Isnin, 2 Disember 2019

ORANG TUA ITU TERMENGAH-MENGAH SENDIRIAN



Orang tua ini aku jumpa dia di pejabat pos. Biasalah waktu tengah hari ni masa aku untuk pos barang yang customer aku order.

Entah macamana pagi ni aku agak peramah. Biasa aku tak pernah peduli siapa duduk sebelah kerusi aku.

Aku tanya dialah...duduk mana. Adalah dia sebut nama kampung dia. Jauh juga dia naik motosikal untuk ke pejabat pos ni.

Umurnya dah 85 tahun. Nampak termengah-mengah. Kepenatan. Aku tanyalah anak-anak mana? Kenapa tak suruh mereka bayarkan bil-bil tu?

Orang tua ni sebutlah anaknya semua sibuk. Sebutlah sipulan duduk KL, Ipoh...semua tinggal kat vandar belaka.

Terfikir aku bagaimanalah orang tua ni naik motosikal dalam suasana sekarang yang begitu sibuk. Nak naik tangga pejabat pos pun macam tu nampak keletihannya.

Iktibarnya, fikir2 kan lah kalau orang tua kat kampung tu masih ada, jangan dibiarkan begitu. Bayarkanlah bil-bil nya...cantikkan rumahnya. Yang bocor diganti zink baru. Maklumlah hujan sekarang ni luar biasa. Kesian kalau ada ibu bapa kita yang menadah air dengan besen dari celah zink-zink usang. Dan dinding yang kusam dicat baru....Maaf andai aku tak berbicara seeloknya. Cuma agak terkesan dengan pertemuan sekejap dengan orang tua tadi.

2 ulasan:

Umialya berkata...

Setuju Cikgu, lagipun bil2 kita boleh bayar online je skrg ni, semua dihujung jari walaupun dok jauh beribu batu, tiada alasan.. ☺

Mat Som Sadona berkata...

Ya betul tu UA. Tp ada juga yg sibuk hingga tak terfikir