*Hari ini tiada apa-apa yang ingin aku kongsikan, cuma nak cuba tulisan berseni ni sikit, sambil nak beri TIGA mutiara kata yang tidak seindah mana ini:
* Dalam kehidupan kita sehari-hari, sama ada semasa memandu, semasa memasak, atau
semasa termenung, tiba-tiba kita ada IDEA
yang baik untuk menaikkan negara kita,
organisasi kita, atau kehidupan keluarga kita, maka cepat-cepat tulis dalam BUKU KECIL
atau simpan dalam peringatan handphone. Jika tidak dicatat, kita takut idea
yang hebat itu akan lenyap begitu sahaja. Aku pernah terfikir, masa bila Tun
Razak dapat idea wujudkan Felda? Masa bila Tun M dapat idea wujudkan Proton?
Masa bila pula Ustaz Azahar Idrus dapat idea berdakwah secara era baru? Idea
yang baik, jangan disimpan sahaja, kongsikan kepada organisasi kita, atau jika
untuk negara, kongsikan dalam coretan pembaca dalam akhbar terpilih.
* Buat apa manusia nak sombong, kerana tanpa air di
dalam badannya beberapa hari saja, dia sudah tak bermaya dan mungkin tak boleh
bernafas lagi.
*Buat apa manusia nak riak dan bangga dengan mahligainya yang
tersergam, dilihat dalam Goggle Map pun cuma nampak setoet, apa lagi dilihat
dari bulan tidak nampak apa-apa?
1 ulasan:
cantik bahasa2 ni semua..kalau tya ustaz idrus..mesti dia jawab..Allah yg bagi.
Catat Ulasan