Khamis, 28 Mei 2009

E-BOOK DI TERENGGANU

Rasa cemburu melihat paparan akhbar 25 000 orang pelajar tahun 5 di Terengganu menerima e-book percuma! Yalah negeri minyak, pastilah mampu membeli apa-apa sahaja. Apa-apapun diucapkan tahniah kepada Menteri Besar yang baru kerana melakukan satu perubahan yang membanggakan. Pasti Terengganu terus dapat mengekalkan rangking pertama lapan tahun berturut-turut pada tahun ini dalam pencapaian UPSR. Pendek kata Terengganu telah mencapai pendidikan bertaraf dunia. Sedangkan negeri-negeri lain masih mengamalkan chalk and talk. Itu isu pendidikan.

Dunia artis pulak dikejutkan dengan kisah Ustaz Akil Hay. Alamak ustaz.... kenapa jadi macam ni syeikh!!!? Harapan saya, jagalah nama baik gelaran USTAZ yang diberi kepada anda.

Tentang bisnes pula, sekarang ini banyak betul syarikat yang menyamar sebagai MLM tulen. Minggu ini Bank Negara telah menyenaraihitamkan empat syarikat yang memungut deposit haram daripada orang ramai. Rujuklah http://www.bnm.gov.my/ Syarikat-syarikat tersebut ialah AK United Sdn Bhd, Dinari Capital Sdn Bhd, myDNA International Sdn Bhd dan E-Eagle Sdn Bhd. Alangkah malang sungguh jika anda menyertai syarikat-syarikat yang disenaraikan ini.

Setelah difikir-fikir dan diperhalusi, maka aku mengambil keputusan meneruskan bio-asli ini, di mana setakat ini tidak pernah miss bayar bonus aku walau satu sen pun. Tahniah bio-asli. Lagipun masuk PERCUMA beb! Yang masuk Plan C baru kena bayar RM 100, itupun dapat barang. Jadi, fikir-fikirlah, isilah borang kat sebelah tu, klik kat gambar produk yang kat atas tu!

Sebagai contoh malam tadi aku menerima panggilan sahabat aku dalam SURECO. Kami berjumpa di Pekan Pt Sulong sambil menikmati Jus Roselt di kedai Mahbob. Aku macam biasalah, mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Bio Asli kepada Kamarul Zaman Ab Kahar yang bekerja di SUKJ Johor Bahru itu.

Tanpa melengahkan waktu aku mengajak Kzaman ke Cyber Cafe di depan warung itu. Kebetulan Cyber Cafe itu tiada pelanggan lain, Kzaman yang suka melawak tu tak habis-habis bercerita dan terpegun melihat web Bio Asli. Dia begitu takjub, kerana Bio Asli dapat menyediakan segala-galanya dengan pantas seperti pendaftaran ahli baru, dan yang paling dia teruja ialah tentang tuntutan bonus! Kami dah buat macam-macam syarikat MLM, dan yang paling siksa ialah bab menunggu bonus. Kadang-kadang bonus lambat. Yang jadi mangsa sumpahan ialah abang posmen kita. Macamlah dia yang bagi bonus itu pulak pada hal syarikat yang lambat mengeposnya.

Satu lagi Kzaman tertarik apabila ahli kita di mana-mana sahaja di ceruk dunia ini, boleh mendapatkan produk, dengan kos penghataran PERCUMA oleh syarikat. Contohnya aku kata kepada Kzaman, semalam aku baru uruskan pendaftaran Plan C dan order barang untuk rangkaianku di kaki Gunung Kinabalu, iaitu Rosidah Taip. Dengan hanya sistem SMS dan bank in duit di bank terpilih, produk akan dihantar kepada downline aku kat Ranau, Kundasang itu. Bukankah itu memudahkan kita?

Tempoh setengah jam di Cyber Cafe Sulaiman itu menyebabkan Kzaman berkobar-kobar hendak buat bisnes ini. Sekarang Kzaman sedang mengusahakan ternakan kambing Boer. Selain pekerjaan tetapnya sebagai penguatkuasa di SUKJ (khas untuk urusan cukai pintu), Kzaman ingin mencari pendapatan sampingan daripada sumber-sumber lain.

Ahad, 24 Mei 2009

SEKEPING GAMBAR & SERIBU CERITA

Bunglo milik orang kuat Pt Sulong
Sdra Zulkurnain Kamisan
di depan Dataran Pt Sulong

Ini pula Zul DJ, juga orang popular Pt Sulong.
Zul DJ, siapa yang tak kenal dia kat Pt Sulong ni? Zul sekarang
sibuk dengan bisnes Goji.

Rumah Isa Bin Kassan biras aku di Pt Bingan, Pt Raja. Isa pula tengah
aktif dengan Ceramic Club. Nampaknya kejayaan mula terukir, kini Isa
memandu Rondo. Van hijau ini masih digunakan untuk membeli barang-barang
runcit di kedainya di simpang kampung Pt Bingan.

Mesjid Sejagong, Sri Medan


Irfan dan Iwan di lubuk ikan Sejagong


Majlis perkahwinan anak Habib di taman perumahan aku tinggal


Gambar-gambar yang aku ambil sebelum kamera kami rosak. Kamera kami truble, jadi aku bertanya taukey kedai kamera, dia kata kos kerosakan itu kira-kira RM 200. Jadi aku tangguhkan dulu, kerana kos kerosakan ini sudah separuh harga kamera. Rasanya elok beli yang baru. Apabila tiada kamera, tidak sempurna lagi urusanku sebagai blogger amatur.

Rabu, 20 Mei 2009

TIAP-TIAP PENYAKIT ADA UBAT- SATU PENGHARAPAN

Malam ini saya menyelongkar timbunan buku lama, maka terjumpa buku Herba ini. Yalah sesuai dengan konsep matsomherbs blog ini, eloklah ianya saya siarkan di sini, bagi menambah ilmu tentang kesihatan diri kita, yang kita sering kali lupa untuk menjaganya. Apabila kita telah diistiharkan sebagai berpenyakit, barulah kita sibuk untuk mengubatinya.

Ada 4 perkara asas kejadian manusia:
1. Tanah-Vitamin + Mineral= Nutrien
2. Air - 2 liter sehari
3. Api - Tenaga haba
4. Angin - Oksigen
Balance/Seimbang- Salah satu ini jika berkurang, maka akan datanglah penyakit.

Badan/tubuh manusia terbagi kepada 2 sifat- Balance + Normal
1. Panas - Badan terlalu panas menyebabkan keadaan demam, darah tinggi, ketumbuhan, angin, stress dan lain-lain.
2. Sejuk- Badan terlalu sejukj menyebabkan penyakit asma, sembelit, lemah tenaga seks, penyerapan dan lain-lain.
3. Panas + Sejuk- Melibatkan imuniti tidak balance/ seimbang

Penyakit manusia dalam badan seperti:
1. Otak - Stress, tekanan dalam kehidupan- membunuh mikroflora dalam badan
2. Hati - Fatty lever, kolesterol - obes, darah tinggi, jantung, kanser, kencing manis, arthritis dll
3. Usus - Kekurangan serat - Kanser kolon, appendik, gastric ulser, sembelit, buasir, fatty lever
4. Buah pinggang - Urin - Batu karang, Kanser Prostat, tenaga seks dll

Membaiki Sistem tubuh seperti:
1. Penyerapan - Nutrien
2. Penghadaman - Usus
3. Pencernaan - Sembelit

Membaiki sistem darah normal Ph 7.3
1. Akaloid - balance/normal
2. Asidosis - Kencing manis, darah tinggi, jantung, kanser, buasir, sembelit, meroyan, ubat-ubatan dan lain-lain

Punca-punca penyakit moden - 90% berpunca daripada Radikal Bebas:
1. Makanan harian mengandungi - pewarna, perasa, pengawet, garam, m.s.g dan lain-lain
2. Air - kotor dan mengandungi kimia klorin
3. Sayuran -= mengandungi - baja kimia, paraquat, insektiside
4. Alam sekitar - mengandungi gas beracun, NOx, asap kilang, ultra violet
5. Gaya kehidupan - Stress, tekanan, paksaan

Detoxification - Nyah Racun
1. Ekspektoran - Kahak
2. Perpeluhan - Riadah
3. Air Kencing - Urin
4. Air besar - najis

Penggunaan HERBA membaiki sistem tubuh supaya SEMPURNA perjalanannya. Fungsi Herba:
1. Menguatkan imuniti - Mencegah kerosakan tubuh seperti sel-sel kulit
2. Merangsangkan enzim pencernaan - menghidupkan mikrofloradiusus
3. Menjaga keseimbangan ph badan- asidosis
4. Anti-mikrobial - membuang virus, bakteria dan fungus di dalam tubuh
5. Anti-peradangan - gout, artrities
6. Diuretik - pelancar kencing
7. Antibiotik - membunuh mikrob
8. Antipiretik - menurun suhu panas
9. Anti-hipertensi - mengatasi darah tinggi
10.Menguatkan hormon- nafsu seperti makan, tidur dan sebagainya

HERBA bukanlah ubat, tetapi makanan harian kita sebaik-baiknya diamalkan sepanjang hayat supaya sentiasa SIHAT.

Sabtu, 16 Mei 2009

UCAPAN HARI GURU

Dari malam tadi hingga pagi ini seperti guru lain, aku menerima ucapan Selamat Hari Guru melalui sms. Ucapan daripada bekas-bekas murid dan sesama rakan guru menjadikan hari ini agak ceria seperti hari raya atau hari lahir aku.

Aku jua teringat wajah-wajah guru yang mencorakkan hidup aku sepanjang persekolahan aku di atas bumi Malaysia ini. Cikgu yang mengajar aku ABC hinggalah pensyarah MPTI, Johor Bahru.
Ada antaranya telah kembali kerahmatullah. Aku masih ingat segala cerita para Rasul yang disampaikan oleh Allahyarham ustaz Maarof Samsuri sehingga aku menghafal benar cerita-cerita itu. Ustaz Maarof mengajarku selama empat tahun.Yang paling menarik kisah Nabi Yusuf dengan adik beradik tirinya yang kejam itu.

Aku juga ingat benar segala ilmu yang disampaikan oleh Cikgu Jaafar, guru pertamaku dalam dunia ini. Beliaulah yang mengenalkan aku ABCdan 123. Sejak meninggalkan sekolah, aku tidak tahu khabar beritanya. Seterusnya aku diajar oleh Allahyarham Cikgu Tauhid, Cikgu Kandir, Cikgu Rafeah, Cikgu Asiah Abu Bakar, Cikgu Harneks Singh dan paling aku tidak boleh lupa Cikgu Lokman Abdullah.

Cikgu Lokmanlah guru kelas aku di SK Tenaga Setia pada tahun 1978. Beliau pernah berkata, andainya beliau tidak kenal Islam, sudah pasti beliau masih bersama sahabat-sahabatnya di hutan menyertai Parti Komunis Malaya. Ini kerana ramai rakan sekelasnya di Pulau Pinang menyertai pertubuhan haram itu. Beliau berkata ada antara yang terbunuh diserang angkatan tentera adalah sahabat sekolahnya.

Apabila ke sekolah menengah aku belajar dengan Cikgu Janis. Beliaulah guru yang paling lama mengajar aku iaitu dari tahun 1979 hingga 1983. Rujuk blog http://janis57.blogspot.com Kini beliau menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolahku bertugas.

Aku juga sangat terhutang budi kepada Cikgu Senin, Cikgu Mostamam, Cikgu Samad Awang yang sangat garang itu, Cikgu Zaleha, Cikgu Syaith, Allahyarham Cikgu Uyob Ismail, Allahyarham Cikgu Paiman, Cikgu Salbiyah dan guru yang paling cool Allahyarham Cikgu Abd Rahman Omar. Aku juga sangat mengkagumi dua orang ustaz yang sangat berkarisme Ustaz Meeraj dan Ustaz Zakaria Daud. Kedua-dua ustaz ini masih aktif berdakwah di Batu Pahat ini. Kedua-duanya ibarat guru sepanjang zaman.

Sempena hari yang indah ini, Selamat Hari Guru dan kepada guru-guruku yang telah tiada semoga Allah mencucurkan rahmat kepada mereka

Ahad, 10 Mei 2009

SEBUAH KISAH UNTUK DIRENUNGKAN

Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah sambil menangis, maka lalu bertanya Rasulullah, "Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?"
"Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku."
"Ya Umar, bawalah ia masuk." Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

"Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis" Tanya Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah yang sangat murka kepadaku."
"Apakah kamu mempersekutukan Allah?,"
"Tidak ya Rasulullah"
"Apakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya?"
"Tidak, ya Rasulullah"

Sabda Rasulullah, "Maka Allah akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit. Berkata pemuda itu, 'Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar daripada langit, bumi dan bukit-bukitnya,"

"Apakah dosamu itu lebih besar daripada Al-Kursi?
"Dosaku lebih besar."

"Apakah dosamu itu lebih besar daripda Arasy?"
"Dosaku lebih besar."
"Apakah dosamu lebih besar daripada dimaaf oleh Allah?"
"MaafNya lebih besar,"

"Sesungguhnya tidak dapat mengampunkan dosa besar, kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar keampunanNya,"

Maka berkata Rasulullah,"Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?"
Maka dijawab pemuda itu, " Kerjaku ialah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Anshar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan ia,"

Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak tahan menahan nafsu, aku kempali kepada mayat tersebut lalu aku pun memperkosanya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, "Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu kepada Allah yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Apabila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah dalam kedaan junub!,"

Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan daripada pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil berkata, "Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini." Maka keluarlah pemuda itu dengan sedih.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam yang ke-44, ia memandang ke langit sambil berdoa,

"Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, nabi Adam dan ibu Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkanlah kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkanlah aku dari siksa akhirat."

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam Jibrail berkata, "Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu,"

Maka Rasulullah s.a.w menjawab, "Dialah Assalam dan daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan,"

Berkata Jibrail, 'Allah bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?"
'Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk," Jawab Rasulullah.

Tanya Jibrail lagi "Apakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?"
Rasulullah menjawab "Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain."

Berkata Jibrail lagi," Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?"
Rasulullah menjawab," Dia Allah yang menerima taubat dariku dan mereka,"

Maka berkata Jibrail, "Allah berfirman, maafkanlah hambaku itu kerana Aku telah memaafkannya."

Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

Fikir-fikirkanlah kisah ini.......

Khamis, 7 Mei 2009

HIDAYAH UNTUK SEORANG PADERI

TAHUKAH anda, kedua-dua ayat surah al-Maidah itu membuka pintu hati seorang paderi Gereja Katholik Roman di Britain memeluk Islam!

Bekas paderi itu, Idris Tawfik pada mulanya sekadar membaca makna ayat kalam suci al-Quran itu di hadapan anak-anak muridnya ketika bertugas sebagai Ketua Pengajian Agama-agama di beberapa buah sekolah di England dan Wales.

"Tetapi pada suatu hari, saya seolah-olah disedarkan oleh ayat-ayat di atas ditujukan kepada saya. Bahawa tidak ada bezanya kerana saya merupakan pendita dan ahli ibadat (Nasrani) seperti yang disebut dalam ayat itu.

"Sejak itu saya sering tertanya-tanya, adakah saya orangnya yang Allah maksudkan untuk akhirnya mengakui mengenai kebenaran al-Quran dan menerima kerasulan Nabi Muhammad?," ujarnya.

Seusai memeluk Islam, Idris akui tidak menyesal mengenang masa silamnya yang pernah menjadi orang kepercayaan kuat gereja. Termasuk menghabiskan lima tahun masa pengajian beliau di Vatican City semata-mata untuk menjadi seorang paderi yang berwibawa.

"Untuk tempoh beberapa tahun, saya gembira menjadi paderi terutama menolong mereka yang memerlukan bantuan. Namun jauh di sudut hati, saya tidak dapat menipu diri sendiri apabila akhirnya saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena yang begitu menganggu hati dan perasaan saya," katanya.

Semuanya bermula apabila Idris memutuskan untuk tidak lagi bertugas di Vatican atas alasan, hatinya begitu tertarik melawat Mesir.

"Sebelum ini saya sering menganggap Mesir hanyalah sebagai negara yang sinonim dengan monumen ajaib iaitu piramid-piramid, unta-unta, padang pasir dan pohon-pohon palma.

"Tetapi sebaik tiba di Kaherah, pertama kali saya mengenali Islam di sini dengan lebih jelas. Saya dapati penduduk Islam Mesir mempunyai hati yang lembut, baik hati serta mempunyai hati dan semangat yang kuat," kata Idris.

Sebelum ini seperti rakyat Britain yang lain, Idris juga mengenali Islam sebagaimana yang mereka ikuti daripada laporan media. Terutama televisyen yang hanya menyiarkan mengenai serangan bom dan lain-lain tindakan ganas yang kononnya mempunyai kaitan dengan pejuang dan ajaran Islam.

Tertarik dengan Mesir
"Tetapi apabila saya berada di Mesir, saya mendapati agama ini sungguh cantik. Saya amat tertarik melihat para peniaga yang memenuhi jalan-jalan meninggalkan barang jualan mereka begitu sahaja untuk berhenti, mengadap Allah dan menunaikan solat sejurus mereka mendengar azan dilaungkan dari puncak-puncak menara masjid.

"Cara mereka segera menunaikan solat itu seolah-olah bukan sahaja kerana percaya mengenai kewujudan Allah, malah mereka tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Tuhan," katanya.
Sekembali dari Mesir, Idris menyambung tugasnya sebagai guru Pengajian Agama-Agama, iaitu perbandingan ajaran mengenai Kristian, Islam, Yahudi, Buddha dan pelbagai agama lagi.

"Setiap hari saya mesti membaca mengenai agama-agama ini bagi membolehkan saya mengajar dengan baik terutama kepada anak-anak murid yang kebanyakannya terdiri dari anak pelarian dari negara-negara Islam.

"Berbanding anak murid dan remaja-remaja lain, saya dapati anak-anak pelarian ini berbeza kerana mempunyai sahsiah diri yang baik, sopan dan berbudi bahasa. Hasilnya, mampu menjadi seperti sahabat yang baik dan saya tidak bermasalah apabila mereka meminta kebenaran menggunakan kelas saya bagi mendirikan sembahyang terutamanya pada bulan Ramadan," kata Idris.

Ketika mereka mendirikan ibadat itulah, Idris tertarik melihat setiap kali mereka solat. Kadang kala beliau ikut berpuasa Ramadan walaupun ketika itu Idris masih lagi Kristian.
"Dan pada peringkat saya membaca petikan daripada ayat 83 surah al-Maidah yang bermaksud, Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (al-Quran).

"Tidak semena-mena hati saya begitu sayu oleh makna ayat itu. Saya tidak mampu menahan air mata yang gugur walaupun berusaha untuk melindungnya daripada dilihat oleh anak murid," katanya.

Detik perubahan yang besar dalam hidup bekas paderi ini berlaku selepas serangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001.

"Ketika itu seluruh warga Barat terus menuding jari kepada Islam yang menjadi punca serangan dan menyebabkan kematian ribuan penduduk awam tetapi saya berpendapat sebaliknya.
"Mengapa Islam hendak dipersalahkan sedangkan terdapat juga keganasan yang dianjurkan oleh orang Kristian dan mengapa mereka tidak dipersalahkan.

"Sebabnya, Islam yang saya kenali dan saya lalui bersama dengan penganut agama itu sebelum ini menunjukkan agama itu sangat menentang keganasan dan pembunuhan sesama manusia," katanya.

Ini menyebabkan Idris makin serius memikirkan mengenai Islam yang membawa beliau akhirnya menjejakkan kaki ke masjid terbesar di kota London, London Central Mosque bagi mencari jawapan yang pasti.

Ketika beliau sampai di masjid itu, kelihatan bekas penyanyi popular era 70-an, Cat Steven atau Yusuf Islam berada dalam satu kelompok yang terdiri daripada beberapa orang lelaki dan mereka seperti sedang membincangkan mengenai Islam.

Tanpa membuang masa, beliau terus bertanya Yusuf: "Apa yang perlu saya lakukan untuk menjadi seorang Islam?"

Yusuf menjawab seseorang itu hendaklah mempercayai kepada Tuhan Yang Satu, mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan...
Belum sempat Yusuf memberi penjelasan, Idris terus memotong kata-kata Yusuf dengan berkata: "Saya percaya kesemua itu, malah saya pernah berpuasa di bulan Ramadan."

"Jadi apa yang awak tunggu lagi, apa yang menahan awak memeluk Islam setelah anda telah mengenali dan mengakui kebenaran Islam?" tanya Yusuf.

"Saya masih belum mempunyai niat yang kuat untuk memeluk Islam," jawab Idris.
Namun perbualan mereka terhenti di situ apabila azan berkumandang menandakan waktu solat.
Sejurus mereka selesai solat dengan menoleh ke kiri dan kanan memberi salam, Idris terus menerpa Yusuf dan meminta beliau membimbingnya melafazkan syahadah.

Alhamdulillah dengan bantuan Yusuf, bekas paderi ini tunduk dan sujud kepada Islam dengan para jemaah dan Masjid Central London menjadi saksi pengislaman Idris.

Sambil bergenang air mata, Idris mengucapkan syukur atas limpah hidayah yang telah dikurniakan oleh Allah. Kini beliau meyakini sepenuhnya Allah tidak pernah mendustai dan ternyata di sebalik ayat dari surah al-Maidah tidak sahaja benar kerana ternyata ayat itu begitu memberikan kesan langsung kepada dirinya.

Dari aspek pendidikan, Idris adalah pemegang Ijazah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Manchester, Ijazah dalam Sacred Theology dari Universiti Pontifical of Saint Thomas Aquinas di Rom yang melayakkan beliau bertugas sebagai guru Bahasa dan Paderi sebelum memeluk Islam.

Lebih banyak lagi mengenai Idris dapat anda kenali dan ketahui dengan melayari http://www.idristawfiq.com.
DIPETK DARIPADA UTUSAN ONLINE

Rabu, 6 Mei 2009

ASET atau LIABILITI?

Dalam seminggu dua ni, aku suka membaca tentang Simpanan Hari Tua. Mula-mula tu, ada pendapat yang menjelaskan bahawa, jika ingin hidup selesa kita perlu ada simpanan RM 1 Juta. Namun, mampukah kita mencapai sasaran itu, jika gaji kita setakat itu. Setiap bulan kita jadi pungguk yang rindukan hujung bulan?

Memang betul kata pakar itu. Dengan RM 1 Juta kita tidak akan mengharapkan duit anak-anak. Kita boleh berjalan-jalan sempena sisa-sisa hidup ini. Nak menziarahi kawan-kawan, saudara mara yang dah lama tak jumpa. Ya memang sangat bagus cadangan itu! Tetapi soalannya...kata orang Indonesia...pokoknya bagaimana kita nak kumpulkan RM 1 Juta? Sedangkan nak kumpulkan RM 10 000 pun terkial-kial? Kalau nak kumpulkan juta rupiah ya bila-bila pak!

Semalam dalam Berita Harian pula, mencadangkan kita supaya menyimpan RM 480 dalam Saham Amanah, dalam tempoh 15 tahun, kita akan ada simpanan RM 150 000. Cadangan itu khas untuk kakitangan bukan kerajaan, kerana mereka tidak ada pencen. Duit KWSP katanya paling lama boleh bertahan tiga tahun sahaja. Selepas itu mereka jadi miskin semula setelah umur semakin tua. Tetapi aku tertarik dengan idea itu, malangnya aku kira-kira rupa-rupanya tempoh aku bekerja tinggal 12 tahun! Perasan muda sahaja, tak sedar diri hahahaahahaha!

Jadi, aku tak ada cara lain. Aku mesti teruskan bisnes ni. Cita-cita aku nak buat simpanan sebulan 1K, jadi tak perlu tunggu 15 tahun nak dapat simpanan 150K. Bagi kalian yang suami isteri bekerja sepatutnya target buat simpanan lebih daripada itu.

Soalnya sekarang, kenapa kita perlu ada simpanan hari tua? Ya kenapa? Begini, zaman itu bukan macam zaman yang sekarang ini, ibu bapa mengharapkan anak-anak membantu mereka. Kalau semua anak membantu memang bagus. Tetapi soalnya, anak-anak zaman sekarang keluar saja dari universiti telah menanggung hutang. Jururawat menanggung hutang 60K. Doktor 100K. Kebanyakan lulusan universiti menanggung hutang PTPTN paling minima 30K. Mereka belum lagi membeli kereta, rumah dan sebagainya. Jadi bagaimana kita nak mengharapkan anak-anak membantu?

Bagi anda yang masih muda belia. Menyimpan dari usia sekarang sangat baik. Ketika anda telah berumur 40-an seperti saya, anda mungkin telah membuat simpanan 100K. Semasa muda dahulu, memang generasi kami banyak tanggungjawab. Kereta kami pun macam kereta sewa. Orang kena gigit tebuan, orang bersalin, orang bertunang semua guna khidmat kita. Yalah, mereka ada juga menghulur sepuluh dua, tetapi kereta lama ni selalu rosak. Apabila kereta terduduk berhari-hari, banyaklah kos nak membaikinya. Kosnya sama dengan separuh gaji.

Jadi, kalau nak buat simpanan belilah kereta yang kurang memakan duit. Buat apa hidup nak glamour. Rim dah cantik, nak tukar yang harga RM 2000. Pakai ajela. Ada orang bangun tidur terus tengok kereta. Nak tambah eksesori. Bila susu anak habis terkejut bukan main. Tetapi kalau tukar speaker mahal-mahal tak kisah. Macam-macam hal ya kita ni.

Dah penat pulak aku berceloteh malam ni. Oklah jumpa lagi, kalau ada masa aku menulis kat sini. Tapi yang jelasnya ya para hadirin semua, apa yang saya tuliskan ini bukan omongan kosong, tetapi ada mesej penting yang perlu difikirkan bersama.

Ahad, 3 Mei 2009

HIDUP KITA DIATUR ORANG LAIN?

Aku baru sahaja tamat membayar kereta. Kereta Iswara tahun 1994 itu sudah cukup dianggap usang. Tetapi, aku ingin berehat beberapa tahun ini daripada belenggu hutang. Kini, aku memiliki dua buah kereta yang telah habis bayar. Satu lagi Kancil 660 yang juga keluaran 1994. Semasa memandu di jalan raya, aku melihat kiri dan kananku penuh dengan kereta model terbaru. Dari Saga era baru, sehinggalah pelbagai kereta mewah yang menjalar.

Teringin juga memandu kereta idaman, tetapi buat masa ini, belum tiba masanya. Dari tahun 1990 lagi, aku tidak berhenti bayar kereta. Mula-mula dahulu, kereta pertama aku kereta Toyota Celica ST. Dengan gaji baru RM 545.00 aku sudah nekad memiliki kereta sport itu. Bayangkan selama beberapa tahun, separuh gajiku hanya untuk membayar kereta.

Apabila aku fikirkan dalam-dalam, dunia ini memang tidak adil. Sistem riba ini benar-benar menyusahkan orang-orang seperti aku. Orang kaya boleh beli tunai kereta idaman mereka. Katakan harga kereta itu RM 150 000, mereka boleh bayar dengan sekeping cek. Tetapi, orang seperti aku, jika membeli kereta RM 70 000, apabila habis bayar maka akan jadi RM 100 000 barangkali. Lebih kurang empat tahun untuk bayar interest sahaja.

Tidak perlulah jauh-jauh. Jika aku beli mesin basuh automatik di Court Mumet harga RM 1000 akan jadi RM 2000 setelah habis bayar. Jadi sistem KUTU bersama-sama sahabat itu memang patut digalakkan. Jika kita ada RM 2000 kita sudah boleh beli dua barang elektrik, berbanding bayar secara hutang.

Juga, golongan marhaen macam aku, apabila pinjam bank RM 10 000 akan jadi RM 15 000. Golongan kaya pula, duit banyak, duit pelaburan mereka daripada RM 100 000 semakin bertambah-tambah, duit aku pula dari setahun ke setahun buat habis bayar bunga. Jadi bila kita hendak senang?

Memang betul kata kalian, kalau tidak berhutang bagaimana hendak memiliki itu semua? Tetapi yang eloknya, jika kita meminjam bank untuk membeli kereta, eloklah dengan wang muka yang besar sedikit. Supaya bayaran bulanan itu tidaklah membebankan kita. Kalau separuh gaji kita buat bayar hutang, memanglah kita tidak bahagia. Tempohnya panjanglah pula. Akhirnya kita pun sedikit sakit mental.

Pendek kata, eloklah kita mengamalkan amalan menabung dan belilah apa yang tidak membebankan keluarga kita. Terlalu banyak lagi yang perlu kita fikrkan, selain daripada memiliki kenderaan yang hebat.

Jumaat, 1 Mei 2009

LIRIK LAGU INDONESIA

LIRIK LAGU: BERITA KEPADA KAWAN-Ebeit G Ade

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita

Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun

Seperti jadi saksi
Gembala kecilMenangis sedih …

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
kepada karang kepada ombakKepada matahari
Tetapi semua diam

Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri Terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan

Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang


LAGU: MATAHARIKU-AGNES MONICA

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

LIRIK LAGU NASYID

LAGU: PELITA HIDUP

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri

Demikian hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana-sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pila menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri

LAGU: RASULULLAH

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

CHORUS:
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rosul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela.

LAGU: SOAL SUKMA (AL JAWAHEER)

Di balik bulan sinarnya
Perantaraan langit dan bumi
Terbentang luas tumbuh kehijauan
Insan duduk menghuni alam
Memohon keredhaan

Begitu kisah sukma
Begitulah kisah rasa
Nilaian hidup perasaan kalbu
Penerang kegelapan

Lihatlah sinaran rembulan
Diselaputi pelangi malam
Dipagari bintang-bintang
Memberi kesedaran

Cahaya oh sukma
Cahaya oh rasa
Membawa suka dan duka
Tanpa sukma insan kosong dan layu
Umpama ranting yang tidak berdaun


FATAMORGANA

Sudah menjadi lumrah

Kehidupan di dunia

cabaran dan dugaan

Mendewasakan usia

Rintangan dilalui

Tambah pengalaman diri

Sudah sunah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia

Menghanyutkan yang terleka

Indah fatamorgana

Melalaikan menipu daya

Dikejar dicintai

Bak bayangan tak bertepi

Tiada sudahnya

Dunia yang dicari

Begitu indah dunia

Siapa pun kan tergoda

Harta pangkat dan wanita

Melemahkan jiwa

Tanpa iman dalam hati

Kita kan dikuasai

Syaitan nafsu dalam diri

Musuh yang tersembunyi

Pulanglah pada Tuhan

Cahaya kehidupan

Keimanan ketakwaan kepadaNya

Sabar menempuh jalan

Tetapkan iman di hati

Yakinlah janji Tuhan

Syurga yang sedia menanti

Imanlah penyelamat

Duniapenuh pancaroba

Hidup akhirat kita kekal bahagia.

TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON-AL MIZAN

Kumengambil kesempatan

Untuk menghulurkan tangan ini

Dengan hati suci bersih

Kupohonkan kemaafan

Bagi setiap kesalahanku

Yang telah berlalu itu

Memang resam manusia

Makhluk Allah

Tak lepas dari bersalah

Selagi kau bernyawa

Tutur kata dan perbuatan

Yang terkasar

Di dalam pergaulan

Haruslah kau maafkan

Kuharapkan kepadamu

Lupakanlah sengketa lalu

Berdamailah dalam iman

Lagu Al-Mizan

oleh : S ATAN

senikata oleh HARON ABDUL MAJID