Rabu, 12 Ogos 2015
AKHIRNYA, INI YANG BERLAKU DI NEGARA KITA
Sejak akhir-akhir ini semua orang mula memikirkan masa depan negara. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Terbaca komen rakan Facebook. "Mat Som, saya tidak menyangka begini akhirnya yang terjadi di negara kita"
Mungkin, Ini semua bala....dan ujian kepada kita.
Sama ada kita hendak berfikir atau tidak tentang masalah politik ini, kita akan turut terasa kesannya. Kita dilibatkan untuk membayar hutang-hutang negara. Peluang anak-anak kita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik turut terbantut, kerana ekonomi kita sedang menuju ke satu arah yang tidak jelas.
Kita dipimpin oleh orang yang tidak amanah.
Kita terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung kos kehidupan yang semakin menghimpit. Ada suami isteri yang hanya berjumpa seminggu sekali kerana hambatan kerja. Lalu kekeluargaan menjadi longgar, anak-anak dijaga orang tua di kampung dan sebagainya....Apa sebenarnya yang telah berlaku ini?
Kunjungan sahabat-sahabat lama dari jauh sangat menghiburkan.....
Dan semoga anakku di sana sentiasa ceria sebagaimana yang dipamerkan di wajahnya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Dah besar anak anak ya...
Kita redholh cikgu..
Nk berkat knalh redha, klu asyik berkata dn memikir jer...tk jdi satu bnda pun...
Allah ada.
Catat Ulasan