Khamis, 23 Januari 2020

TUJUH SIFAT SEMULAJADI MANUSIA YANG MESTI KITA TAHU


Petang ni aku baru membaca sebuah buku, dan aku ringkaskan di sini. Mana tau bermanfaat untuk sdra-sdra dan sdri-sdri dalam menghadapi titik bengik kehidupan ini.

TAJUK: *TUJUH SIFAT SEMULAJADI MANUSIA YANG HARUS KITA TAHU:*

1. EGO - Semua orang ada egonya. Budak kecil, bayi kecik tu pun ada egonya. Dia kata nak makan duit syiling. Kita halang dia. Dia menangis menjerit-jerit. Yang tua lagi dahsyat egonya.

2. Semua orang rasa DIRI MEREKA PENTING. Kalau boleh apabila kita datang ke satu-satu majlis, orang sambut kita macam wakil rakyat. Kalau boleh kita sampai tempat kerja kita, semua kawan kita tegur kita? Nabi melarang orang berdiri menyambut kedatangannya. Siapalah kita. Tetapi itulah hakikatnya sekarang ini. Khasnya pak-pak menteri.

3. Semua orang DAHAGAKAN PERHATIAN DAN MENYUKAI PUJIAN IKHLAS. BETUL ATAU TIDAK? Apa kata kalau kita jumpa kawan lama, mereka terus kata "Tuanya engkau sekarang? Engkau sakit apa? Gedebabnya engkau..dan macam-macam lagi.

4. Semua orang suka CAKAP MEREKA DIDENGAR. Ni yang aku kureng sikit. Fokus kena ada. Aku baru nak belajar fokus apa yang orang katakan kepada aku. Adakah anda fokus dan mengambil perhatian terhadap apa yang orang ceritakan kepada anda? Kalau mereka cerita berdegar-degar tiba-tiba, kita tak tau hujung pangkal apa yang mereka cerita, malanglah sungguh.

5. Orang tidak suka DIARAH ATAU DISURUH.Ni aku tak tau nak ulas. Faham-fahamlah kawan-kawan kita bukan anak-anak kita. Anak-anak kita pun manusia. Mereka tak suka juga diarah dan disuruh. Mereka perlu dirangsang/dimotivasi/disuntik semangat. Sebab tu kalau bos kita, arah kita macam kuli batak, kita MARAH SANGAT. BETUL TAK?

6. Semua orang SUKA DIPERCAYAI. Jika orang msih percayakan kalian, Alhamdulillah. Tetapi kalau anda pernah bersikap tak jujur, orang semua tak percaya lagi kepada anda. Maka anda kena berhijrah jauh-jauh dan bina penghidupan baru. Manusia ni memang kejam. Kalau salah sekali, sampai mati orang akan ingat.

7. Semua orang MAHU DIHORMATI. BETUL ATAU TIDAK? Pernahkah kalian pernah rasa tak dihormati. Dipandang sebelah mata? Diperlekeh dan disisih? Bagaimana perasaan kita ketika itu?

Tujuh sifat itu ialah Sifat Manusia termasuk kita. Maknanya kalau kita mahu 7 perkara tersebut, maka sahabat-sahabat dan anak-anak, kerabat dan semua manusia yang kita temui hari ini, ketika ini, mereka juga mahukan 7 perkara ini. Apa lagi pasangan hidup kita!

Catatan Blog Hari ini
*DIARI SIMPANG KIRI*

Tiada ulasan: