Ahad, 1 Mei 2016

BUDAYA REWANG MASIH MENEBAL DI KAMPUNGKU

Pada Sabtu 30 hb April 2016, majlis perkahwinan anak saudaraku Nur Soleheh Bt Timyati dan pasangannya Zaini Nur Hakim. Majlis akad nikah pula berlangsung pada Khamis 28 April malam Jumaat yang barakah. Sepanjang tiga hari dua malam itu orang-orang kampung Parit Baru Seri Medan bertungkus-lumus menyiapkan segala apa yang diperlukan dalam majlis tersebut.
 Rewang Di Parit Baru Seri Medan

Rewang ialah perkataan Jawa yang membawa maksud bergotong-royong dalam menyediakan masakan dan hidangan untuk majlis kahwin atau majlis-majlis lain yang hampir sama dengannya.

 Kumpulan Kompang Parit Baru juga antara kumpulan aktif di Seri Medan ini

Daripada sekian banyaknya tetamu, Anis dan Ina kupilih gambarnya kerana senyuman itu. 

3 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

Seronok kalau merewang ni...

Kayu Manis berkata...

Kat sini pyh naww nak tgok rewang ni...pergi,makan,pahtu balikkk..sng sguh..

Rasanya johor masih kekalkan lagi tradisi tu ye...

Amalan yg bguss

Umialya berkata...

Bagusnya kat sana, kalau kat sini, x merasalah, sikit2 katering..