Kadang-kadang kita baru keluar gaji RM 1000, sekali kira-kira macam duit kita tinggal sedikit. Mana perginya RM 170 ni? Tercicirkah? Dicuri TOYOL kah? Mesti TOYOL Pak Margono ni? Dah fitnah TOYOL, fitnah pulak orang bela toyol....!
Apabila dikira-kira terlupa rupa-rupanya tadi kita isi minyak RM 30, beli roti dan jem RM 9, Topup RM 30, dan macam-macam lagilah....
Cuba bandingkan harga barang dalam 4 tahun lepas. Dan bezakan dengan harga sekarang. Lihat perbezaannya, mari kita analisis .....sebagai contoh: KIRAAN DALAM SEBULAN
Cukup-cukup....! Pening aku! Tu yang aku siang malam cari duit tu. Tu belum yuran sekolah yang melambung-lambung. Kononnya yuran dimansuhkan, tetapi hakikatnya terus meningkat. Setiap anak perlukan dalam RM 400 seorang kalau nak serba lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Kiralah sahaja perbezaan harga barang empat tahun lepas dengan harga sekarang. Itulah yang terpaksa kita tanggung.
Bagi mengatasi masalah ini, kita kena buat perkara-perkara berikut:
- Buatlah pekerjaan sambilan, apa-apa sahaja yang kita boleh buat. Sekarang ni ramai yang ada dua tiga pekerjaan.
- Ahli keluarga diajar supaya tidak membazir, bukan berjimat dan ikat perut ya. Tidak membazir ni maksudnya, usahlah buang-buang makanan, dah beli tak dimakan. Beli alat permaianan, baru beli dua hari sudah masuk tong sampah. Baju baru pakai dua kali buat lap meja.
- Jika ada tanah, tanamlah sayur-sayuran...tu kata kerajaan lah ya bukan saya.
- Tak payahlah beli produk yang berjenama sangat, yang penting berkualiti. Tak semestinya yang murah tu dan tak terkenal tu tak ada kualiti.
11 ulasan:
btol3...
sekarang ni nilai rm10 kecikkkkk sgt dah...
dulu "salam kaut/keruk" ada lagik lah not2 hijau rm5 ... sekarang minimum pun merahhhh ...
Sabo2 MS.Memang semua barang mahal.Tapi dah keperluan kena beli jugak.Cuti-cuti malaysia abaikan je ler...
duit bukanlah segala2nyer kan kanng..
tapi segala2nye nk pakey duit tewww.. uhuhu
Jadi En Me, kita kena kreatif cari duit,
Tapi usah jadi hamba duit.
Golongan pertengahan dan rendah sahaja yang merasa peritnya kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Yang jadi JUSA, Pak Menteri, YB tak merasainya coz semuanya tersedia. Kalau YB nak melawat kawasan sibuk ketua cawangan sediakan itu ini...tumbang lembu kambing. Biarlah bila mereka datang melawat atau merasmikan sesuatu majlis...hidangkan teh O dengan biskut tawar. Ada tak ketua cawangan yang berani?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nilai duit makin kecil... gaji kecik... tapi sara diri tinggi...
bayangkan gi hyper market ajerrr bawak RM 50 dapat berapa ajer barang.... tak penuh pun troly
WKL
Kalau YB datang dibagi biskut tawar, alamatlah dia tak nak datang lagi
RM 50 dapat pampers satu dengan Milo tin kecik Afzainizam.
RM50 tak cukup pun nak beli 1tin (1kg) susu baby yang agak berjenama....kesian..nilai wang semakin kecik..huhuhuuhuh...sedihni
Adakah toyol tinggal di Putrajaya?
Memang ramai toyol at Putrajaya...pakai kot lagi....
Catat Ulasan