Alhamdulillah, akhirnya kementerian telah mendengar rintihan tersebut dan keluarlah pekeliling ini.
Antara kandungan Pekeliling Tersebut ialah:
- 3.1: Pentaksiran yang dilaksana oleh guru sebagai sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Ia melibatkan Pentaksiran sebagai Pembelajaran, Pentaksiran untuk Pembelajaran, Pentaksiran tentang Pembelajaran. Ia boleh dilaksana menerusi pemerhatian atau ujian berbentuk bulanan, penggal dan tahunan termasuk apa-apa bentuk pentaksiran yang menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, persembahan, demonstrasi, kajian lapangan atau kajian kes.
- 4.2: Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) dan Rekod Transit. a) Guru Tidak perlu lagi menyediakan FPM, FS DAN merekodkan Rekod Transit. Penguasaan murid dalam pembelajaran boleh direkodkan secara TIDAK FORMAL yang boleh memberi maklumat berkaitan perkembamgan pembelajaran murid. b) Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut keperluan, kreativiti dan kesesuaian masa guru.
- 4.3: Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). a) Guru tidak lagi perlu mengisi data secara ONLINE. Guru boleh merekod perkembangan pembelajaran murid secara OFLINE atau secara manual mengikut kesesuaian masa guru. b). Pelaporan perkembangan pembelajaran murid boleh dicetak untuk kegunaan guru dan makluman kepada ibu bapa.
- PT3 telah mula dilaksanakan mulai Julai lepas bagi menggantikan PMR, dan sistem baru ini lebih direstui oleh guru-guru sekolah menengah, kerana sistem PBS sebelum ini menyebabkan guru-guru dan pelajar dalam keadaan stress yang terlampau.
1 ulasan:
bolehlah daftar msuk wad tanjung rambutan..kesian guru2..
Catat Ulasan