Selasa, 30 September 2014

PELUANG BISNES M.L.M TERBARU 2015


USAHAWAN M.L.M DIALU-ALUKAN....
SMS/CALL/WHATSAPP 
010-3443 880

Zaman telah berubah, kini ramai usahawan MLM telah bertukar ke bisnes yang lebih santai dan tidak memeningkan kepala. Mereka juga ingin pendapatan yang lebih pantas. Mungkin, sebelum ini anda ada pengalaman syarikat yang memberi bonus melalui cek bulanan yang dihantar melalui pos. Ia amat meletihkan bukan? Tambahan pula jika bonus terlalu lewat dibayar sehingga menjejaskan kehidupan dan semangat! 



RCC GLOBAL M SDN BHD dapat menyelesaikan masalah tersebut. Selain produk yang berkesan, bonus dimasukkan terus ke akaun anda setiap hari Jumaat. Bermakna anda akan menerima gaji empat kali dalam sebulan!  


Caranya amat mudah, dengan hanya bermodalkan RM140 anda layak menjadi pengedar. Selepas itu anda boleh menaja seberapa ramai sahabat,dan saudara-mara anda. Dengan mengajak mereka meninggalkan penggunaan gula pasir,yang ternyata memudaratkan, dan beralih kepada SWEETENER STEVIA. Mereka tentu gembira kerana menikmati kesihatan yang lebih baik, dan anda  pula menikmati pendapatan yang diidamkan.



Jika anda berminat untuk menceburi perniagaan ini,sila call/sms/whatsapp saya di talian

 010-3443 880 




Kumpulan kami di Batu Pahat sedang berkembang. Telah ramai yang menikmati pendapatan


SELAIN PLAN PEMASARAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN
RCC GLOBAL-STEVIA SWEETENER JUGA MENYEDIAKAN PLAN
KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN SEPERTI BERIKUT


Jangan lepaskan PELUANG TERBAIK INI
Hubungi saya melalui Whatsapp/sms/call di talian

010-3443 880 MAT SOM

atau add 

KENAPA KITA BENCI MENJADI KAYA?

Walaupun video ini sudah lama, tetapi ia sangat baik untuk kemajuan bangsa. Jangan takut menjadi kaya.

Jumaat, 26 September 2014

DATUK JAMIL SULONG MENINGGAL DUNIA

Apabila disebut Parit Sulong, selalu orang bertanya tentang Jamil Sulong. Beliau ialah anak kepada tokoh utama dalam sejarah Parit Sulong....En Sulong Bin Gantang


Gambar DRP: dawarna.com

KUALA LUMPUR - Pengarah filem terkenal, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia malam tadi akibat penyakit strok.
Anak kedua arwah, Dr. Anwardi berkata, ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kondominium Bukit Utama, Petaling Jaya, Selangor.
"Arwah ayah saya telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada pukul 9.35 malam. Siang tadi arwah telah dibenarkan keluar hospital setelah sebulan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Jamil, 88, yang berasal dari Batu Pahat, Johor merupakan antara pengarah filem Melayu yang cukup popular selain Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Antara filem-filem arahannya seperti Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong dan Batu Belah Batu Bertangkup.
Beliau berkahwin dengan Datuk Rosnani Jamil pada 12 November 1953 dan dikurniakan tiga cahaya mata. - 
SUMBER KOSMO!

Khamis, 18 September 2014

MAMA, BILA KAKAK NAK BALIK?

Aliff (sikecik), soalan pertama selepas bangun tidur....
Mama,bila kakak nak balik?
Pada hal, hari-hari berbual melalui telefon. Dia suruh tengok kakak kat sana (Shah Alam).
Tak sempat....ayah sibuk lagi....
Aliff tengok ni...Kakak dalam gambar ni sedang belajar Bahasa Korea, tulisannya dan cara hidup orang Korea, bulan Februari tahun depan, lagi jauh Kakak tinggalkan Aliff....Biar sekarang Aliff belajar rindu-rinduan....... 

Selasa, 16 September 2014

AMBIKLAH SEMUA BUAH DUKU TU!


BUAH DUKU INI BOLEH TAHAN MANISNYA
Foto Mat Som Sadono.Foto Mat Som Sadono.


Foto Mat Som Sadono.Foto Mat Som Sadono.

Banyaknya duku Cik Seman ni....empat orang tolong pungut dan kami dapat empat guni......Free....pemurah betul Cik Seman.Terima kasih Cik Seman....

Isnin, 15 September 2014

KAU JELAH YANG JADI PEMIMPIN....KAN SENANG...

Sudah lama tak menulis entri, sebabnya loading Streamyx rumah aku ni sudah makin nazak. Maklumlah ambik pakej yang paling murah. Oleh sebab dah tak boleh menulis dengan lancar lagi, jadi aku rajinlah mengomen dalam akhbar-akhbar online. Antaranya isu panas soalan bocor. Isunya soalan bocor, tapi komen cerita lain, biasalah. Sehari kemudian, ai...komen aku kat Berita Harian ni ada yang like juga, dan paling tak boleh tahan, nak ketawa pun ada terutama reply komen paling bawah tu.....Farahlena MY tu...

Kalaulah aku jadi pemimpin, tentulah aku dah kurus kering kena sumpah seranah dengan rakyat. Zaman Tun M DULU TAK APALAH, BELUM ADA FB, TWITTWR, WHATSAPP DAN SEBAGAINYA NI...kalau pemimpin melayan sangat orang punya komen, tak berani dia nak keluar rumahh.. 

Ahad, 7 September 2014

AKU KELIRU DENGAN BERITA-BERITA TERBARU


Dunia ini penuh sandiwara. Selagi manusia bernama manusia, selagi itulah berlakunya sandiwara.
Sama ada di sini atau di negara-negara yang sedang berperang. Manusia berebut kuasa di mana-mana. Manusia memperjuangkan kumpulan, kaum, dan fahaman masing-masing. Curiga-mencurigai antara satu dengan lain....... Membaca komen-komen pembaca akhbar online lagi memualkan. Seolah mereka sudah kehilangan budi bahasa. CAKAP ASAL LEPAS,hingga hilang adab seorang Islam....Banyak-banyaklah baca surah Al Kahfi kerana fitnah teman-teman dajal semakin berleluasa. Nasihat-nasihat ulama sudah diperlekeh. Masing-masing sudah ikut tafsiran sendiri. Ikutlah Al- Quran dan Sunah,in sha Allah kita akan selamat.