Isnin, 15 Mei 2017

PELAJAR SEBAGAI PENGACARA HARI GURU

SKRIP PENGACARAAN HARI GURU
PELAJAR SEBAGAI PENGACARANYA

Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Seri Pasir, En Abu Bakar Bin Sarip, Yang dihormati,   Yang Dipertua PIBG, En Nizam Bin Hj Adenan, Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran En Zakariah Bahari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Md Janis Bin Abdul Rahman. Penolong Kanan KoKurikulum Pn Habibah  Bt Hj Mohamed Dahlan. Ahli Jawatankuasa Pibg, Guru-guru yang diraikan dan rakan-rakan sekalian...

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Sambutan hari Guru peringkat . bagi tahun 2017.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat insan yang bergelar ’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar guru-guru kita dalam usaha melahirkan anak didik generasi baru yang berpendidikan dan bersahsiah tinggi.

Bagi keberkatan majlis sambutan Hari Guru tahun 2017 ini, majlis mempersilakan Ustaz Abd Aziz Bin Othman untuk memimpin bacaan Doa.

------DOA OLEH USTAZ AZIZ----------------

Majlis Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz Bin Othman, atas pimpinan doa itu tadi.

Seterunya majlis mempersilakan Tuan Guru Besar, En Abu Bakar Bin Sarip untuk mengetuai IKRAR GURU.

--------IKRAR oleh GB-------

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, En Abu Bakar Bin Sarip yang telah mengetuai bacaan ikrar itu tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Mohd Nasrul Izwan Bin Rafee untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili  pelajar-pelajar SK Seri Pasir. Dengan sukacitanya Majlis mempersilakan...

-------UCAPAN WAKIL MURID----------

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Mohd Nasrul Izwan Bin Rafee atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, En Mohd Nizam Bin Hj Adenan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.....

--------Ucapan En Nizam---------

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan En Mohd Nizam Hj Adnan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar, En Abu Bakar Bin Sarip untuk menyampaikan ucapan...

--------Ucapan GB-------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan En Abu Bakar Bin Sarip itu tadi.

Sekarang tibalah masa untuk mendengar perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disampaikan oleh En Zakariah Bin Bahari. Majlis mempersilakan....

--------Ucapan Cikgu Zakariah--------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas perutusan yang disampaikan oleh En Zakariah Bahari sebentar tadi.

Dengan segala hormatnya, majlis sekali menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar En Abu Bakar Bin Sarip, untuk menyampaikan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan....

---------Ucapan Perutusan GB------

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, En Abu Bakar Bin Sarip atas perutusan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan guru-guru untuk mempersembahkan Lagu Kami Guru Malaysia. 
Dipersilakan.
...........

---------Lagu KAMI GURU MALAYSIA-------

Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas persembahan lagu Kami Guru Malaysia itu tadi.

Akhirnya, marilah kita
Sama-sama menyanyikan Lagu Bangsa Johor dan Negaraku.

--------lagu Johor dan Negaraku------

Dengan itu , berakhir sudah majlis rasmi hari guru hari ini....Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Khamis, 4 Mei 2017

REZEKI ANAK DIJAMIN ALLAH

Assalamualaikum dan selamat pagi, salam Dhuha buat sahabat-sahabatku.

Secara umum, kita semua sering terfikir, dalam keadaan ekonomi agak uzur sekarang, kita sering merisaukan masa depan anak-anak kita. Adakah mereka nanti dapat memiliki pekerjaan? Apakah mereka nanti mampu menjalani kelangsungan hidup yang sangat mencabar ini?

Begitulah juga ayah dan ibu kita dulu berfikir. Ternyata kita semua dapat hidup seperti yang ada sekarang, walau tak bergelar hartawan.

Bukankah Allah telah jamin rezeki mereka semua. Saya dah mengajar selama tiga puluh tahun lamanya. Semasa mengajar mereka dulu, saya juga berfikir seperti itu. Budak comot yang nampak lurus ini, nak makan apa besar nanti? Budak yang tak terurus ini, adakah akan terus macam ini apabila dewasa?

Ternyata ribuan anak murid yang pernah saya temui di empat buah sekolah itu, telah mempunyai kerjaya masing-masing, sama ada dengan swasta, kerajaan, kerja sendiri dan malah ada yang jadi usahawan berjaya.

Janganlah risau, seteruk manapun ekonomi kita, In Sha Allah anak kita akan dapat menjalani kehidupan dengan normal. Yang penting, jangan sampai mereka terlibat dengan dadah. Dan yang lebih penting, apapun kerja mereka, mereka mesti belajar berjimat cermat bermula masa muda lagi. Kerana masa depan, terletak kepada sikap mereka hari ini.

Harga rumah dan tanah yang dah tak masuk dek akal, harga barang yang terus naik, adalah satu kekangan buat anak-anak kita. Hutang PTPTN, harga hantaran yang sudah berlipat kali ganda, menjadikan kehidupan akan datang, akan semakin mencabar.

Kita berharap, golngan muda kita ini, tidak akan
menjadi seperti rakyat Korea dan Jepun yang menghambakan diri sepenuhnya kepada pekerjaan, sehingga ramai daripada mereka tidak sempat memikirkan untuk hidup berumah tangga.