Cikgu ingat saya saya? Saya Siti Hajar. Dulu cikgu pernah ajar saya...... Anak saya tiga dah....Sekarang saya buka kedai baju di pekan Paloh
Cikgu Salleh Mohd Nor ialah rakan sejawat saya semasa saya mengajar di SMK PALOH, dari tahun 1988-1994.
Cikgu ingat saya? Saya Jegathesan. Dulu cikgu ajar saya di Peralihan K. Semua budak-budak mesti kenal sama Cikgu Amran dengan Cikgu Mat Som yang garang....hahahaha.....Nasib baik saya tak pernah kena lempang.......kawan-kawan banyak sudah kena.....hahahahahah Ha....ni dia wajah Cikgu Amran yang terbaru (yang botak tu) sedang berbual-bual dengan Cikgu Isa Kasan di Surau Taman Melati, Paloh.
Banyak event di Paloh waktu aku datang ke sini semalam. Nama seorang menteri tersohor terpampang di sana-sini.
Jemputan daripada Cikgu Salleh Mohd Nor tentunya
tidak kuuzurkan, sedapat mungkin aku mesti
pergi. Kenangan mendiami pekan bersejarah ini dari 1988-1994, pasti menarik-narik
untuk aku ke sana.
Dengan Cikgu Isa Kasan, aku ke Paloh nan indah……. Paloh?
Ya…namanya begitu hebat sehingga dijadikan tajuk filem. Paloh, cerita tentang kekejaman
komunis itu.
Sesampainya di sana ramai sahabat lama, yang masing-masing
telah bermastautin di Bandar-bandar lain, ia bagaikan satu pertemuan majlis
reunion.
Antara yang dapat ditemui ialah Cikgu Safar, Zairuddin,
Mat Shah, Cikgu Masehood Tijo (adik Mariamah Tijo) dan Cikgu Amran. Ramai juga
bekas anak murid yang dapat kami temui dalam majlis itu.
Selepas itu, kami menelusuri pekan Paloh. Ingatkan nak
ambik gambar Quarters tempat aku tinggal, stesen kereta api, namun disebabkan
cuaca sangat panas, dan Paloh didatangi seorang menteri dan pekan itu jadi
sesak, maka niat itu aku batalkan saja.
Ada juga antara bekas murid aku tu yang mengintai-intai
blog aku, namun mereka tidak meninggalkan komen, terima kasih kerana masih
mengingati aku….dan yang pernah tertampar dan tersindir, termarah tu, aku
mintak maaf banyak-banyak, kerana semasa mengajar di sana dulu, aku masih muda
dan berdarah pahlawan lagi.
6 ulasan:
wah meriahnye kang matsom jumpe konco2 cekgu dgn anak muridnye sekali..,ehHHHe
Kenangan lama menggamit memori. Semoga semuanya sihat dan dapat terus mendidik anak bangsa.
1988 - saya masih belajar lagi
Wak Gelas
19 tahun dah tak jumpa Wak Gelas!
Nea Lopah
Masing2 dah tua, dan nak pencen dah
Wah muda lagi sgt Umi Alya ni..
Catat Ulasan