SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI PASIR
MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1
TAHUN 2015
Tarikh: 30.12.2014
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Bilik Guru
Pengerusi: En Mat Som Bin Sadono
Kehadiran:
1.
En Mat Som Sadono
2.
En Jamal Adenan
3.
En Burhan Md Yusof
4.
En Zulkeflee Rahmat
5.
Pn Azizah Bt Osman
6.
Pn Maryati Salim
7.
En Ahmad Salleh Suraimi
8.
Tn. Hj Mohd Saim Buang
9.
Pn Siti Hawa Bt Ahmad
10.
Pn Hjh Fazidah Buwang
Turut Hadir : En Zakariah Bin Bahari (PK 1)
BIL
|
PERKARA
|
1.
|
PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa
Melayu kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.
|
2.
|
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Azizah Osman
dan pengesahan disokong oleh En Ahmad Salleh Bin Suraimi.
|
3.
|
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1: Pn Hjh Fazidah telah mengemukakan pendapat tentang sama ada
Kelas Malam perlu diteruskan atau tidak,
bahawa pada pendapat beliau seperti sekolah-sekoah lain ia boleh
dijalankan pada waktu siang seperti selepas sesi pembelajaran harian. Menurut
pengerusi ,menjalankan kelas tambahan malam sememangnya bukanlah sesuatu yang
mudah. En Zulkeflee menyatakan akan berbincang kemudian dengan Guru
Besar,Penolong Kanan 1 dan semua ketua panitia bagi menentukan jadual.
Justeru keputusan perkara tersebut akan dibuat kemudian.
|
Tindakan: AJK Panitia
|
|
3.2. Pengerusi bertanyakan
sama ada penyedia soalan bagi Ujian Dalaman ditentukan kemudian atau dalam
mesyuarat kali ini. PnHjh Fazidah mencadangkan ia ditentukan dalam mesyuarat
ini. Cadangan tersebut disokong oleh sebulat suara. Akhirnya telah disetujui
penyedia soalan adalah seperti berikut:
Ujian 1 Ujian 2
Th 1 Pn Azizah Osman Pn Hjh Fazidah Buwang
Th 2 Pn Siti Hawa Ahmad En Ahmad Salleh
Th 3 En
Burhan Md Yussof En Jamal Adenan
Th 4 En
Zakariah Bahari En. Burhan Md Yussof
Th 5 Tn Hj.
Mohd Saim Buang En
Zulkeflee Rahmat
Th 6 En Mat
Som Sadono En
Mat Som Sadono
|
|
Tindakan: Seperti Nama di atas
|
|
4.
|
PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1-HEAD COUNT DAN PROGRAM KECEMERLANGAN 2015 4.1.1Pengerusi menyatakan keputusan 4.1.- UPSR 2014 adalah antara keputusan yang terbaik pernah dicatatkan,dimana Pemahaman mencapai kelulusan 98.33% dengan GPS 1.70 dan Penulisan pula 95% dengan GPS 1.48. Ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar calon-calon tersebut sejak Tahun 1 hingga Tahun 6.
4.1.2- Bagi tahun 2015 TOV ialah Pemahaman ialah 94.9%, manakala
Penulisan 84.8%. Encik Zakariah Bahari mencadangkan sasaran UPSR 2015 bagi
kedua-dua kertas peperiksaan adalah Pemahaman 100%, dan Penulisan juga 100%.
Cadangan ini disokong oleh En Zulkeflee dan sebulat suara.
4.1.3-Pengerusi menjelaskan program-program kecemerlangan bagi tahun
2015 ialah:
a. Program 3P
b. Program Menyalin
Karangan
c. Zoom A- Cikgu Burhan
menjelaskan perlu ada 20 pin Zoom A
d. Bengkel Teknik
Menjawab Soalan UPSR diadakan bulan Mei
Sebulat suara
bersetuju Pn Norani Paiman sebagai penceramah bengkel tersebut.
e. Maksimumkan Sudut
Panitia Bahasa Melayu di dalam kelas
|
Tindakan: Semua Guru BM
|
|
4.2. SUKATAN PELAJARAN- Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu
menyediakan sukatan pelajaran, Huraian sukatan atau DSKP, atau rancangan
tahunan. Bagi tahun 1-5 hendaklah mengikut sukatan pelajaran KSSR manakala
bagi tahun enam masih menggunakan sistem lama. Contoh Rancangan Pelajaran Harian diedarkan
kepada guru khasnya bagi tahun 1-5.
|
|
Tindakan:
Semua guru BM
|
|
4.3. KSSR-Pengerusi menjelaskan KSSR menitikberatkan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa.
Semua kemahiran ini akan dicatatkan dalam borang ofline mengikut band 1
hingga band 6. Juga,usah fokus kepada kemahiran menulis,tetapi merangkumi
semua kemahiran yang ada dalam sistem KSSR. Oleh itu setiap hari harus dibuat
satu kemahiran dan boleh juga digabungjalinkan. Selain itu dalam KSSR juga
perlu diwujudkan kumpulan dalam kelas supaya aktiviti kumpulan semasa PdP
akan menyebabkan pembelajaran lebih menarik minat pelajar contohnya aktiviti
didik hibur.
|
|
Tindakan: Semua Guru BM
|
|
4.4. ITHINK dan KBAT- Pengerusi
berharap Ithink dan KBAT diutamakan dalam PdP yang dijalankan
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam LDP dan kursus-kursus anjuran
jabatan. Dalam program Ithink, peta pemikiran dilukis oleh pelajar untuk
mencambahkan minda, dan peta pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya untuk
dipantau,bahawa pelajar telah menggunakan carta tersebut untuk pembelajaran
mereka.
|
|
Tindakan: Semua Guru BM
|
|
4.5. BUKU AKTIVITI- Buku aktiviti bagi Tahap 1,adalah seperti yang
diberi oleh pihak kementerian manakala bagi Tahap 2, buku yang dipilih adalah
Sasbadi memandangan ia benar-benar selaras dengan silibus KSSR dan
latihan-latihan yang diberi juga berkualiti.
|
|
Tindakan:
Semua Guru BM
|
4.6. SUDUT PANITIA- Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Melayu dapat
menampal dan menghias sudut Bahasa Melayu di kelas yang diajar dengan
bahan-bahan terbaru. Sementara bagi papan kenyataan bagi laluan gajah menyusu
adalah tanggungjawab ketua panitia.
|
|
Tindakan:
Semua Guru BM
|
|
4.7. KELAS PEMULIHAN
Pn Maryati berharap jika ada terdapat pelajar yang menghadapi masalah
membaca dan menulis, harap dihantar ke kelas pemulihan.
|
|
Tindakan:
Semua Guru BM
|
|
4.8. LINUS
Pn Azizah Osman menyatakan analisis untuk Tahun 1 2014 Literasi
Bahasa Melayu Saringan 1 kelulusan 40.90%,dan Saringan 2 80%. Bagi Tahun 2,
Saringan 1 85.40%, dan Saringan 2 93.90%. Bagi Literasi Bahasa Melayu tahun
3, peratus menguasai Saringan 1 sebanyak 94%, dan untuk Saringan 2 telah
mencapai sasaran 100%. Bagi tahun 2015 beliau berharap peratus menguasai juga
mencapai sasaran 100%. Ini bermakna TOV pelajar tahun3 2015 adalah sebanyak
93.90% .
|
|
Tindakan: Pn Azizah, dan guru
BM 2 Azam, dan 3Azam
|
|
5.
|
HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi berharap guru-guru yang memerlukan alat-alat bantu mengajar
dan buku-buku dapat memberitahu beliau, agar dapat dibeli dengan kadar yang
segera,namun peruntukan biasanya bermula bulan Mac. Peruntukan untuk Bahasa
Melayu adalah lebih kurang RM200 sahaja.
5.2 Pengerusi juga menyatakan Program MBM/MBI juga akan diteruskan
sebagaimana yang diarahkan.
5.3 Pengerusi berkata PLBS adalah untuk Tahun 6 sahaja
|
Tindakan: Semua Guru BM
|
|
6.
|
PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bahari. Beliau bagi pihak
pentadbir mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Panitia Bahasa
Melayu atas kejayaan yang dicapai dalam UPSR 2014. Beliau berharap kejayaan
ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi dalam UPSR 2015.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 tengah hari.
|
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan
oleh:
.....................................
...........................
(PN SITI HAWA BT AHMAD) (EN. MAT SOM BIN
SADONO)