Rabu, 21 November 2018

UCAPAN MAJLIS PERSARAAN OLEH WAKIL PELAJAR MURID





TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN JANATU SAPUAN.

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha En Mohd Zakariah Bahari  Penolong Kanan Pentadbiran. Yang dihormati En Abdullah Bin Ghani Guru Penolong Kanan HEM, Yang saya hormati En Mat Salleh Bin Hj Keliwon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Yang diraikan Pn Hjh Janatu Sapuan. Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Rasul penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami,  guru kami ini iaitu Pn Hjh Janatu bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di SK Seri Pasir ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Puan Hjh Janatu.  

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik daripada menerima . Beliaulah sangat mengambil berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sakit pening, demam kami. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK SERI PASIR merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Hjh Janatu yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Hjh Janatu serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

13 ulasan:

Seindah Malam berkata...

Assalamulaikum. ...Saya minta izin untuk mengambil teks ucapan ini. semoga cikgu dimurahkan rezeki sentiasa

kanjengsalleh berkata...

SAYA JUGA MINTAK IZIN TUAN YA, IZINKAN YA TUAN. ESOK MURID SAYA NAK BERUCAP. HALALKAN YA TUAN.

Mat Som Sadona berkata...

Seindah Malam dan Abang Salleh
Tkasih sudi tgok blog saya.
Saya buat ni mmg utk kegunaan awam...tkasih byk

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan .. saya mohon dan minta izin untuk kegunaan murid saya. Halalkan ya tuan. Semoga tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik , dilimpahi rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Aamiin Terima kasih tuan

sharani saad berkata...

Mohon izin untuk memanfaatkan nukilan ini kepada pelajar saya. Semoga tuan sentiasa murah rezeki dan sihat selalu

Sally berkata...

salam tuan...mohon share utk murid saya gunakan esok ya. terima kasih

hahsbsn berkata...

halalkan tuan ,saya ada ucapan harini semoga tuan dipermudahkan segala urusan

Nor Sayang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Mohon izin utk digunakan, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Wbh,, cikgu sy minta halal menggunakan contoh ucapan ini ye.Terima kasih banyak. Semoga menjadi ladang pahala utk cikgu Amiin YRA.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...saya mohon izin menggunakan teks ucapan ini untuk dibaca oleh murid saya semepewna majlis persaraan GB.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan. Saya mohon guna teks ucapan ini. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan, Saya juga mohon izin untuk menggunakan teks ini untuk anak murid saya. Mohon dihalalkan. Terima kasih