Isnin, 4 November 2019

APA KHABAR GUSYS?


BUDAK KECIL MEMANCING IKAN

                              IKAN PUYU

Assalamualaikum semua Silent Readers dan sahabat-sahabat blogger yang dah lama aku tak aktif menulis di sini.

Almaklumlah, zaman ni macam-macam medium media sosial lebih pantas untuk berinteraksi dengan dunia maya, maka banyak blog terbiar sepi umpama banglo seram tak berpenghuni. Tapi secara jujur aku masih cinta blog ini.

Teringat dulu kita bersembang di sini, aku dapat ramai kawan baru. Seronok untuk dikenang. Sedih apabila mengetahui beberapa rakan blogger sudah tidak ada di dunia ini. Kadang-kadang aku baca komen mereka. Al-Fatihah buat mereka.

Kepada rakan-rakan yang tak ingat lagi nak tulis blog anda..Aku tak boleh nasihat apa, sebab aku pun hampir-hampir hanyut dibawa arus Instagram, Facebook, Whatsapp dan Telegram. WeeChat aku tak minat langsung, sebab banyak remaja yang rajin bersembang di sana.

Gambar di atas tu menunjukkan aktiviti aku ketika ingin lari dari stress. Melayan anak bongsu aku memancing supaya tak asyik menghadap tablet yang boleh menjejaskan matanya yang masih muda sangat tu.

Anak sulong aku Ili pun tinggal dua purnama lagi akan menamatkan pengajian di Seoul tu. Bulan Januari ni akan mula bekerja In Sha Allah di Kuala Lumpur.

Anak kedua aku Irfan Iman dah setahun setengah bekerja di bidang perindustrian ....itu yang dia minat kan....Yang penting tak jadi penganggur setelah menamatkan pelajarannya di Kolej Vokasional Muar tahun 2017. Kini Irfan duduk bersama kami, kerana dia lebih memilih untuk bekerja di daerah sendiri, maklumlah anak emak.

Anak ketiga aku akan mula ambil exam SPM esok. Doakan dia dapat kejayaan yang dia idamkan. Lepas tu katanya nak kerja sambilan sebelum meneruskan pembelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi, In Sha Allah.

Anak keempat aku Arina masih belajar di sebuah Mahad tahfiz. Doakan dia agar berjaya di dunia dan di akhirat.

Anak kelima aku tu lah yang dalam gambar kat atas tu. Masih darjah 3. Tinggal dialah yang banyak duduk rumah.

Isteri aku pula masih sibuk menjahit. Hamidah sangat komited dengan tugasnya sebagai tailor itu. Alhamdulillah rezeki dan pelanggannya tak pernah putus.

Emak aku dah dua bulan tinggal bersama aku. Emak lebih banyak berehat di rumah aku. Kerana rumah aku tiada rumput yang hendak dicabut seperti rumah adik, kakak dan rumah abang aku. Kami berempat bergilir-gilir jaga emak. Emak pun tak kisah di mana emak berada. 

Itulah kisah terbaru aku. Kini usiaku dah 53 tahun. Apabila tengok entri terawal blog aku tahun 2008 kat sebelah tu...Anak-anak aku kecil-kecil lagi. Cepatnya masa beredar...kadang-kadang terasa sendu... 

Untuk hobi terbaru aku, kalau ke YouTube tu, singgahlah ke Channel aku, MAT SOM SADONA. Jangan lupa SUBCRIBE yaa!


2 ulasan:

Sz berkata...

Assalamualaikum Cikgu MS,
Saya pun hari ni baru tergerak untuk buka blog setelah lama ditinggalkan.
Alhamdulillah seronok baca perkembangan anak-anak dan isteri cikgu MS. Semoga kita semua sentiasa beroleh keredhaan Allah.

Umialya berkata...

Cikgu pergi ke jemput Ili balik nanti?

Itulah usia kita semakin naik, dengan erti kata lain makin tua, anak2 pula kian dewasa, moga kita semua di dalam lindunganNya, aamiin