Wajahnya kelihatan sugul. Semua kawan-kawannya sudah
dibelikan buku, beg , alat tulis, kasut dan pakaian yang serba baru. Tetapi dia masih memakai baju
sekolah yang lusuh, kasut yang kekuningan dan beg sekolah pun sudah nampak begitu
kusam.
Aku tahu dia budak bijak. Tetapi ayah dan ibunya agak mengabaikannya.
Daripada tulisan karangannya, bahasanya lebih matang daripada rakan-rakannya
yang lain.
Pada waktu rakan-rakannya sedang mengira dan menyusun
buku baru, dia hanya ada buku teks. Ayahnya masih juga tidak datang membayar
duit buku walaupun pembelajaran telah berjalan selama seminggu. Petang itu aku singgah di pasaraya lalu kubelikan
buku-buku tulis yang sepatutnya dia ada.Buku itu tiada nama sekolah seperti rakan-rakannya yang lain. Yang penting dia dapat membuat latihan dan mancatat nota yang diberi oleh guru-gurunya.
Pagi itu aku memanggilnya, dan menghulurkan buku itu
kepadanya. Dia agak terharu, walaupun apa yang kuhulurkan tidak seberapa
nilainya. Hanya itu yang dapat kubantu. Anak-anakku sendiri empat orang yang
bersekolah. Juga ada kaum kerabatku yang masih perlu kubantu dalam menghadapi
saat-saat getir awal persekolahan itu.
Soalnya, kenapa ayah dan ibunya begitu kejam? Dia disuruh
bersekolah tanpa satu sen pun bayaran. Ayah dan ibunya tidak pernah muncul
ketika sesi membeli buku atau ketika hari terbuka? Duit bantuan banjir dan duit
bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 pun diambil ibunya.
Sewaktu keputusan UPSR 2012 diumumkan, namanya tersenarai
antara pelajar lelaki yang berjaya memperoleh 5A. Ia sangat menakjubkan. Dalam
serba kekurangan, dan kurang ambil perhatian ayah dan ibunya, dia dapat
menggapai kejayaan.
Kini dia telah mendaftarkan diri di sebuah sekolah
berasrama penuh di bandar Batu Pahat pada awal tahun ini. Sekolah itu baru
sahaja setahun beroperasi.
Aku pun tidak tahu, bagaimana dia mengharungi sekolah berprestij seperti itu, dalam keadaan keluarganya yang serba kekurangan. Semoga dia menerima bantuan dari pihak kerajaan atau mana-mana syarikat swasta yang menaja persekolahannya.
Aku pun tidak tahu, bagaimana dia mengharungi sekolah berprestij seperti itu, dalam keadaan keluarganya yang serba kekurangan. Semoga dia menerima bantuan dari pihak kerajaan atau mana-mana syarikat swasta yang menaja persekolahannya.
15 ulasan:
cikgu tak ada melawat dia? sedih pula saya dengar kisah dia.... hurm... entah apalah yang dia harungi dalam kehidupan dia tu...
Kenapalah masih ada ibu bapa yang sanggup buat anak-anak macamtu?
Budak tu gifted la dapat 5A :-)
kesiannya...sedih baca kisah murid tu.
kadang2 ibu bapa pun derhaka dengan anak2... Takpe biasanya orang baik ni akan berjumpa dengan orang yang baik2 akan menolong dia
sedihnya :'( macammana laa agaknya keadaan budak tue? ya ALLAH, bantulah dia dalam mengharungi dugaan ini. aaamin ya rabbal alamin.
Belum lagi Boni
Harap-harap dapat berjumpa dalam masa terdekat...
Ramai yg berada dan byk duit
Namun anak tak berapa pandai
Yg ada anak pandai
Begitu pula sikapnya.
Dekdaa
Sama-samalah kita doakan ibu bapanya akan lebih prihatin terhadap anak yg berpotensi seperti itu
Mama Janet
Pendapatan ayahnya yg terhad
menyebabkan keadaan spt itu
Duit bantuan utk anak
mungkin dibelikan beras dan lauk
utk anak-anaknya yang lain
In sya Allah
Mystory....
Terlalu ramai org susah yg perlu dibantu
Sebab itu ada rancangan BERSAMAMU TV3.
Kalau ada yg kata,
Mana ada lagi orang susah sekarang ini?
Itu, mungkin dia tak pernah masuk ke rumah-rumah setinggan, kampung-kampung, rumah-rumah kos rendah...
ramai org kita yg masih susah.
Safiah,
Amin....semoga dia dpt mengharunginya dengan tabah
Dan semoga dia mendapat biasiswa agar dpt melangkah dgn lebih jauh.
boleh tak kalau nak hulur bantuan untuk dia melalui cikgu...
Oh begitu tulus sekali niat Cute Oven itu,
Beri saya masa,
kerana dia masih dlm asrama,
saya pun dah susah nak jumpa dia.
Rupa budaknya, akan saya emelkan kepada Cute oven.
Kalau tgok muka dia, ceria
tak menampakkan wajah org yg susah.
1.mat som cuba hubungi kaunselor sekolah pelajar tersebut untuk bagi maklumat tentang kesusahan pelajar tersebut!!
2.pelajar tersebut boleh dibantu dengan biasiswa kecil persekutuan dan duit KWAPM!!
Kisah yg sama di sini, sy pnah bela & jadikan anak angkat, 100% saya tanggung
Apabila familinya senang sikit, mereka ambil anak itu tanpa sepatah kata biarpun ucapan terima kasih cuma.
Bayangkan hampir 3 tahun duduk bersama, tiba2 anak itu diambil kembali & langsung tidak benarkan dia berhubung dengan kami.
Berbulan2 menanggung kerinduan sebelum menerima hakikat "dia anak orang lain, bukan anak kami..."
Yalah.. mungkin mereka takut kehilangan sebab masa anak itu banyak bersama kami.
salam kenal..done folow sini juga.sy pun penah ada pengalaman student yang mcm ni. Tapi alhamdulillah..berkat bantuan semua pihak, dia dh berjaya skrg.
Catat Ulasan