Lama juga aku tak menjengok blog aku ini. Entahkan ada
yang ingat akan diriku yang sudah semakin using ini…? heheheh. Sebenarnya jadual aku penuh pada minggu ini. Ini pun baru balik dari meraikan pengantin baru, anak saudara aku Hafiz yang kat Rengit tu. Oleh sebab abang aku ambik Katering, maka sempatlah aku mengeblog malam ini, sebab di sana aku hanya tolong makan sahaja.
Pada 12 – 14 Februari pula, aku berehat-rehat di Sungai Tuang 3 km dari Pangkalan
Balak. Nak pergi jauh-jauh pun tak larat. Sebenarnya, aku lebih suka membawa
keluarga ke kawasan Penyabung yang damai nan membiru. Tetapi cuaca yang
sentiasa hujan minggu ini di seluruhJohor agak merisaukan kami. Jadi, lokasi
yang paling selamat ialah Melaka. Dekat, murah dan jimat.
Di Melaka, cuaca baik, hanya sedikit gerimis. Sampai saja
di resort pilihan, kami solat jamak. Dan kemudian semuanya tidak sabar untuk
mandi di kolam renang yang disediakan.
Aku lebih memilih membaca Metro, Kosmo, majalah Wanita
hahahah…..sambil baring-baring dengan anak kecilku Alif Iskandar yang tertidur
dengan nyenyak sekali.
Sambil mendengar celoteh juruhebah TV yang aku tidak fokus
apa yang diperkatakannya, aku pun melihat langit yang mula dicorakkan dengan
awan hitam…..eh apa itu?
Sekonyong-konyong, aku terkejut….memandang sepasang mata
nan menyeramkan di langit itu. Aku mencapai kamera dan snap satu gambar.
Betulkah apa yang aku lihat ini? Atau hanya pandanganku yang tersilap sahaja.
Mungkin ia hanya tafsiranku yang mula kreatif membayangkan wajah-wajah aneh di
langit.
3 ulasan:
betullah.. memang nampak agak menyeramkan... kadang-kadang bila pandang ke langit time2 senja dan juga masa mendung, kadang2 terdetik juga rasa gerun..
Di Kuantan pun ari2 hujan, tak menentu..kdg2 pagi hujan, petang panas, malam kembali hujan. Tapi awan gelap dlm foto tu mmg nmpk pelik...insyaallah tk ada apa2. hehe
salam MSOM
a ah kan, bila di zoom mmg nmpk mcm sepasang mata sedang merenung...eish seram gak tgk.. Subhanallah
Catat Ulasan