Khamis, 4 Mei 2017

REZEKI ANAK DIJAMIN ALLAH

Assalamualaikum dan selamat pagi, salam Dhuha buat sahabat-sahabatku.

Secara umum, kita semua sering terfikir, dalam keadaan ekonomi agak uzur sekarang, kita sering merisaukan masa depan anak-anak kita. Adakah mereka nanti dapat memiliki pekerjaan? Apakah mereka nanti mampu menjalani kelangsungan hidup yang sangat mencabar ini?

Begitulah juga ayah dan ibu kita dulu berfikir. Ternyata kita semua dapat hidup seperti yang ada sekarang, walau tak bergelar hartawan.

Bukankah Allah telah jamin rezeki mereka semua. Saya dah mengajar selama tiga puluh tahun lamanya. Semasa mengajar mereka dulu, saya juga berfikir seperti itu. Budak comot yang nampak lurus ini, nak makan apa besar nanti? Budak yang tak terurus ini, adakah akan terus macam ini apabila dewasa?

Ternyata ribuan anak murid yang pernah saya temui di empat buah sekolah itu, telah mempunyai kerjaya masing-masing, sama ada dengan swasta, kerajaan, kerja sendiri dan malah ada yang jadi usahawan berjaya.

Janganlah risau, seteruk manapun ekonomi kita, In Sha Allah anak kita akan dapat menjalani kehidupan dengan normal. Yang penting, jangan sampai mereka terlibat dengan dadah. Dan yang lebih penting, apapun kerja mereka, mereka mesti belajar berjimat cermat bermula masa muda lagi. Kerana masa depan, terletak kepada sikap mereka hari ini.

Harga rumah dan tanah yang dah tak masuk dek akal, harga barang yang terus naik, adalah satu kekangan buat anak-anak kita. Hutang PTPTN, harga hantaran yang sudah berlipat kali ganda, menjadikan kehidupan akan datang, akan semakin mencabar.

Kita berharap, golngan muda kita ini, tidak akan
menjadi seperti rakyat Korea dan Jepun yang menghambakan diri sepenuhnya kepada pekerjaan, sehingga ramai daripada mereka tidak sempat memikirkan untuk hidup berumah tangga.

2 ulasan:

Wak Lat berkata...

chantek2 gmbr kad dari anak wedok neng korea tu cikgu., ;p

harada57 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.