Ahad, 29 November 2009

AKU DAN BISNES HR MARKETING

Minggu ini agak sibuk dengan bisnes HR MARKETING. Dalam seminggu ini downline aku sudah ada 20 orang. Orang yang terakhir aku taja semalam ialah tenaga pengajar dari Miri, Sarawak yang sedang bercuti di kampungnya di Rengit iaitu Encik Basok Alwi.....alamak ada prospek dtg rumah pulak dah...tunggu.....!!!

Khamis, 26 November 2009

PELANCARAN STOKIS BIO-ASLI PARIT RAJA



010-3443880

Mulai hari ini Saudara Faris Mamat yang masih bujang trang tang tang ini dengan rasminya menjadi Stokis Bio-Asli bagi kawasan Parit Raja. Justeru itu para peminat Minyak Power 31 di kawasan Pt Raja dapatlah menghubungi Sdra Faris di talian 010-3443 880 Juga tidak lama lagi Faris akan membuka satu lagi Stokis Bio-Asli di Air Hitam.

Pertemuan aku dengan Faris di Pekan Parit Sulong adalah secara tidak sengaja di kedai Salon Kak Ros. Setelah enam bulan menjual produk BIO ASLI, akhirnya Faris berminat menjadi stokis. Ini disebabkan permintaan terhadap produk-produk seperti Oil Power 31, Minyak Kelapa Dara dan Kopi Kelapa Dara adalah tinggi.

14 TAHUN SUDAH AKU DI PEKAN INI

Tanggal 1 Januari 1996 aku bermula tinggal di pekan ini
Entah kenapa aku suka dengan pekan ini?
Telah tertulis oleh ketentuanNya
Boleh dikatakan sehari lebih kurang tiga kali aku berpusing di pekan ini
Kadang-kadang sekadar untuk membeli senaskhah akhbar tabloid
Dan terkadang sekadar untuk minum secawan teh
Tetapi aku bahagia di sini
Parit Sulong...!

Selasa, 24 November 2009

BISNES SAMBIL TANGKAP GAMBAR

Pertemuan pertama HR di Rumah Ustaz Said
selaku Stokis Negeri bagi Batu Pahat
Pertemuan kedua Insya Allah akan dibuat di hotel
Minggu ini cuaca di seluruh negara agak mendung. Parit Sulong
akan menghadapi banjir lagikah kali ini?

Apabila aku lalu di Pt Tengah ke Pt Belukar Cina
aku tertanya-tanya, siapakah pemilik mahligai yang indah ini?
Mesti orang hebat. Harga rumah ini dikatakan bernilai juta.

Kebun nenas yang terletak di antara Pt Tengah dengan Pt Mustafa

Oleh sebab rumah yang belum siap ini unik,
maka aku juga tertarik dengan rekabentuk dan bahan-bahan yang dibuat.
Terasa seperti dalam drama Sinetron Indonesia.

Sabtu, 21 November 2009

BERMULANYA SATU PERNIAGAAN

Hari ini aku akan memulakan kerjaya keduaku sebagai usahawan MLM...(usahawan?)...Tiada istilah cuti dalam kamus hidup aku. Tambahan pula tahun hadapan keempat-empat anakku akan bersekolah. Bayaran yuran zaman sekarang ini amat memeritkan rakyat yang bergaji kecil dan orang kampung. Sekolah menengah , bayaran yang diperlukan ialah RM 200 ke atas sehingga ada yang mencatatkan RM 300. Sekolah rendah dalam RM 130- RM 150.

Aku dapat bayangkan bagaimana berhempas-pulas ibu bapa di kampung untuk mengumpul duit anak-anak sekolah. Satu ketika dahulu kerajaan mengumumkan yuran sekolah dimansuhkan. Namun kini istilah yuran itu sahaja yang diganti. Antaranya istilah itu ialah Bayaran Tambahan Perkhidmatan dan Kemudahan. Jika dahulu yuran setakat RM 30- RM 40, tetapi yang baru ini antara RM 40 hingga mencecah RM 70. Jadi apa gunanya semua ini? Aku sebagai ibu bapa pun tidak faham. Contohnya ada bayaran kegiatan luar bilik darjah ada yang mencecah RM 20. Sedangkan apabila diadakan aktiviti perkhemahan pelajar dikenakan bayaran lagi?

Namun, kita sebagai ibu bapa terpaksa akur dengan keadaan ini. Tanggungjawab kitalah yang menyediakan segala keperluan itu. Maknanya, aku ada empat orang anak yang bersekolah, maka aku mesti menyediakan RM 1500 tahun ini. Iatu kos untuk pelbagai bayaran dan pakaian sekolah. Jangan haraplah bonus kerajaan. CEUPACS pun sudah dicop dengan pelbagai penghinaan.

Maka tugas kita ialah mencari duit tambahan. Berdikari. Melibatkan diri dalam jualan langsung adalah antara caranya. Namun kita kena tahu selok belok perniagaan itu. Jangan terlibat dengan pelaburan skim cepat kaya. NANTI duit yuran anak pun lesap siapa yang susah? Jika anda ada kebun, maka tumpukan minat anda itu.

Selepas ini aku akan penuhkan entri blog ini dengan aktiviti aku sebagai usahawan MLM (selama 44 hari ini). Tunggu....!!!

HARI PENUH EMOSI

Pn Norjainah Ahmad

Ustazah Puan Srie Rahayu Ismail


Jumaat 20 November 2009 merupakan hari penuh emosi di SK Seri Pasir. Sudah enam tahun aku berada di sini, tidak pernah aku melihat situasi seperti itu. Kejayaan gemilang dalam UPSR 2009 menjadikan wajah guru-guru, kaki tangan sekolah, pekerja dan pelajar begitu ceria dan saling mengucapkan tahniah sesama sendiri. Ucapan tahniah juga tidak putus-putus daripada sekolah-sekolah di kawasan Seri Medan. Bukanlah mudah untuk mencapai kejayaan itu.
Telah puas kami menangis apatah lagi pada tahun 2007 SK SERI PASIR tidak menghasilkan seorang pun pelajar yang mendapat 5A. Ini menyebabkan sekolah diserang oleh penduduk setempat dan oleh pihak PPD. Sehingga keadaan begitu amat menekan. Akhirnya pada tahun 2008 sejarah telah dicipta 6 orang telah meruntuhkan tembok kerisauan itu. Dan tahun 2009, sekali lagi rekod telah dipecahkan. Maka 2010 tanggungjawab semakin besar untuk mengekalkan kejayaan ini.

Namun kegembiraan hujung tahun ini, ditutup dengan tangisan dan juraian air mata kerana dua orang guru akan berpindah. Akibat kekurangan guru di SK Seri Comel, maka Ustazah Puan Srie Rahayu telah lebih diperlukan di sana. Dalam ucapannya beliau sangat seronok berada di SK Seri Pasir, tetapi apakan daya telah ditetapkan oleh Allah, beliau berada di sini hanya untuk sembilan tahun sahaja.


Puan Norjainah pula dalam ucapannya, menjelaskan bahawa beliau telah mengajar di sini selama 17 tahun. Banyak pahit getir yang telah beliau alami. Kini heliau akan bertugas di SK Bukit Rahmat yang lebih dekat dengan rumahnya di Tongkang Pechah.Beliau telah bertahun-tahun memegang jawatan Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Untuk melihat HARI PENUH EMOSI ITU layari blog sekolah (Cikgu Burhan):
http://skspbp.blogspot.com/2009/11/salam-perpisahan-untuk-guru-yang.html

Khamis, 19 November 2009

TAHNIAH SK SERI PASIR!!!

Penolong Kanan Pentadbiran
En Roslee Kamri mengumumkan keputusan UPSR 2009

5 A! Danial, Helmi Rashid, Faiz, Helmi Syafiq dan Nizamuddin

5 A! Zawanah, Haziqah, Hawa, Qamarina dan Sahida

Pelajar-pelajar cemerlang bergambar dengan En Ali Sarmin (Guru Besar) dan En Roslee Kamri

Berdebar-debar...sebelum keputusan diumumkan

Penantian benar-benar suatu penyiksaan!!!


"Betul ke aku dapat 5A
Macam tak percaya?"



BERITA GEMPAR!!!
Keputusan UPSR 2009

Memperoleh 5A:

1. MOHAMMAD DANIAL BIN AZRI
2. MOHAMMAD HELMI NOR RASHID BIN ABDUL HALIM
3. MUHAMMAD FAIZ BIN ZAINUDDIN
4. MUHAMMAD HELMI SYAFIQ BIN SUHAIME
5. MUHAMMAD NIZAMUDDIN BIN MISNI
6. NUR HAZIQAH BT KHAIRULANWAR
7. SITI HAWA BT AINE
8. NURQAMARINA BT RAHMAN
9. NURSAHIDA SHAZRIN BT SUKIR
10.NURZAWANAH ZUHAIRAH BT SAADON


Pelajar Yang Memperoleh 4A 1B



1. NURAINAA ' AQILAH BT JAMAL

2. NOOR ZULAIKHA BT MAZNURI

3. NOR AIN NISA BT BURHAM

4. NUR IZZATI AINA BT MISLAN

5. NURUL SYAZWINA BT MUHAMMAD NOR


KUASA AURA BUNGA


Sementara menanti debaran keputusan UPSR hari ini, aku memerhatikan bunga-bunga yang berkembang di persekitaran sekolah. Ternyata ia terlalu indah apabila diupload dan melupakan sejenak kerisauan itu.

Selasa, 17 November 2009

POKOK BULUH ITU MENGIMBAU KENANGAN SILAM

Lokasi: Ladang SK SERI PASIR
Masa kita kecil dahulu, buluh merupakan sebahagian kehidupan kita. Kita mencipta layang-layang sendiri dengan buluh. Dengan buluh juga kita buat bubu/lukah untuk menangkap ikan. Batang buluh yang kecil kita jadikan batang joran untuk memancing puyu, haruan atau ikan keli. Menjelang raya kita bermain meriam buluh. Lemang juga dibuat daripada buluh. Kita jadikan buluh ini sebagai pelita. Pendek kata kehidupan masa kecil kita sangat rapat dengan buluh. Aku ingat lagi, ayahku menyembunyikan radionya di bawah rimbunan buluh kerana ketika itu ada pemeriksaan lesen radio. Kini segalanya telah berubah. Anak kita sudah tidak mengenal apa itu lukah? Mereka sudah tidak kreatif seperti masa kita. Kini kuasa wang telah mengubah segalanya.

Isnin, 16 November 2009

MINGGU TERAKHIR PERSEKOLAHAN

SK SERI PASIR
Bertemu dan berpisah
Adalah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Minggu ini aku agak sibuk dengan agenda kerja dan kerja sambilan. 18 November keputusan UPSR akan diumumkan oleh
Kementerian Pelajaran. Siapakah yang akan dapat 5A dan siapakah pula yang akan kecewa? Sebagai seorang pendidik yang terlibat langsung, hatiku turut berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan itu.Kalian perasan tak, apa perbezaan dalam gambar di atas? Ya selepas ini gambar-gambar dalam blog aku telah ada cop mohor, hak milik matsomherbs.blogspot.com
Berkali-kali, akhirnya percubaan itu berjaya. Belajar sendiri je, masa buat blog dulu pun begitu juga. Godek-godek jadilah. Yang penting jangan kecewa. Namun rakan-rakan dalam blogstarz banyak membantu dalam membina eksesori dalam blog.

Jumaat, 13 November 2009

JUTAWAN SENYAP


Wajah di atas ialah Pengarah Urusan Bio Asli dengan entri barunya. Beliau kini menjadi seorang jutawan. Pernah menjual berus gigi dari meja ke meja makan. Marilah kita bebaskan diri daripada meminta-minta. Contohnya, kita masih terus meminta bonus kerajaan sampai memalukan bangsa kita. Dengan menceburi perniagaan seperti Bio asli, anda boleh dapat BONUS SETIAP MINGGU. Kini Bio Asli melebarkan perniagaannya ke peringkat global, maka tunggu apa lagi.
Layari
Klik pada daftar ahli. KEAHLIAN ADALAH PERCUMA! Selepas mendaftar ahli sila emel kepada saya

Khamis, 12 November 2009

WARNA-WARNI SUKAN SK SERI PASIR 2009

Hari ini aku memaparkan guru-guru hebat sekolah SK SERI PASIR
dengan gaya masing-masing semasa hari Sukan Tahunan Sekolah
pada pagi Khamis 11 November 2009
Cikgu Faizal yang sentiasa segak dan tampan

Cikgu Norasyikin Razali

Cikgu Siti Hawa (berbaju kuning, Cikgu Maryati Salim (berkaca mata),
Cikgu Azizah Osman (bertudung coklat) dan Hjh Janatu Safuan (bertudung merah)
Bekas anak-anak murid guru-guru ini yang berada
di seluruh pelosok dunia mungkin terubat rindu apabila
menemui gambar ini.

Cikgu Roy Fahmi Yusof, Cikgu Ibrahim Md Yasin dan Cikgu Zulkeflee Rahmat

Cikgu Jamal Adenan (berbaju oren)

Puan Hjh Masriah Maserin

Cikgu Roy Fahmi seorang Pelepas yang berkaliber

Penyokong kumpulan Hijau



Rabu, 11 November 2009

SEKEJAP KE SANA, SEKEJAP KE SINI - PT SULONG

Warung Abas di Bt 20 Jln Muar ni sentiasa dipenuhi pelanggan.
Aku selalu lepak kat sini sambil memperkenalkan produk baru kepada
Abang Abas. (Menghadap simpang ke Lombong Pt Pulai)
Berhadapan Warung Abas, terdapat bengkel kereta yang juga popular dengan servis murahnya.
Contohnya ganti Timing Belt untuk kereta Proton cuma RM 160 je (harap2 tak tiruanlah ya!)


Selepas balik rumah aku mengajak Isteriku Hamidah dan Arina ke kedai gunting rambut Hadi.
Arina buat pertama kali sejak lahir menggunting rambutnya. Mesti Hadi ni baik orangnya, kalau
tak mesti Arina menangis kuat-kuat. Biasanya begitulah, sampai tak jadi gunting.

Antara rumah orang Asli di Pt Sulong, jalan yang bertentangan Parit Gantung

Arina di CIMB

Kedai Gunting Rambut Hadi terletak di depan padang majlis daerah Pt Sulong

Mereka bahagia di sini, teringat lirik sebuah lagu Indonesia
Lebih Baik Di sini, Rumah Kita Sendiri !

PAMERAN ANTI DADAH SK SERI PASIR

Oleh sebab Cikgu Burhan http://skspbp.blogspot.com/
ada masalah teknikal, maka blog ini mengambil alih sekejap
tugas menyalurkan perkembangan baru di SK SERI PASIR.
Penceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan


Amalan Gaya Hidup Sihat

Pameran Anti Dadah oleh ADDK

Pameran ADDK

Ahad, 8 November 2009

MEMANCING UDANG GALAH DI PANCHOR

Tak pernah Hasan memancing, petang tu dia terlalu bersemangat nak ke sini
Panorama indah di Panchor

Abu Hassan beria-ia mengajak aku memancing udang galah


Jambatan Pancor ke Bukit Gambir/Segamat
Akibat hujan lebat,udang pun tidak mahu timbul hari itu,katanya
udang akan timbul sewaktu air jernih


Tiga ekor seluang ini sahajalah yang dapat diperoleh pada petang Sabtu
yang indah itu....hahahahhh! Sja mengisi masa lapang

Selasa, 3 November 2009

SEBAHAGIAN PRODUK DAN PLAN PEMASARAN HR MARKETING SDN BHD-SUSU KAMBING



Plan Pemasaran yang memukau para pejuang MLM
HR MARKETING SDN BHD bakal meletup di Batu Pahat. Leader-leader MLM telah mula beralih ke syarikat ini. Syarikat HR Marketing tidak asing bagi kita,kerana ia telah bermula tahun pada tahun 1998 lagi dengan sabun susu kambing HR yang banyak dipasarkan di pusat membeli belah, farmasi dan kedai runcit. Sebaik ia menawarkan plan MLM, pasti pemimpin-pemimpin MLM sangat teruja dengan peluang yang ditawarkan. Pelan pemasaran ini menjanjikan pendapat lima angka. Bagi anda yang tengah mencari-cari peluang bisnes MLM, marilah join bersama. Hubungi saya 019-7630678.
layari blog saya:
keterangan lanjut