Sabtu, 4 Julai 2015

KE PUSARA AULIA SAFIAH









Pada 30 Jun 2008 yang lalu, aku dan isteri telah diuji oleh Allah Swt.....Kini Aulia Safiah dah tujuh tahun, bersemadi di pusara ini. Baru semalam aku dapat membuatkan nesan untuknya. Pusaranya benar-benar bersebelahan pusara arwah ayahandaku supaya senang kami hendak menziarahinya. Anak-anak kubawa supaya mereka pada masa akan datang, kalau kami dah tak ada pula....Anak-anak tidak akan membiarkan kubur kami, semak dan lenyap tanpa bekas. Kan kita selalu tengok kubur orang yang sungguh kasihan melihatnya.....semak dan kusam.....betapakah kejam waris-warisnya. Namun kiriman doa dan sedekah itu lebih penting....Walaubagaimanapun, apa salahnya kita jaga baik-baik pusara orang-orang yang kita sayangi sebagai tanda kita tetap menyayangi mereka walaupun mereka sudah tidak ada lagi di atas muka bumi ini. Terima kasih kepada Kak Ipah dan Kang Johari yang turut bersama kami petang semalam....  

Tiada ulasan: