Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah ke sini. Tanpa kusedari
rupa-rupanya blog ini telah berusia hampir tujuh tahun lamanya.
Dalam tempoh itu terlalu banyak kenangan
pahit manis yang telah aku lalui. Tidak perlulah aku ulang kembali, biarlah semuanya
berlalu pergi...
Dan melalui blog inilah jua aku menemui
sahabat-sahabat maya, yang sebahagiannya terus menjadi sahabatku di alam
realiti. Dan ada juga yang hadir kerana ingin mengkaji sejarah pekan kecil
tempat tinggalku ini. Ada juga yang ingin mengkaji udang kara yang tiba-tiba
muncul di sini. Tambah aneh ada yang datang untuk mengkaji batu nesan lama
kerajaan Donan.
Waktu itu, aku seperti juga blogger-blogger
picisan lain, sanggup bersengkang mata demi
menyiapkan entri terkini kononnya. Namun sejak kemunculan pelbagai media
sosial beberapa tahun kebelakangan ini,
tiba-tiba sahaja idea menjadi tumpul. Mungkin kerana aku sudah semakin tua dan
disibukkan dengan urusan jual beli yang juga
datangnya daripada blog ini.
Oleh itu, aku mesti meneruskan
tulisan-tulisan yang bermanfaat, untuk berkongsi ilmu jika ada. Di samping
untuk mengekalkan permintaan terhadap produk-produk yang aku niagakan di blog
ini. In Sha Allah blog ini tidak akan dibiarkan sepi.....