Selasa, 19 Ogos 2014

CARA-CARA MENGELAKKAN MAKSIAT



Maaflah sahabatku, sejak awal raya tempoh hari, aku rasakan kehidupanku semakin sibuk. Ditambah dengan masalah line internet di rumahku ini agak mengecewakan, menjadikan aku tak dapat mengomen di blog sahabat sekalian. Nak tulis entri panjang-panjang pun dah tak sempat atau barangkali mindaku semakin tepu?....Almaklumlah anak-anakku semakin membesar, dan ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Syawal yang mulia ini tercemar dengan berita kenaikan harga kos lesen memandu. Khabarnya naik menggila. Siapalah yang RAKUS SANGAT NAK KEBAS DUIT RAKYAT NI? Cuba kau jawab! Bukan senang nak kumpulkan duit begitu banyak, hanya untuk ujian memandu motosikal dan kereta? Nampaknya, ramailah nanti akan memandu tanpa lesen! 

Lainlan kalau aku lahir di dulang emas, tentu kenaikan ini tidak memberi sedikit pun tempias kepadaku. Aku hanya tinggal cedok duit dalam tempayan yang tersimpan di dapur mewahku. 

2 ulasan:

Umialya berkata...

urmmm aliran duit bab air sungai mengalir laju.. (boleh tak guna ayat ni?, hi3)

che mid berkata...

kalau lahir di dulang emas, tak payah ambik lesen memandu la cikgu..

selamat hari raya maaf zahir batin..