Ahad, 12 Jun 2016

APAKAH PUNCA BESAR AKU TUKAR NAMA BLOG?


KUBERLARI MENGEJAR MENTARI

 PEJABAT SSM MUAR,DAFTAR PERNIAGAAN

KEDUDUKAN SSM MUAR

Pada tanggal 5 Ramadhan 2016 bersamaan 10 Jun 2016, bermulalah nama blog ini kepada JENDELALIMA TRADING.

Mengapa aku tukar nama blog aku SUARA SIMPANG KIRI yang telah LAPAN TAHUN beroperasi? Mengapa?

Sebab aku rasa semua matlamat aku dalam menulis blog telah tercapai. Sudah sampai masanya aku melakukan PENJENAMAAN SEMULA yang lebih mesra alam dan mesra pelanggan. Usah risau, aku tidak akan berterusan menjual produk di sini. Aku akan teruskan nukilan peribadi dan cerita-cerita yang kualami di sekitar kehidupan aku di sini.

SUARA SIMPANG KIRI, rasa macam ganas dan agak ditakuti. Bunyi kiri itu seolah-olah aku berhaluan kiri. Pernah dibenci. Ada yang telefon tidak berpuas hati. Sehingga aku pernah hampir dikaunseling oleh pihak pejabat atasanku di peringkat daerah kerana aku disangka ada mental problem. Bukan senang rupa-rupanya hendak menjadi seorang pejuang suara masyarakat.

Soalnya kenapa tidak buat blog baru saja? Oh bukan mudah untuk menulis banyak idea seperti dulu, ketika minda semakin tepu dan usang?

Malam itu aku mengirim personal mesej kepada anakku Ili di Seoul, tentang nama Syarikat yang bakal didaftarkan dan sekali gus nama blog aku. Dengan sekali ucap dia mencadangkan nama JENDELA. Mengapa jendela? Jendela itu katanya lambang rezeki yang masuk. Pintu dah biasa. Jendela lebih rare. Dia selalu termenung di jendela di kota metropolitan itu, dan mengira hari-hari yang beratus-ratus jumlahnya kerana rindukan bumi Parit Sulong.

Lalu aku tambah LIMA...jadi JENDELALIMA. Rezeki yang masuk untuk lima anak kami, in sha Allah.

Dan pagi 8 Jun, tanpa membuang masa aku pagi-pagi berangkat ke Muar. Berpandukan peta Google, lokasi SSM Muar mudah untuk ditemui. Selama ini, aku bayangkan sukar untuk mendaftarkan perniagaan. Rupanya lebih mudah daripada nak daftarkan anak ke sekolah! Kalau aku tahu dah lama aku buat.

Dan satu lagi, aku tanya pegawai SSM tu apa beza enterprise, resources dan trading? Dia kata, sama sahaja. Aku pilih TRADING. Kerana senang nak tulis dan ingat. Resorces tu boleh terkehel lidah nak menyebutnya.Tetapi aku rasa ada beza antara ketiga-tiganya.

Buat rakan-rakan blogger, dan kalian yang baca entri ini, tolonglah daftar perniagaan kalian. Tahun depan akan dikuatkuasakan undang-undang kepada peniaga internet, walau kita hanya menjual satu produk dalam sebulan, kita kena daftar. Dan aku nak beritahu, ikutlah jejak aku. Hahahaha. Bayar pun setahun baru puluh-puluh, mahal lagi cukai pintu!

Sebelum daftar, aku baca panduan daftar perniagaan yang ditulis oleh SDRA ZULFADLI  :

Aku ikut sebijik-sebijik apa yang beliau tulis. Silakan.... 

5 ulasan:

IliNabilah berkata...

tahniah ayah~ ila doakan semoga rezeki ayah bertambah dan berkat^^

Umialya berkata...

Tahniah Cikgu, moga terus maju & berjaya..

Kayu Manis berkata...

Tahniah
Alhamdulillah
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~

Elih Japahar berkata...

Tahniah..semoga terus success..

Kakzakie Purvit berkata...

Bila ada misi disebalik penjenamaan semula, pasti akan membuahkan satu kepuasan dan kebaikan yg dikehendaki. Tahniah dari kakak..