Rabu, 23 Oktober 2013

SATU KEJADIAN YANG MEMBINGUNGKAN

Assalamualaikum sahabat mayaku..................................!
Dalam kesibukan ini, akhirnya aku dapat meluangkan masa mencoretkan satu kisah yang membingungkan aku. Nampaknya aku kena muhasabah diri

Waktu rehat pagi tadi, aku bertembung dengan seorang staf (juruteknik komputer) baru di sekolahku bertugas ini. Dia baru mendaftar tiga hari lepas...

Aku pun cuba untuk meramahkan diri

Dari tanya nama, asal dari mana...last-last sekali aku pun merasa hairan
" Bagaimana dari Kelebang (Melaka) boleh memilih posting ke Batu Pahat.?" Aku bertanya
" Saya berkahwin dengan orang Parit Maimon,Pt Sulong"
" Oh........"
Dia pun memberitahu.....
" Isteri saya semalam beritahu, ada seorang bekas cikgu dia mengajar di sini...."
" Siapa nama cikgu tu?....."
" Saya lupa pulak, tetapi gambarnya ada kat dinding bawah tangga tu"
Dia pun mengajak aku melihat gambar tu. Kat sekolah aku ni setiap guru ada sekeping baner yang ada gambar penuh dengan kata-kata hikmat sekali.

Setelah berjalan beberapa tapak...tiba-tiba dia menunjukkan ke satu arah
" Itulah gambar cikgu isteri saya tu..."

..................................apa?
" Ini gambar saya...!"
Dia kelihatan kebingungan dan tidak terkata apa-apa....
Aku pula, terfikir-fikir.....

TIGA persoalan kini timbul:
1. Adakah GAMBAR aku tu mempamerkan yang aku terlalu hensem giler, dan diriku yang sebenar nampak terlalu kusam, lusuh dan tidak bermaya dan kerepot pula?
2. Adakah. GAMBAR aku tu mempamerkan yang aku terlalu hodoh, sedangkan diriku yang sebenar secara hakikatnya terlalu kacak...? Hahahahahaha PRASANTAN!  
3. Atau dia ada masalah kecelaruan pandangan?

Untuk keslamatan gambar kontreversi tersebut akan diupload kemudian. Itu pun kalau aku tidak ingat.


  

8 ulasan:

che mid berkata...

Jangan fikir lama-lama, nanti bingung sendiri..skrg pi ambik balik gambar tu, kemudian tengok cermin..bandingkan dan jawab sendiri soalan tadi..jawab dengan jujur k..he he

Umialya berkata...

ha3.. adoiiiiiiiiiiiii.. gamaknya gmbr kt dinding tu masa muda2 dulu, cikgu tempek le kt sini, nnt kami tengok sama tak ngan yg kini..

Masha Meisters berkata...

hehehe...mungkin dek kerana gambar tu 'dulu' masa cikgu masih muda2 jawapan no 1 mungkin ok...hehe...

#cik masha tak gaduh dgn si dia la...si dia tetap cinta hati :-)
tq cikgu...

Mama Miraki berkata...

Gambar tu edit kot.. tak pun guna camera 360 encem sangat.. hahahhaha

wakgelas berkata...

wahhh encem giler tu kangg..ehhHEe

Pida berkata...

Hahaha! Meh sini upload saya nak tengok!

zack akhtar13 berkata...

dulu muda skrg dah tuee...

Mat Som Sadona berkata...

Saya akur dan muhasabah diri.
Kata-kata kalian itu benar sama sekali