Aku selalu lepak kat sini sambil memperkenalkan produk baru kepada
Abang Abas. (Menghadap simpang ke Lombong Pt Pulai)
Contohnya ganti Timing Belt untuk kereta Proton cuma RM 160 je (harap2 tak tiruanlah ya!)
Selepas balik rumah aku mengajak Isteriku Hamidah dan Arina ke kedai gunting rambut Hadi.
Arina buat pertama kali sejak lahir menggunting rambutnya. Mesti Hadi ni baik orangnya, kalau
tak mesti Arina menangis kuat-kuat. Biasanya begitulah, sampai tak jadi gunting.
Selepas balik rumah aku mengajak Isteriku Hamidah dan Arina ke kedai gunting rambut Hadi.
Arina buat pertama kali sejak lahir menggunting rambutnya. Mesti Hadi ni baik orangnya, kalau
tak mesti Arina menangis kuat-kuat. Biasanya begitulah, sampai tak jadi gunting.
13 ulasan:
Cun Arina ni.. mcm makciknya.. muka aku mcm tu ke masa kecik? Hahaha.. tp aku kecik nakal.
Anak bujang aku paling benci gunting rambut. Hari tu pun bawak dia gi salon balik lagi tak jadi gunting.
Mau tak mau, Mamanya ni je la skrg terpaksa kena pro menggunting rambut...mmg ler hasilnya tokal takil tp dah bidan terjun, apa nk buat.
Ya...sampai sekarang kami jelous dan tertanya2 kenapa SAM tak pernah disuruh oleh Almarhum Bapak kerja menoreh, ambik susu getah, mencangkul dan kerja kebun lain, sedangkan Marfiah yang bongsu pun disuruh menoreh, apa ilmu engko pakai?
Kedai Abas tu dekat ngan rumah saya.Selang dalam 3 rumah jer. Tiap kali blk kg, pg2 mmg cari sarapan kat kedai abas (walau kat rumah dah buat sarapan lain). Pau kelapa kat situ sedap, tauhu sambal kicap pun sedap gak (walau pedas gilos). Sebelah bengkel tu kedai runcit Atan.Balik raya dulu x sempat g kedai Abas....waaaaa bila nak balik kg ni!!!! Bulan 11 & 12 mmg schedule dah penuh....
Laa..dah sampai situ...Nape x amik gambar rumah I...hihihihi manalah tau kot2 bumbung rumah tu dah tercabut ke sebab dah lama x balik kan..boleh gak balik mengejut betulkan bumbung tu sambil beli kopi...hihihihi...
Mama Miraki, bumbung rumah masih utuh tapi lalang keliling rumah klu rimau menyorok pun tak nampak! Nasib baik pengurus ladang kita dah bawak workers kasi racun semua lalang...baru le clear. tq Abg Brahim & Mek. Performance bagus tahun depan elaun bulanan kita org naikkan yer...hihiih
Kawasan rumah pusaka kalian tu....susah nak parking kereta...bila2 saya ambik gambarnya...CIKGU RAZAK OTHMAN tu kawan saya kat SMK PALOH dulu...rumah dia pun kat situ, entah-entah kerabat kalian juga?
Abas pula sibuk orangnya, lain kali saya snap muka dia ok! Penat saya kempen dia kahwin, duit banyak-banyak nak buat apa NTAH?
apa pulak susah nak parking depan rmh kita org. Dah sah2 nak parking lori kontena 4-5 biji pun boleh...hihihi MSOM ni salah rumah kut. Cikgu Razak dah tak mengajar kat Paloh lagi kan. Kat batu 21 tu ada banglo setingkat besar, rumah dia la tu. Ooo si Abas tu belum kahwin lg yer. Tak tau ler pulak dan. Atually x kenal sngt pun ngan dia lg pun dia start berniaga kat situ masa kita org dah kat U.
hah bukan setakat lori kontena boleh parking depan rumah kita tu...kapal selam scorpene pun boleh tau....
Cikgu Razak mengajar kat smk pengulu saad kan...wife dia kan kawan baik kakak kita...x delah kerabat..tapi sekampung ler...
ohhhh abas tu x kahwin lagi ye...x tau ler pulak....patut ler kat kedai dia tu banyak jual kopi radix, kopi tongkat ali, kopi janda (hiihihih) rupanya cikgu pembekalnya yea....
rumah we all tu kat surau bt 21 ler.....
Entah2 Abang Abang dulu minat salah sorang dari Miraki atau Gee....?
Maaf bergurau...!!!
Masalahnya kereta dan lori kat situ berdesup laju2....anak2 memang tak boleh lepa, BAHAYA!
yA MEMANG LE SAYA PEMBEKALNYA...of! Kopi JANDA saya tak jual. Janda yang marah saya tu pun dah hantar kad jemputan, esok ni dia nikah...lepas ni bolehlah hantar KOPI JANDA pulak!
Ralat...Abang Abas...bukan Abang Abang...
bahagia ghitewww..
Apa ilmu aku pakai sbb tak disuruh ke kebun? Oh sebenarnya..ibu bapa kita la yg lebih paham apa yg terlebih apa yg terkurang pd setiap anak-anaknya. Mungkin jugak arwah melihat aku ni sbg wanita yg terlalu lemah gemalai.. tak sesuai la ke kebun... sesuainya kalau aku ni... ermm apa ya? Apa-apa je lah yg lebih feminin tu. Hahaha.. jgn ler jelous.. Beza aku dgn CT pun kan tak terlalu jauh.. kecik2 dh dpt adik, so phm2 je la bila seorg ibu tu dpt anak baru, tentu si kakak akan lebih manja atau dimanjakan oleh ayahnya.
p/s: I still dream of childhood days...
And I wish I was a little girl again... seronoknya!!!
Catat Ulasan