Seri Medan-Isnin 29 Jun 2015. Sederet rumah kedai telah terbakar bermula bangunan MCA dan dua rumah bersama dua buah kedai hangus terbakar pada 12 Ramadhan yang panas terik. Berlaku kira-kira jam 4.00 petang, peristiwa ini agak menggemparkan penduduk setempat. Orang ramai membantu mengeluarkan beberapa barangan penting. Nampak mereka tak sibuk hendak memadamkan kebakaran seperti yang terdapat dalam gambar di dalam buku teks anak kita. Mungkin api yang yang marak dan besar menyebabkan masing-masing hanya menunggu bomba datang menyelamatkan bangunan yang terbakar itu.
Gambar-gambar diambil dariada sumber whatsapp, jadi aku tak tahu kepada siapa nak ucapkan terima kasih.
Lokasi: Berhadapan kedai Sahlan Sate....Pejabat Pos Seri Medan.
2 ulasan:
salam ramadhan cikgu matsom,
rasa2nya ada lg tak batu tanda 0 km kat depan pejabat pos seri medan tu, sy pon dh lama tak kesana ., ;p
Saya sendiri sebagai anak jati Seri Medan
tidak tahu akan kewujudan 0kM TU
tUAN SGT peka nampaknya
Catat Ulasan