehidupan di bawah penjajahan tidak lebih dari penjara yang berkekalan.
Aku sedari dari zaman muda bahawa kehidupan di tanah ini bukanlah kehidupan biasa, dan sesiapa yang lahir di dalamnya mesti membawa di dalam jiwanya senjata yang tidak mungkin ditewaskan, dan menyedari akan jalan menuju kebebasan adalah jalan yang jauh dan panjang.
Wasiatku buatmu bermula di sini, dari kanak-kanak yang membaling batu pertamanya kepada sang penjajah, kanak-kanak yang belajar bahawa batu adalah bahasa pertama yang disebutkan dalam menghadapi dunia yang terus membisu sedang dirinya terluka dan berdarah. Aku berlajar di lorong-lorong Gaza bahawa manusia itu bukan diukur dengan panjang umurnya, tetapi diukur dari apa yang diberikan kepada tanah watannya. Dan itulah kehidupanku: penjara dan perlawanan, kesakitan dan juga harapan.
Aku meringkuk di dalam penjara bermula pada tahun 1988, aku dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, tetapi aku tidak pernah mengenal erti ketakutan. Di dalam bilik penjara gelap tersebut, aku melihat tingkap pada setiap dinding, dari tingkap ini aku merenung samudera jauh, pada setiap jeriji besi aku melihat cahaya yang menyinari jalan menuju kebebasan. Dalam cengkaman penjara, aku belajar bahawa kesabaran bukanlah satu nilai kosong, tetapi adalah sebuah senjata…senjata yang sangat pahit, kepahitannya ibarat tegukan air laut, diminum setitik demi setitik.
Nasihatku padamu: Jangan pernah takutkan penjara! Kerana ianya hanyalah sebahagian dari jalan panjang menuju kebebasan. Penjara mengajarku bahawa kebebasan itu bukan sahaja merupakan satu hak yang dicuri, tetapi adalah sebuah idea yang lahir dari kesakitan, diasah dan ditajamkan dengan kesabaran. Apabila aku dibebaskan dalam Perjanjian “Wafa al-Ahrar” pada tahun 2011, aku tidak keluar sebagai insan yang sama. Aku telah menjadi manusia yang kuat, dan keimananku telah bertambah bahawa apa yang kita sedang lakukan bukanlah hanya sebuah perjuangan yang berlalu, tetapi ini adalah takdir kita, yang harus kita kendong hingga ke titis darah yang terakhir.
Nasihatku padamu adalah agar engkau tetap tegar berpaut pada senapangmu, kekal menjaga maruahmu tanpa kompromi, dan tekal dengan mimpi yang tidak pernah mati. Musuh mahu kita meninggalkan perlawanan, untuk menjadikan perjuangan itu sebagai rundingan berterusan tanpa penghujung… Tetapi akan aku katakan padamu! Jangan dirunding apa yang telah menjadi hak engkau! Mereka takut akan kesabaranmu melebihi ketakutan mereka kepada senapangmu. Perjuangan ini bukan hanya pada senjata yang kita bawa, tetapi ia adalah kecintaan kita pada Palestin dalam setiap udara yang kita hirup, ia adalah keinginan kita untuk kekal hidup, disebalik segala sekatan dan juga kezaliman yang dilemparkan.
Nasihatku padamu adalah agar engkau tetap terus setia kepada darah para syuhada’, mereka yang meninggalkan kita dan menunjuki jalan ini yang penuh dengan duri. Mereka telah menerangi jalan ini dengan darah mereka, jangan engkau bazirkan pengorbanan mereka dengan perkiraan miskin politikus dan permainan diplomasi mereka. Kita di sini bagi melengkapkan apa yang telah dimulakan oleh pejuang pertama, kita tidak mungkin akan meninggalkan jalan ini dengan harga apa pun. Gaza akan kekal menjadi ibu kota kesabaran, jiwa Palestin tidak akan pernah berhenti berdegup, walau tanah ini menjadi begitu sempit kepada kita.
Apabila aku mengambil alih tugas sebagai kepimpinan Hamas di Gaza pada tahun 2017, ia bukanlah sekadar pertukaran kuasa, tetapi adalah sambungan dan penerusan kepada perjuangan, perjuangan yang bermula dengan lontaran batu dan disambung dengan bedilan senapang. Setiap hari, aku merasai keperitan bangsaku yang dikepung, dan aku tahu bahawa setiap langkah yang ditapaki untuk mencapai kebebasan perlu dibayar harganya. Tetapi aku ingin memberitahumu satu perkara: harga menyerah kalah itu lebih tinggi! Oleh itu, tekallah dengan tanah airmu ibarat akar yang menggenggam tanah, tiada angin yang mampu mencabutmu jika kamu berkeinginan untuk terus hidup di tanah ini.
Dalam Pertarungan Taufan Al-Aqsa, aku bukanlah ketua kumpulan mahupun gerakan, akan tetapi aku adalah suara setiap bangsa Palestin yang bermimpikan kebebasan. Aku digerakkan dengan kepercayaanku bahawa perjuangan bukanlah satu pilihan, tetapi adalah tanggungjawab. Aku mahukan perlawanan ini menjadi helaian baharu dalam kitab perjuangan bangsa Palestin, di mana setiap pecahan akan bersatu dan setiap anak bangsa akan bersama di dalam parit peperangan untuk melawan musuh yang tidak pernah membezakan antara kanak-kanak dan orang tua, atau antara batu dan pohon hijau.
Pertarungan Taufan Al-Aqsa adalah pertarungan jiwa sebelum bermulanya pertarungan jasad, pertarungan kemahuan sebelum bermulanya pertarungan senjata. Aku tidak meninggalkan legasi peribadi, tetapi legasi kolektif, untuk setiap anak bangsa Palestin yang berani bermimpikan kebebasan, bagi setiap ibu yang mengendong anaknya yang telah syahid di bahu mereka, untuk setiap ayah yang meratap penuh kepedihan melihat anak perempuannya dibunuh oleh peluru-peluru yang khianat.
Wasiat akhirku ini adalah untuk engkau kekal mengingati bahawa perjuangan bukanlah suatu yang sia-sia, perjuangan bukan perihal peluru yang dibedil ke arah musuh, tetapi adalah tentang kehidupan yang dijalani dengan penuh maruah dan kemuliaan. Penjara dan kepungan telah mengajarku bahawa perjuangan adalah jalan panjang dan penuh kesusahan, tetapi aku juga belajar bahawa mereka yang pantang menyerah kalah akan mencipta keajaiban dengan tangan-tangan mereka sendiri.
Jangan engkau harapkan keadilan dari dunia, aku telah hidup dan melihat dunia berdiam diri ketika kita menghadapi kesakitan. Jangan harapkan keadilan, tetapi engkaulah yang perlu menjadi keadilan. Bawalah impian Palestin di dalam jiwamu, jadikan setiap luka sebagai senjata, dan setiap air mata sebagai sumber harapan permata.
YAHYA SINWAR 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Jumaat, 18 Oktober 2024
HAMAS MENGESAHKAN KEMATIAN YAHYA SINWAR
Secara rasmi, Hamas mengumumkan sebentar tadi kesyahidan Ketua Biro Politik Hamas Yahya Al Sinwar..
Naib Presiden Hamas Khalil Al-Hayya menjelaskan kesyahidan Panglima Sinwar dan para pemimpin serta simbol pergerakan hanya akan meningkatkan gerakan dan rintangan kita dalam kekuatan, kemantapan, dan keazaman untuk meneruskan perjuangan mereka.
Al-Sinwar berada di barisan hadapan, bergerak di antara kedudukan pertempuran.
Kehilangan Yahya Sinwar adalah menyakitkan dan sedih. Namun, ia tidak akan mematahkan semangat pergerakan Hamas untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan ini.
Tawanan Israel pada Hamas tidak akan kembali kepada anda melainkan mereka berundur sepenuhnya dari Gaza, menghentikan pencerobohan, dan membebaskan tawanan, dan kami meneruskan pendekatan Hamas.
Darah para syuhada akan terus menerangi jalan bagi kita dan menjadi motivasi dalam perjuangan.
Kami akan meneruskan dengan semangat dan semangat banjir Al-Aqsa, dan kami mematuhi janjimu, wahai Abu Ibrahim (Yahya SINWAR) ketabahan.
Jumaat, 11 Oktober 2024
ELAUN IPG RM430 SUDAH TIDAK RELEVAN
Nak sambung membebel fasal keperluan asas budak sekarang sangat mahal
Zaman kita dulu elaun maktab RM345 Pun hujung bulan selalu sakit. Lagi2 kalau elaun lambat..
Maklum aku ddk JB yg kos hidup sgt tinggi. Masa tu makan dah RM5 sepinggan kalau makan di warung..
Ddk asrama, tolak makan dgn asrama adalah baki tinggal RM130
Bila tinggal di luar, rasa kaya sikit. Boleh lagi kirim duit ke kampung RM50
Sekarang Tahun 2024, elaun bakal guru cuma RM430. Hanya beza RM105 berbanding 40 tahun lalu....Ini benar2 sudah tidak relevan...malah hujung2 zaman Najib dah ada ura2 nak jadikan hutang PTPTN je ...
Nasib baiklah dikekalkan elaun RM430 tu....emak bapak kenalah tampung separuh lagi
Aiya...mana cukup... Satu hari 2 kali makan sudah RM10 X 2 kali makan RM20 satu hari...tu belum campur ngopi dan Sarapan pagi..satu bulan 30 hari sudah RM600...Itu makan saja
Ini macam bakal guru pun Manyak kurus oooo
Budak2 U ada yg ikat perut dan jadi isu...makan Magie... Itu biasa ...
Hidup Ni keras...keluar2 pulak belum kerja PTPTN sudah warning itu ini...katanya ada jutaan hutang belum bayar...janji2 PMX nak ikut jejak Erdogan hanya retorik...pendidikan percuma entah ke mana...Yg dapat duit UTAR... SEBAB tak payah bayar cukai..bukan sikit2 RM87 JUTA...piirrrrraaaahhh Anwar Ibrahim!!!